BOLEH KE PASUKAN MALAYSIA MENANG LAWAN PASUKAN VIETNAM?

Bukan aku nak memperkecilkan kebolehan dan kehebatan pasukan Malaysia, tapi dari pemerhatian mata hati aku, memang agak susah untuk makan pasukan Vietnam. Tengok saja persembahan Vietnam kat laman Malaysia sendiri. Betapa selesanya dorang berkeliaran sana sini atas padang sampaikan pemain Malaysia jadi tak keruan ibarat kereta sesat yang tak merancang perjalanan. 

Dari aspek skil individu, ternyata pemain Vietnam satu tahap mengatasi pemain Malaysia. Sorang pemain Vietnam dengan selamber badak gelecek 2-3 orang pemain Malaysia. Nasib baiklah dalam bola sepak tak dibenarkan minum air. Bayangkan kalau pemain Vietnam gelecek 2-3 orang pemain Malaysia sambil minum air sirap? Tak menyirap korang tengok? Bila aku teliti balik, aku teringat yang aku dulu pernah sehebat pemain Vietnam. Masa tu umur aku dalam 18 tahun. Aku gelecek 2-3 orang budak tadika sambil hisap rokok. Hebat betul aku!

Dari aspek kelajuan, memang ketara yang kelajuan pemain Vietnam dah jauh mengatasi pemain-pemain Malaysia. Ditambah lagi dengan faktor pertahanan yang memang longgar sangat membantu dorang terus memecut dan memecut. Game malam tu ibarat Malaysia lawan Team daripada negara Arab. Malaysia ternyata tak mampu nak mengatasi kelajuan Vietnam. Counter Attack Vietnam menjadi lebih bahaya, lebih padu, lebih mantap, lebih Sweet dan lebih romantik bila pemain-pemain dorang sangat laju. Ibarat macam aku tengah lumba lari dengan Watson Nyambek. Dah tentu-tentu Watson Nyambek jauh tinggalkan aku. Silap-silap Watson Nyambek siap berhenti singgah kedai runcit beli tudung untuk makcik dia.

Dari aspek pertahanan Malaysia pulak, aku sedikit kecewa dengan Coach Dollah Salleh. Defend terabur. Bertambah celaru bila Coach Dollah Salleh terus membiarkan Zubir dengan Mahali terus berterusan naik ke atas. Overlapping tak salah, malah sangat membantu. Tetapi bila dah asyik-asyik buat benda yang sama, bukan ke pemain tu boleh pancit? Sampaikan tak larat nak turun untuk Cover bawah balik? Kalau mampu kejar pun, belum tentu dapat menyekat gelecekan pemain Vietnam. Iyelah, dah pancit. Aku pun kalau dah pancit, macam-macam perkara tahyul aku buat. Pass kat pemain lawan malah paling teruk aku jaringkan gol sendiri sambil lutut taik lalat Keeper sebab ingatkan tu Keeper pasukan lawan. Dah pancit, otak dah hilang fokus.

Dari aspek serangan Malaysia, aku mungkin masih boleh terima barisan tengah Malaysia. Banyak jugak bola-bola menarik dijolok kat Striker. Tetapi yang jadi masalah utama adalah bola-bola menarik tu tak dapat diterjemahkan secara positif oleh Striker. Itu pun aku tak berapa setuju dengan Coach Dollah Salleh. Kenapa ye terus-menerus membiarkan Safee Sali terkial-kial kat atas padang sedangkan memang dia dah tak boleh main langsung. Sentuhan dia dah tak ada. Kita boleh tengok sendiri betapa banyaknya bola-bola menarik diterimanya tapi disia-siakan begitu saja. Bukan aku nak cakap Safee Sali tu sayur. Dia memang seorang pemain yang hebat, tapi untuk saingan kali ni, ternyata dia dah tak relevan lagi. Dia dah tak mampu nak mencabar Defend yang jauh lagi agresif dan hebat berbanding beberapa tahun yang lepas. Ibarat Coach Dollah Salleh letak aku jadi Striker. Dah tentu-tentu aku akan riak, takbur dan hebat dalam masa 5 minit pertama. Lepas tu bila aku dah pancit, aku mula hilang arah tujuan. Aku keliru apa yang aku perlu buat atas padang tu. Nak tangkap belalang ataupun nak buat Konsert.

