JAGA HUBUNGAN SESAMA MANUSIA

TIPS DI DALAM PERHUBUNGAN SESAMA MANUSIA 

Assalamualaikum semua. Hari ni aku nak bentangkan isu paling sensitif sekali dalam kehidupan kita. Sebab isu ni sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Kita adalah manusia kerdil yang diciptakan hidup di dalam dunia yang semakin tua dan uzur ni. When The Sunshine Is Giveaway A Blosom Night Will Stand Up. Hahaha. Dasyat kalau korang faham sebab aku langsung tak faham apa makna Quote tu.


CARA MENJAGA HUBUNGAN SESAMA MANUSIA 


Ok, balik pada tajuk. Hubungan sesama manusia. Apa yang aku nampak dalam pemerhatian mata kuyu separa bundar dan ayu aku ni, manusia sekarang semakin hilang rasa tanggungjawab untuk menjaga hubungan sesama insan. Mungkin disebabkan beberapa faktor yang nampak kecil tapi sebenarnya ia memberi impak yang sangat besar.

CARA MENJAGA HUBUNGAN SESAMA MANUSIA, PERASAAN SALING HORMAT-MENGHORMATI SESAMA MANUSIA, TIPS DI DALAM PERHUBUNGAN SESAMA MANUSIA,
Gambar sekadar hiasan deko-deko. sumber
Ego. Ya, ego adalah salah satu watak penting yang sangat handal memainkan peranannya. Bila seseorang mempunyai ego berasakan dirinya paling hebat, paling handal, paling berbakat, paling terel, paling besar, itu adalah permulaan berlakunya sifat riak dan sombong. Bila dah mempunyai sifat ni, dia mula berasakan dirinya saja yang betul dan orang lain semuanya salah. Apa yang orang lain nasihat sikit pun tak boleh nak hadam. Padahal terang-terang dia salah, tapi dia sendiri tetap menegakkan benang yang basah. Benang yang basah walaupun Made In Italy, takkan ia berdiri tegak kalau dah basah. Contohnya, Cik Zainab Skuter berasakan dirinya dah sangat hebat membuat jeruk mangga asam boi dan berasakan jeruknya paling sedap dalam Malaysia ni padahal jeruk dia bila dikunyah rasa nasi impit. Tapi disebabkan perasaan riak tu, dia mula berasakan jeruknya paling hebat, paling mantop hinggakan dia mula menganggap jeruk-jeruk buatan lain tak ada tandingan dengan jeruknya. Mungkin dia lupa, dalam dunia ni, jika kita berasakan diri kita yang paling hebat, sebenarnya ada lagi yang jauh lagi hebat daripada diri kita. Jadi buat apa kita nak rasa diri kita hebat, buat apa nak riak dan buat apa nak sombong? 

CARA MENJAGA HUBUNGAN SESAMA MANUSIA, PERASAAN SALING HORMAT-MENGHORMATI SESAMA MANUSIA, TIPS DI DALAM PERHUBUNGAN SESAMA MANUSIA,
Mungkin kita boleh amalkan membaca doa ni. sumber

PERASAAN SALING HORMAT-MENGHORMATI SESAMA MANUSIA

Hilang rasa hormat. Ini pun salah satu lagi watak penting dalam menjadikan hubungan sesama manusia boleh terjejas. Berapa ramai je antara kita yang menghormati orang lain termasuk yang lagi muda daripada kita? Ok, ni mungkin biasa. Aku tukar soalan cepumas ni. Berapa ramai yang menghormati warga-warga asing walaupun mereka bukan rakyat kita? Aku rasa ni yang paling susah untuk kita lakukan sebab kita mungkin dah berasakan diri kita ni adalah bos sebab ni adalah Malaysia dan warga-warga asing ni adalah kuli. Mungkin kita lupa yang kita ni berkongsi bumi yang sama. Dan tanah-tanah di bumi ni adalah hakmilik mutlak Allah. Warga asing juga adalah manusia ciptaan Pencipta. Siapa kita untuk membuang rasa hormat pada mereka? Aku pernah bersembang dengan seorang warga Nepal yang kerja sebagai Guard. Katanya ramai yang tak hormati dorang dan layan dorang saling tak tumpah macam sampah, padahal dorang datang sini hanya untuk mencari nafkah untuk diberikan kepada ahli keluarga dorang. Berlagaknya orang-orang kita ni. Kita kena ingat bahawa warga asing juga mempunyai perasaan. Hidup kita ni tak selalunya senang dan di atas. Jikalau korang menghormati mereka, tak mustahil jika korang ditimpa apa-apa kesusahan dan musibah, warga-warga asing ni lah yang akan membantu korang sebab korang baik dan hormatkan mereka. Ini tak mustahil. Tetapi jikalau warga-warga asing yang korang kenal biadap. kurang ajar dan tak tau nak hormatkan orang-orang tempatan, yang tu aku setuju kalau korang nak tinju dan cepuk-cepuk muka dorang.

