KENAPA KITA PERLU SOKONG DBKL MENUKAR NAMA-NAMA BEBERAPA JALAN UTAMA KAT KL

Aku ada terbaca beberapa keluhan daripada kawan-kawan aku tentang pertukaran nama-nama baru tersebut yang memang tak berapa bersetuju dengan pertukaran nama-nama tersebut. 

Hurm, aku tak taulah kenapa aku pulak berfikiran yang sebaliknya. Mungkin disebabkan otak aku yang memang diciptakan sedikit Genius dan juga berfikiran matang jauh ke hadapan ni menyebabkan aku berfikiran sebaliknya. Dahlah kacak, badan tegap.. otak pulak bijak. Mungkin ni salah satu kelebihan yang ada pada aku agaknya. Sejujurnya, aku nampak banyak kebaikan yang akan ada bila nama-nama jalan yang terpilih tu ditukar. 

Antaranya :-

1. Masalah banjir kat KL akan selesai. Banjir akan konpius mana perginya jalan yang biasa dorang banjirkan. 

2. Masalah jalan jem akan kat 8 batang jalan tu akan selesai. Orang takkan pergi ke 8 batang jalan tu sebab tak ingat nama jalan tu. Jadi 8 batang jalan tu akan clear.

3. Melahirkan rakyat yang inovatif dan kreatif untuk berfikir sebab korang dah tak boleh pakai Waze dan juga Google Map sebab kat Waze dan juga Google Map tak ada nama baru jalan tu.

4. DBKL dah bosan dah dengan nama-nama lama tu. Mungkin kali ni dorang nak mencabar minda korang dan juga dorang sendiri untuk hafal nama-nama baru jalan tu. Otak korang pun dah lama tak berhubung, sebab tu dorang nak sel-sel otak korang berhubung. Mereka sangat prihatin kepada kesihatan otak rakyat. Lagi-lagi otak rakyat banyak yang dah semakin sakit sebab tekanan ekonomi yang makin menekan rakyat-rakyat pertengahan dan bawahan ni.

5. Lebih memudahkan. Sebelum ni, berapa ramai yang pergi ke Ipoh dan sesat kat sana sebab cari Jalan Ipoh. Jadi, lepas ni dah tak ada lagi orang akan pergi ke Ipoh sebab nak cari Jalan Ipoh.

6. Dengan pertukaran nama baru jalan-jalan ni, bajet yang dikeluarkan untuk buat signboard baru mungkin boleh diasingkan sikit untuk membantu menaikkan taraf hidup rakyat.

7. Memberi peluang pekerjaan kepada kontraktor-kontraktor yang dipilih berdasarkan tender yang telus untuk memasang signboard.

8. Selamat daripada jenayah. Bila korang Check In kat Facebook, penjenayah akan konpius, terasa dianiaya dan kemurungan sebab tak tau korang kat mana. Ini adalah sebab dia tak hafal nama baru jalan tu.

9. Masalah jalan-jalan berlubang dan teruk akan selesai. Dengan pertukaran nama baru ni, jalan-jalan yang ditukar haruslah dibaiki dan dijaga kualitinya demi menjaga nama baik jalan tersebut.


APA SEBABNYA DBKL TUKAR NAMA JALAN KAT KL, DBKL TUKAR NAMA BEBERAPA JALAN UTAMA SEKITAR KUALA LUMPUR, LAPAN NAMA JALAN YANG DITUKAR SEKITAR KL, NAMA-NAMA JALAN YANG DITUKAR OLEH DBKL,
Ini pun salah satu langkah untuk membantu rakyat. Biarlah makcik tu merayu-rayu tak ada Transport nak balik pun. Biarlah dia tak ada Transport nak  pergi tempat kerja pun, yang penting rakyat haruslah diutamakan. Jangan sesekali fikir macam mana kesusahan makcik tu dalam hidup dia! Saman je tak cukup! Kena angkut sekali! Kawasan ni memang terlalu banyak Parking motor disediakan DBKL pun. Itu pun tak nak gunakan. Tapi tadi kat PWTC banyak gila motor Parking kat Divider, tak nampak pulak DBKL. Mungkin dorang setelkan tempat lain dulu rasanya. Tak apalah. Asalkan dorang jalankan tugas dengan telus dan saksama.



DBKL TUKAR NAMA BEBERAPA JALAN UTAMA SEKITAR KUALA LUMPUR, NAMA-NAMA JALAN YANG DITUKAR OLEH DBKL, LAPAN NAMA JALAN YANG DITUKAR SEKITAR KL, NAMA-NAMA BARU JALAN YANG DITUKAR, APA SEBAB DBKL TUKAR NAMA JALAN KAT KL, Ramai cakap benda-benda remeh juga yang selalu akan jadi keutamaan bukannya rakyat, tapi bagi aku inilah antara langkah-langkah yang sangat bijak untuk membantu rakyat. 

{ 15 comments.. read them below or add one }

Ezad Skytech Ezad Skytech 25 November, 2014
serius...memang takde faedahnya tukar nama jalan tu...bukannnya boleh kurangkan jammed...bukannya boleh selesaikan masalah banjir di KL kalau hujan lebat...aku tak tahu la apa yang DBKL ni fikir...huhu
Nurmujahidah Ismail Nurmujahidah Ismail 25 November, 2014
hahahaa.. semuanya sebab nak ltk nama sultan.. fenin tol
Myra Jay Myra Jay 25 November, 2014
Adoi la Boni..
Memang sel2 otak berhubung betolla..

Mcm kami luaq KL nk kesana sekali sekala mau pening ha nk 'hafal' nama jalan
Mrs Little Voice Mrs Little Voice 25 November, 2014
Tak sokong langsung...buat org pening
saljuhumairah saljuhumairah 26 November, 2014
Mungkin ada hikmah yang Allah nak tunjukkan disitu
..
Nastyna Nastyna 26 November, 2014
bagus la kau boni, memang genius. dengan kenyataan mu ini, saya pun sokong lah tindakan tukar nama2 jalan ni, dah macam takder benda, takder kerja lain jer kan nak buat. syabas semua.
ma ❥ ma ❥ 26 November, 2014
sinis sungguh kata-katamu hahahaha
Norizan J Norizan J 26 November, 2014
kehkehkeh... sarkastik sungguh abam kacak nih..
adarain adarain 26 November, 2014
Tak nampak keperluan untuk tukar nama jalan. Nama jalan yang dah betahun2x digunakan dan sudah diingati oleh rakyat kini dengan mudah menukar nama lain plak. Nak tukar nama negeri kl la. hahaha.
lynndamya lynndamya 26 November, 2014
Salam! hahaha..very sarcastic bro~ baru terhubung sikit otak aku ni..nasib aku xduk KL..harap2 jb xbuang tebiat nak tukar2 nama jalan bagai~ pui~
Diana Rashid Diana Rashid 26 November, 2014
hahhaha..no satu akak dah gelak guling2..heheheheh...
fairus fairus 27 November, 2014
DAH BOSAN DENGAN NAMA LAMA.. PERLU LA TUKAR SEKALI SEKALA.. HEHEHE
Aretikz Aretikz 03 December, 2014
Misteri penukaran nama jalan.. Whoa ~