Satu lagi yang aku tak berapa setuju dengan Coach Dollah Salleh adalah barisan-barisan pemain yang dipilih. Kenapa? Dalam 14 pasukan negeri dan banyak lagi pasukan kelab, adakah hanya player-player yang dipilih tu yang muda, berkudrat kuat dan laju? Kenapa muka yang sama jugak dipilih? Dari team Ong Kim Swee, team Raja Gopal dan sampailah ke Dollah Salleh. Aku rasa aku nampak banyak muka yang sama. Kat Malaysia ni, hanya tu je ke pemain hebat yang ada? Kalau memang itu je pemain hebat yang ada.. ok.. itu adalah satu musibah pada bola sepak Malaysia. Mana perginya program pembangunan bola sepak Malaysia? Adakah program pembangunan tu telah melencong menjadi program jalan-jalan buang duit?

Apa yang FAM buat selama ni? Aku ikut bola sepak Malaysia daripada zaman Allan Harris jadi Coach Malaysia lagi. Masa tu zaman Khalid Jamlus, Hairudin Omar, Indraputra. Masa tu baru nampak sikit kebangkitan pasukan Malaysia. Aku ikut sampai sekarang. Tapi apa yang aku tak puas hati, kenapa draf kebangkitan tu suam-suam kuku? Tak mencengkam langsung. Sepatutnya kalau buat betul-betul daripada dulu lagi, sekurang-kurangnya Malaysia dah boleh bersaing dengan negara Asia, bukan hanya setakat Asia Tenggara lagi. Tapi tengok lah apa jadi sekarang? Asyik-asyik Piala Aff, lepas tu Sukan Sea. Tahun seterusnya piala yang sama juga. Tahun berikutnya pun Piala yang sama. Lebih daripada tu, terus hilang punca. Tak mampu nak bersaing langsung. Paling memilukan, sekarang nak rebut Piala Aff dengan Sukan Sea pun dah makin susah. Apa dah jadi? Semua ni salah siapa sebenarnya? Aku buntu pikio. Kalau diikutkan marah aku ni, aku  nak je salahkan jiran aku. Tapi dia langsung tak bersalah apa-apa. Silap-silap dia lari laju-laju, lompat kat belakang aku lepas tu luku-luku kepala aku.

Jadi, apa rasanya jawapan kepada Game Malaysia menentang Vietnam nanti? Aku hanya mampu berdoa agar keajaiban berlaku kat sana. Sejujurnya, aku rasa susah untuk Malaysia menang kat sana. Main kat Malaysia pun kita kena, apa lagi main kat sana. Kecuali jika Coach Dollah Salleh ada ramuan rahsia dan kesemua Player kuat mental untuk ikut segala ramuan tu. Apa-apa pun, aku ucapkan semoga berjaya kepada pasukan Malaysia. Macam mana aku marah pun, aku tetap akan sokong pasukan Malaysia. Sebab aku ikut bukan setahun dua, tapi dah bertahun-tahun. FAM sila jadikan apa yang berlaku kebelakangan ni sebagai iktibar dan pengajaran. Sampai bila bola sepak Malaysia akan terus mundur? Vietnam sendiri pun dah jauh tinggalkan kita.

vietnam vs malaysia separuh akhir ke dua piala aff 2014, piala aff 2014, semifinal aff cup 2014, malaysia vs vietnam piala aff 2014 separuh akhir keduaAda segelintir penyokong Malaysia yang tak bertamadun dan memalukan nama Malaysia baru-baru ni. Segelintir itu tak mewakili keseluruhan rakyat Malaysia kerana berjuta lagi penyokong Malaysia bencikan penyokong yang ganas dan tak bertamadun macam tu. Aku nak tengok jugak samada penyokong yang ganas tu berani pergi ke stadium Vietnam atau tak?

5 comments.. read them below or add one

ma ❥ ma ❥ 10 December, 2014
amboi lantang sungguh bersuara hehe
tp mmg nampak kosong kat bahagian pertahanan. entah nampak mudah sgt dorg nak lepas sampai ke pintu gol kan..
Diana Rashid Diana Rashid 10 December, 2014
pemain yang hebat duduk je kat bangku simpanan.pemain yang ulang kesalahan 3,4 kali diturunkan hampir setiap perlawanan..baik tak payah ada simpanan yang hebat2 kalau gitu..
Gadis Shoot Gadis Shoot 10 December, 2014
Saya memahami perasaan anda :D
ezaiza Iza ezaiza Iza 11 December, 2014
Akak bila game malaysia siap buka cermin mata, x berani nak tengok .... time penalti plak, akk p dapur, minta anak ceritakan gol ke x ke, takut2 kes mcm mat yo....
fairus fairus 12 December, 2014
Mestilah boleh.. Aku yakin Malaysia menang 4-2..