TIPS MENGELAKKAN MATA SILAU AKIBAT LAMPU TINGGI ATAU LAMPU HID

Ramai yang rasa marah, sakit hati, geram, rasa nak lutut halkum orang lain, dilanda kemurungan, dan macam-macam lagi perasaan amarah yang sangat negatif dan ditakuti oleh budak-budak tadika apabila berhadapan dengan kenderaan yang menggunakan lampu tinggi suluh pontianak atas pokok ataupun lampu yang diharamkan penggunaannya seperti HID.

Kadang-kadang hati yang panas tu berlarutan sehinggalah balik rumah. Bila dah berlarutan sampai ke rumah, mulalah buat apa pun tak kena. Makan roti rasa spageti, minum air Horlick rasa jeruk mangga asam boi, bini mintak nafkah batin tapi dia dapat penampar, dan macam-macam lagi yang keji dan jijik.

Sebenarnya, aku ada satu tips yang aku gunapakai dari dulu lagi. Aku dah praktikkan semenjak aku mula belajar naik basikal lagi. Ia tips turun temurun keluarga aku. Cuma aku tak pasti samada berkesan pada korang atau tak, tapi tak salah rasanya kalau korang mencuba.

Tipsnya mudah je. Bila korang berhadapan dengan situasi pemandu menjengkelkan tersebut, korang jangan terus pandang depan atau kecikkan mata korang untuk fokus. Ia sebenarnya menambahkan lagi parah silau tu. Kalau orang lain tengok pun, dorang akan mencerca korang sebab ingat korang buat muka comel. Bila rasa agak silau, terus pandang ke garisan jalan belah kiri. Fokus korang pada jalan takkan terganggu. Tapi jangan terlalu fokus sampai tak jeling-jeling sikit kereta depan. bercium kang kereta korang.  Aku bagi gambar contoh kat bawah ni.

tips bila berhadapan lampu tinggi, tips bila mata silau ketika memandu, tips untuk elakkan mata silau akibat lampu tinggi atau lampu hid, tips mengelakkan dari mata silau semasa memandu,
sumber
Ok, nampak tak anak panah yang aku lukis penuh dengan kesenian tu? Itulah garisan yang korang kena fokus bila kenderaan di jalan bertentangan guna lampu tinggi atau lampu HID (Hantu Itu Dia). Tapi seeloknya pastikan korang tengok garisan tu jauh sikit ke depan, Jangan tengok jarak 1 meter ke hadapan je. Korang tak nampak kereta depan kang. Pastikan korang masih boleh nampak cahaya lampu kereta depan korang bila korang fokus kat garisan belah kiri tu. 

Korang cuba buat. Sebab aku dah buat benda ni lama dah. Aku masih dapat fokus pada jalan dan mengelakkan aku jadi buta sekejap.

tips bila berhadapan lampu tinggi, tips bila mata silau ketika memandu, tips untuk elakkan mata silau akibat lampu tinggi atau lampu hid, tips mengelakkan dari mata silau semasa memandu,Mungkin dorang berasa macho bila pakai lampu HID tapi dorang tak tau yang dorang boleh sebabkan orang lain kemalangan. Itu Selfish namanya. Cuba buat sesuatu yang tak menyusahkan orang lain. Tak susah pun.

{ 14 comments.. read them below or add one }

✿ Ina Ainaa ✿ ✿ Ina Ainaa ✿ 24 November, 2014
Sama! ena pun guna cara yang macam ni bila silau. Memandangkan ena ni rabun silau
Sukma Haron Sukma Haron 24 November, 2014
Nice tip...aku pun selalu pandang garisan..
Ben Ashaari Ben Ashaari 25 November, 2014
aku selalu pandang awek kat kereta sebelah ..
yaya_flanella yaya_flanella 25 November, 2014
Silau malam yaya mmg teruk. Mmg pandang garisan jalan je. huhu. Tak suka drive malam
Kakcik Nur Kakcik Nur 25 November, 2014
Ooooooooo cam tuuuu....

baiklah. :)
Azney Shamsuddin Azney Shamsuddin 25 November, 2014
kah kah tak pandang pun sebab driver yang bawak. apa apa pun nice tips abang kacak 😘😘😘
akubiomed akubiomed 25 November, 2014
Cermin pandang belakang boleh diubah dengan menekan macam tuil ke bawah. Boleh mengurangkan kesan silau.
Mila Ahmad Mila Ahmad 25 November, 2014
kalau ekut aku, aku pasang balik lampu tinggi, apa ingat dia sorang je ada aku takde haha...

tapi okelah info tu baru tau, boleh praktik kan.
AZENI AHMAD AZENI AHMAD 27 November, 2014
Tip yang senang dan tak menganggu orang lain..
Simple dan mudah nak buat..
Paling senang pakai spek hitam..
Tp kalau mlm tak boleh la..
Hehehe..
Hani Fadhlina Abdul Rahman Hani Fadhlina Abdul Rahman 27 November, 2014
Saya memang tutup mata terus kalau tgk org pakai lampu tinggi ... Kadang2 tu tidor terus ... He he he, sbb BigBoss yg bwk kete ...
Alongxp Alongxp 01 December, 2014
Dari dulu pon memang tula amalan aku bila memandu malam, terutama masa gatal pergi pakai lampu helang klon dulu... tak terang mana pon, lawa ckit jela pon...
AnonymousAnonymous 02 December, 2014
sye pon ada mslh silau mlm. 1 crnye 2 tgk line kiri tp kekdg 2 bla dh mkin teruk silau mata tips tgk line dh mkin krg bkesan. ada skli 2 sye ats jln nk ptg kenderaan dpn. kenderaan jln btentang mula2 igt motor. jd sye pn ptg la kenderaan dpn 2. rupe2nye kenderaan yg diigt motor tu keta lampu buta sblh kiri! mujur x smpt ptg blh msuk ke kiri blik. so slain dpd tips pndg line kiri sye gn spek kuning @ night vision glass. wlw pn silau msih ada at least x tebal sgt la cahaya silau 2. mmg nmpk pelik gn spek kuning mcm org sakit kuning tp utk krgkan silau yg tebal, bt derk je le pndgan org...
Maria Firdz Maria Firdz 10 December, 2014
Mmg menggagau cari line bila kna lmpu mcm ni... Menyusahkan org lain je org yg dok buat cmtu...
luthfi luthfi 17 December, 2014
tips yang berguna, semoga bermanfaat juga untuk pembaca yang lain