KESILAPAN BESAR BILA KITA MARAH

kesilapan yang selalu manusia lakukan di dalam kehidupan

Manusia memang mempunyai perasaan gembira, sedih, marah, takut, bosan, meroyan, lapar, kenyang, geram tengok peha ayam dan sebagainya. Apa lagi perasaan marah bila melihat lelaki kacak seperti aku tak melayan bila ada gadis-gadis gatal yang mengorat. Itu standard dalam kehidupan kita. 

Apa yang aku nak ceritakan malam ni adalah perasaan marah. Marah tu terjadi bila nafsu kita telah bercantum dan bergabung dengan suara-suara jijik, hodoh, menjengkelkan dari syaitan yang menguasai pemikiran kita untuk bertindak macam-macam. Jikalau korang Cool dan Maintain kacak macam aku takpe. Tapi ia adalah masalah besar jikalau korang susah nak mengawal perasaan tu hingga korang membuat perkara yang bukan-bukan.

kesilapan di dalam membuat keputusan

Kesilapan yang sering kita lakukan ketika marah adalah membiarkan diri kita dan perasaan kita terus dikuasai amarah tu. Ia makin kritikal bila korang tak tau berapa harkat untuk sesuatu bacaan tu, Eh.. macam lain pulak. Ia makin kritikal bila korang membiarkan amarah tu semakin kuat dan menebal dalam diri korang tanpa melakukan apa-apa untuk meredakan kemarahan tu.

kesilapan yang selalu manusia lakukan di dalam kehidupan. cara terbaik untuk menghilangkan perasaan marah, kesilapan di dalam membuat keputusan. keputusan yang salah di dalam kehidupan
sumber

keputusan yang salah di dalam kehidupan

Kesilapan terbesar kita lakukan adalah membuat sesuatu keputusan ketika perasaan marah menguasai diri. Ia bertambah parah apabila perasaan marah itu melibatkan juga pihak ke dua yang juga membiarkan perasaan marah menguasai diri. Itu yang kadang-kadang kita dengar ada kes cerai-berai di dalam rumah tangga, bapak meninju muka anak, anak menengking mak, pergaduhan besar melibatkan dua kumpulan besar hinggakan berbunuhan sedangkan permulaannya hanya bergaduh kerana bulu mata ahli kumpulan A gugur dan termasuk ke dalam air seorang ahli kumpulan B, bunuh diri kerana marahkan bekas kekasih yang meninggalkannya untuk bersama dengan seorang lelaki umur 50an yang kaya, meludah diri sendiri akibat kena saman dan banyak lagi perkara-perkara diluar jangkauan pemikiran kita akibat terlalu ikutkan perasaan marah ni. 

cara terbaik untuk menghilangkan perasaan marah

Disebabkan itulah sangat penting untuk kita bersabar dan terus menenangkan diri bila kita di dalam situasi sedang dikuasai perasaan amarah. Kalau korang tanya aku apa yang aku akan buat bila aku marah, aku akan terus pejamkan mata, ambil sebanyak masa yang mungkin untuk bersendirian, mendiamkan diri dan perlahan-lahan aku akan buang rasa amarah tu. Jika masih lagi tak berkurangan, silalah berwuduk dan berdoa agar dijauhkan dari perasaan marah tu.  Kalau tak boleh jugak, korang berdoalah agar mak korang tak menyesal lahirkan korang ke dunia ni.

kesilapan yang selalu manusia lakukan di dalam kehidupan. cara terbaik untuk menghilangkan perasaan marah, kesilapan di dalam membuat keputusan. keputusan yang salah di dalam kehidupan

Aku amat tau sangat buruk padahnya jikalau aku membuat keputusan ketika marah. Dulu aku pernah tolak tawaran menjadi Manager Nora Danish akibat dikuasai perasaan amarah sebab dia tak tawarkan aku jawatan bibik , Kalau tak, dah banyak duit dah aku sekarang. Sebenarnya banyak lagi perkara-perkara yang bakal merugikan korang dan akan buat korang menyesal tak sudah akibat membuat keputusan ketika marah. Percayalah cakap aku. Abang ni, dahlah kacak, banyak makan garam bukit, pengalaman hidup tu alhamdulillah melimpah ruah.

kesilapan yang selalu manusia lakukan di dalam kehidupan. cara terbaik untuk menghilangkan perasaan marah, kesilapan di dalam membuat keputusan. keputusan yang salah di dalam kehidupanMarah ibarat api di dalam hati. Jikalau hati dah berapi, mana mungkin korang nak keluarkan api tu dan bertukar jadi Super Saiya. Itu tak logik. Marah adalah sahabat Syaitan. Jadi, buang jauh-jauh sifat marah tu. Ia boleh merosakkan hati kita.



2 comments.. read them below or add one

Kucing Hitam Kucing Hitam 15 November, 2014
lama nya tak singgah blog abg kacak nie haha ...
www.kucinghitam.net
Muhammad Khairuddin Lim Muhammad Khairuddin Lim 15 November, 2014
Plus juga jauhi sikap dengki dengan orang lain.