ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA. ORANG KURANG AJAR KITA LANGSI

Hari Ahad lepas aku bukak pelamin macam biasa. Sampai kat sana, pengantin masih lagi bergambar. Tak apalah. Aku dengan dua orang lagi Crew Issyaz Wedding pun datang awal. Aku biarkan je dua orang Photographer dengan pengantin beraksi dulu kat pelamin. Sambil-sambil tu aku cuci mata dulu tengok-tengok keadaan manalah tau ada awek-awek yang nak tawarkan diri jadi bibik aku. 

Dah lama tunggu, nampak macam sesi Photography dah selesai. Kitorang pergi ke depan, tapi rupanya dorang pindah tempat bergambar rupanya. Pergi ke sudut tepi pelamin sikit. Tak apalah. Aku dan Crew Issyaz Wedding buat keputusan untuk bukak pelamin sebelah sudut yang tak digunakan Photographer. 

Baru nak gerak bukak, nampaklah dua orang Photographer tu alih-alihkan Flower Stand pelamin untuk bukak ruang bergambar. Mula-mula ok lagi. Sampai satu tahap, salah seorang Photographer tu main tendang-tendang Flower Stand tu pakai kaki untuk alih Flower Stand  (yelah, tak mungkin tendang pakai siku pulak kan?). Menambah bara kemarahan dalam hati aku ni, dah lah selamber badak je tendang-tendang, muka pulak dia tonjolkan masam mencuka penuh rasa bongkak. Seolah-olah berkata, "Aku adalah seorang Photographer yang gangster dan ganas. Aku gagah!. Selamber je aku tendang-tendang Flower Stand ni! Hahaha. Aku ganas!! Aku kejam!! Aku adalah adik kepada Godzilla!!".

Takpe. Aku sabar lagi. Tempat orang. Masuk tempat orang jangan bawak pisau, bawak otak. Kalau aku mengamuk kat sana bagaikan seekor ibu zirafah mengamuk mempertahankan anaknya dari dibaham anjing laut, tak keluar pulak aku dengan dua orang Crew Issyaz Wedding dari tempat tu nanti. 

Aku sabar dan bersabar lagi. Aku masih berfikiran positif. Aku anggap Photographer tu mungkin terlupa baca Bismillah masa makan sampaikan muka busuk macam tu dan tingkah lakunya bertukar macam haiwan liar. Aku bertenang dan cuba membuat baik lagi. Aku tanya dengan baik-baik kat dia. 

MANUSIA YANG KURANG AJAR, ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA, BUDI BAHASA BUDAYA KITA, NILAI MURNI YANG SEMAKIN HILANG, SIKAP KURANG AJAR MANUSIA ZAMAN SEKARANG
SUMBER
" Bang, Side sini tak pakai kan? Kalau tak pakai, boleh kitorang bukak?".

Dorang pandang aku. Dah lah masam mencebik. Jawab pulak seolah-olah aku ni seorang pengemis yang datang meja ke meja mintak duit. 

Panas hati aku. Aku tak tahan lagi dengan perangai berlagak, riak, bongkak, takbur dan juga perasan bagus macam tu. Aku terus mulakan kerja bukak pelamin sambil teriak kat salah sorang Crew Issyaz Wedding.

" Kaka! Kau bukak pelamin ni, jangan kau TENDANG-TENDANG Flower Stand tu pulak!"

" Apa kau cakap?",soal Kaka memang sengaja nak aku ulang Statement aku tu, Memang membantu benar dalam situasi tu. I LIKE!

" Aku cakap, kalau kau bukak pelamin tu, jangan kau TENDANG-TENDANG pulak Flower Stand tu! Aku takut kau TENDANG-TENDANG je Flower Stand tu!". Kali ni aku teriak kuat lagi daripada yang pertama tadi. 

Apa nak jadi lepas tu jadilah. Dah bernanah dah hati aku dengan perangai orang macam ni. Nampak muka Photographer tu macam dah berubah sikit. Terasa? Aku rasa memang terasa dah. Memang aku tuju tepat untuk dia. Aku rasa pengantin tu pun faham maksud aku. Lantaklah. Lain kali fikir apa kau rasa kalau orang tendang-tendang kamera kau tu. Panas kan?

Orang berbudi kita berbahasa. Orang hormat kita, kita hormat orang. Mudah dan Simple je hidup ni kan? 





{ 9 comments.. read them below or add one }

Mek Onie Mek Onie 15 December, 2014
sekali photog tu baca blog mu boni weh,haha
yoorin melacolea yoorin melacolea 15 December, 2014
Hahaha.. suka hati ketiak pak.lang die je nk tendang2 brg org.. entah2 amateur photog je lagi nak berlagak diva.. puihh kan ajee
salmiah awang salmiah awang 16 December, 2014
photografer dah terasuh mementingkan foto dari segalanya,termasuk flower yang cun-cun tu.

Tapi kalau awek cun,pandai pulak dia bagi ruang.Harap-harap ramailah fotografer baca post ni.Biar amik iktibar sikit.Jangan asyik nak ikut kepala dia je.
Najib Ariyan Najib Ariyan 16 December, 2014
Salam singgah... suka pulak ngan drama yg berlaku tu... muka je nampak garang, kalau main kasar jugak beritahu jangan sampai ini hari last dia jadi fotografer, esok lusa duduk dalam jel... nak?
Faz Ariffen Faz Ariffen 16 December, 2014
Salam singgah and follow here. Hi bg Bonia~ ^^
Diana Rashid Diana Rashid 16 December, 2014
ramai la sebenarnya jurugambar yang macam ni..kadang2 dia pikir asal gambar dia cantik dah la..tak peduli pun harta benda kat sekeling dia tu semua harta benda orang,ada tuan nya..beli dengan duit...lepas tu bila jatuh ke,pecah ke,kotor ke,dia buat muka tak bersalah je..
Nadia Johari Nadia Johari 17 December, 2014
pergh..sukati die je..die pikir die hebat..kalau nad pun panaih tau
fairus fairus 17 December, 2014
Bagi je sekali Boni.. Kalau aku dah bagi dah.. bagi ape? Bagi salam.. :)
luthfi luthfi 17 December, 2014
Memang ada lah orang-orang yang memiliki sifat seperti itu, harus banya=banyak bersabar