MUKA PAKAI FOUNDATION KOT!

Hari tu aku balik dari kerja. Macam biasa aku akan lalu laluan biasa yang aku ulang alik pergi kerja. Laluan biasa tu adalah laluan yang biasa aku lalu. Biasanya aku akan lalu laluan tu sebagai laluan biasa aku.

Tengah-tengah tunggang motor sepenuh rasa takbur, tiba-tiba ada satu motor pancung depan aku. Agak biadap tindakan beliau tu. Tindakan tu kalau salah Step dan tak cukup ilmu rempit di dada boleh sebabkan aku yang jatuh. Biadap.

Disebabkan aku ni masih ada sisa-sisa darah muda dan rempit yang tinggal dalam tubuh aku, hati aku terus panas manja. Aku kejo dia lepas tu aku cucuk rapat dia sepanjang perjalanan. Baru ada akai sikit. 

Lama-kelamaan aku perasan beliau macam pegang-pegang beg sandang beliau. Lepas tu dia larikan beg sandang dia ke depan. Biadap! Dia ingat aku peragut ke? Aku ingatkan dia sedar kesalahan dia buat tu, rupanya tak. Dia boleh fikir aku peragut pulak. Cis! Aku ni dahlah muka suci! Muka pakai Foundation kot! Sampai hati dia ingat aku peragut. Terus aku perlahankan motor sambil menahan sebak di dalam dada.

Apa-apapun, sebenarnya tindakan beliau tu memang betul. Sebab sekarang ni kena berjaga-jaga dengan jenayah yang ada. Peragut sana-sini. Jenayah sana-sini. Tapi dia pun tetap salah sebab boleh sebabkan aku jatuh motor. Tapi... aku pun salah sebab aku pun boleh sebabkan dia jatuh motor jugak. Aku tak sepatutnya ikutkan angin aku sangat. Ok, aku insaf.

wajah yang menggunakan foundation, foundation, memakai foundation di wajah, pakai foundation di wajah, apply foundation di wajahSabar itu separuh daripada iman. Lebih baik kita Apply dalam kehidupan seharian kita sebab ia lebih penting daripada Apply Foundation kat muka.

{ 11 comments.. read them below or add one }

KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy.com KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy.com 23 December, 2014
hensem gambar nya hehehe spec hitam pulak tu -kedaionlinemy.com
Aishah Amin Aishah Amin 24 December, 2014
foundation brand apa u pakai ek??

#projek2ribu
zafairMAS zafairMAS 24 December, 2014
Muka jambu di sangka peragut.. Die xnampak tu..
Azeni Ahmad Azeni Ahmad 24 December, 2014
Hahaha.
Permulaan cerita macam ganas.
Last2 jadi lawak pulak.
Takpe yg penting kena sabar yea bro.
Diana Rashid Diana Rashid 24 December, 2014
mungkin Puncanya foundation tak rata..guna span ke??
Diana Rashid Diana Rashid 24 December, 2014
mungkin Puncanya foundation tak rata..guna span ke??
bz the witch bz the witch 24 December, 2014
dah pakai foundation pun masih disangkat peragut...hehhe..
afeb pilah afeb pilah 24 December, 2014
mantap! err.. maksud saya cermin mata tu bang,mantap! kbai
Chekgu BaniHassim Chekgu BaniHassim 28 December, 2014
Salam tuan tanah...
Salam blogwalking....

Haha.
Lelaki metrosexual skrg mmg tak lepas dr foundation...haha.
metrosexual ke?
KorN KorN 30 December, 2014
jenayah membawa padah. Salam satu malaysia... ade mcm pengacara 999 x?