Aku suka pada kata-kata ni. Ia membuatkan aku tampak lebih kacak daripada biasa. sumber
Cukuplah ulasan aku untuk hari ni. Senang cerita, kita jagalah hubungan kita sesama manusia tak kiralah siapa dia. Jika kita nak orang sukakan kita, kita sendiri perlu mainkan peranan penting untuk menjaga hubungan sesama kita. Hidup kita jangan asyik nak cari kesalahan orang lain, nak tengok kesalahan orang lain. Kerana diri kita sendiri pun pasti banyak kesalahan dan kekurangan. Satu perkara yang pasti korang rasa bila korang menjaga hubungan sesama manusia adalah ketenangan dalam jiwa. Percayalah. Buat apa hidup kalau hati sentiasa tak tenteram dan tak tenang kan? Lebih baik jadi ulat sampah. Tak tenteram aku tengok dorang. Asyik tergedik-gedik je. Rasa nak lutut je badan dia yang tergedik-gedik tu.

CARA MENJAGA HUBUNGAN SESAMA MANUSIA, PERASAAN SALING HORMAT-MENGHORMATI SESAMA MANUSIA, TIPS DI DALAM PERHUBUNGAN SESAMA MANUSIA, Aku orang susah. Aku bukan sesiapa. Dan mungkin kerana kekurangan ni lah aku takut untuk mendekatkan diri dengan orang lain yang lagi-lagi mempunyai nama, mempunyai komuniti dan juga berstatus tinggi. Aku takut aku akan jadi penyebab ketidakselesaan mereka. 

{ 11 comments.. read them below or add one }

fairus fairus 03 November, 2014
Manusia di muka bumi ini adalah sama.. Mati, masukkan dalam tanah.. yang membezakan antara kita dari Allah adalah Takwa.
Hafiz Hafizol Hafiz Hafizol 03 November, 2014
sedih pulak aku baca entry nie.. huhu..

Diana Rashid Diana Rashid 03 November, 2014
buat apa la nak riak2,nak sombong,nak ego..sedangkan semua tu akan membuatkan orang menjauhkan diri dari kita,.rugi je..
Muhammad Khairuddin Lim Muhammad Khairuddin Lim 03 November, 2014
semoga hubungan antara kita terjalin erat bro...salam sebagai saudara islam selalu...
Noriza MiracleVitamins Noriza MiracleVitamins 03 November, 2014
Ego memang susah nak dibuang kan?
Nurfarhana Chek Saat Nurfarhana Chek Saat 03 November, 2014
Hahaha. Maksudnya lebih kurang macam bila matahari hilang, embun malam pula yang datang. Eh? Gitu ke? Hahaha. Nasib baik la abam Boni Kacak sentiasa happy go lucky. Semoga Allah merahmati mu.
Jazz Lover Jazz Lover 04 November, 2014
In shaa Allah akan diamalkan
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN 04 November, 2014
Ingatan yang bagus untuk diri saya juga ni. Teringat kisah masa raya aidilfitri bagi kuih kat guard warga nepal ...

Satu diberi, 10 diterima.
Ainim Suju Ainim Suju 04 November, 2014
nice entri boni. amalkan sifat merendah diri. Insha Allah, kita akan sentiasa disukai
deno deno 05 November, 2014
Betul tu boni.. Teringat pulak warga indon yg kerja kat bengkel belakang umah jiran.. Bila hari raya je, abah ajak diaorg sekali mkn kat umah... Diaorg punya nak jaga umah deno, diaorg comot sket je tp sebelum datang tu siap salin baju pakai wangi2 lagi... Betapa dia hormat tuan rumah ...
INSYIRAH HUSS INSYIRAH HUSS 06 November, 2014
Peringatan bersama.Kadang2 kita di atas,kadang2 kita di bawah.