HARIMAU BUKAN HANYA KENA MENGAUM, KENA MENYENGAT PULAK

Semalam Game Malaysia vs Thailand menunjukkan graf yang tak konsisten pada Team Malaysia. Keputusan semalam berkesudahan dengan Thailand mengatasi Malaysia 2-0. Satu bekalan yang agak selesa buat Thailand.

Pada awalnya, Team Harimau Malaya bermula memang garang. Game First Half semalam memang boleh dikatakan menarik dan agak seimbang. Semua Player memberikan aksi yang menarik dan terbaik seolah-olah bermain kat tempat sendiri. Orang dulu-dulu cakap "bukan jaguh kampung". Omputih pulak cakap, " When the tiger smash up, the gold will hidden suddenly denied often!".

final kedua piala aff 2014, masih ada peluang untuk piala aff 2014, selamanya harimau malaya, keputusan penuh malaysia vs thailand final piala aff 2014,
SUMBER
Aku puas hati pada aksi separuh masa pertama. Namun, bila masuk separuh masa kedua, cengkaman tu nampak makin longgar dan makin longlai. Paling ketara bila pemain gantian masuk. Tune terus lari seolah-olah seorang mat rempit terlupa macam mana nak buat aksi Superman.

Itulah kelemahan yang ada pada Malaysia. Hilang fokus pada saat-saat genting. Tapi bagi aku, mungkin juga disebabkan faktor usia. Pemain Malaysia dibarisi ramai pemain otai masih berbisa. Sukar untuk menentang pasukan muda. Kita sebenarnya kalah dari segi stamina dan jugak ketahanan fizikal. Thailand dibarisi ramai Player muda yang kuat, berstamina tinggi dan.... kacak.

final kedua piala aff 2014, masih ada peluang untuk piala aff 2014, selamanya harimau malaya, keputusan penuh malaysia vs thailand final piala aff 2014,
Kalau tak salah aku, ni lah Player Thailand nombor 7 tu kan? Kacak betul beliau.
 Ye. Kacak! Bila dah kacak, berapa ramai sokongan awek-awek Malaysia berubah kepada menyokong Thailand? Itupun salah satu faktor yang menyebabkan Malaysia kalah. FAM kena hantar aku sebagai pembantu kepada pembantu jurulatih. Biar aku pulak tarik sokongan awek-awek Thailand pulak untuk menyokong Malaysia. Aku akan All Out bersungguh-sungguh mengacakkan diri demi negara.

Tapi macam -mana pun, aku tetap yakin pada kemampuan Malaysia untuk menundukkan Thailand. Lagi-lagi bermain kat tempat sendiri.  Kalah dah kalah dah. Jadi, untuk pusingan ke dua ni, kena All Out. Berjuang berhabis-habisan. Nothing To Lose. Kalau kalah pun nanti, biar kalah bermaruah. 

Barisan pertahanan kena betul-betul bersedia kali ni. Kena betul-betul Fit. Kena betul-betul jadi benteng yang kebal untuk mengekang segala asakan Gajah Putih terutama Counter Attack dorang. Aku kenal Counter Attack Thailand macam mana. Ia sangat bahaya sebab taktikal Counter Attack tu sama macam aku selalu buat masa main Fifa 2005. Ia adalah Counter Attack yang akan menghukum kelekaan barisan pertahanan. Ia adalah Counter Attack yang akan mencairkan ramai awek-awek Malaysia.

Barisan tengah pulak kena lebih padat dan padu di tengah. Jangan biarkan pemain Thailand selesa membuat hantaran-hantaran yang menyakitkan hati penyokong Malaysia. Tutup segala ruang. Dan sukarkan pemain Thailand untuk bergerak. Biar dorang terasa seperti mereka berada di dalam pagar sesat Maze Runner. Jadikan malam mereka lebih sasau. Jadikan dorang lupa apa misi dorang atas padang. Dan kalau boleh, jadikan dorang Blurr dan menyerang pertahanan dorang sendiri. Paling penting, banyakkan hantaran-hantaran cantik dan tepat kepada Striker.

Barisan Striker pulak, kena Sharp. Itu paling penting. Hidung kena lebih sensitif untuk menghidu ruang menerima hantaran cantik dan menghidu peluang menjaringkan gol. Anggap diri korang tu bagaikan raksasa ganas yang amat ditakuti oleh sesiapa sahaja yang sedang berhadapan dengan korang. Sekali korang melangkah, habis bertempiaran orang lari menyelamatkan diri. Semaikan ketakutan dalam hati pertahanan-pertahanan Thailand. Mungkin perlu sedikit Trick untuk memperdayakan pertahanan Thailand. Cuba jangan gosok gigi hinggalah Final kedua nanti. Time Game nanti, bila berhadapan dengan pertahanan Thailand, hembus nafas kat hidung dorang. Pasti fokus dorang akan terganggu dan dorang pasti tak tergamak untuk mendekati korang.

Kepada Coach Dollah Salleh. Pastikan memilih pemain yang tepat. Jangan salah buat pilihan kerana salah buat pilihan, buruk padahnya. Taktikal dan percaturan perlu yang terbaik. Dan.. jangan salah buat percaturan kerana ia juga buruk padahnya. 

Kepada penyokong Malaysia, pesan pada diri sendiri supaya menghormati penyokong lain. Tebus kesilapan sebelum ni dengan peribadi yang bertamadun. Kalah menang tu adat permainan. Kalau rasa nak pukul orang jugak, pukul diri sendiri sekuat-kuat yang mungkin agar korang tau betapa sakitnya bila kena pukul. Please, jangan busukkan nama Malaysia. Penyokong juga membawa nama negara. Biar orang luar tau yang walaupun negara kita kecik, tapi rakyatnya bertamadun, berbudi bahasa dan penuh dengan kesopanan. 

final kedua piala aff 2014, masih ada peluang untuk piala aff 2014, selamanya harimau malaya, keputusan penuh malaysia vs thailand final piala aff 2014, Good Luck Harimau Malaya. Aku masih lagi positif. Aku masih yakin Malaysia mampu menjulang Piala Aff 2014 ni. Jangan hampakan penyokong-penyokong Malaysia. Jangan hampakan rakyat Malaysia. All Out. Nothing To Lose sebab kita dahpun kalah Final pertama. Ini kali mesti kena menang besar! Kali ni, harimau bukan setakat kena mengaum, tapi kena menyengat pulak.

2 comments.. read them below or add one

Sue-Rya Qistina Sue-Rya Qistina 18 December, 2014
it's ok it's alrite..
Harimau Malaya go go go
and fight fight fight!!!

ehhhh..dah mcm lagu team netball masa sek ren dulu la pulak..hehehehe
Syireen Halim Syireen Halim 18 December, 2014
tak sabar tunggu esok....
selamanya selamanya Harimau Malaysia...
selamanya selamanya selamanya sokong Malaysia