TERPACUL SATU WAJAH YANG TAK DIKENALI

Ni cerita sampingan je ni. Saja nak ceritakan kat korang yang terus menerus menjadi pembaca blog aku ni. Korang pun tau kan aku ni antara salah seorang pemasang pelamin di antara berjuta lagi kat Malaysia ni. Yang membezakan aku dengan pemasang pelamin yang lain adalah jelingan tajam tapi manja ni. 

Ok, ni bukan nak cerita pasal jeling-menjeling hatta cerita pasal pemain Thailand no 7 yang hampir menyaingi kekacakan aku. Ni aku nak cerita tentang wajah yang aku tak kenali. 

Cerita ni terjadi masa aku On The Way ke Bentong nak pasang pelamin. Kat pertengahan jalan, aku dan dua orang lagi pemasang pelamin yang boleh tahan kacaknya singgah kejap kat Petronas. Tujuan dan asbab utamanya sebab aku nak kencing. Tapi aku terlupa nak kencing. Aku masuk dalam kedai. Puas belek-belek air Red Bull dan air Sting Strawberry. Last-Last aku pilih 100 plus.

Aku pun beratur nak pergi bayar air. Masa tu muka awek Counter tu senyum-senyum gatal. Aku dah agak dah. Dia ni mesti syok kat aku. Dari aku masuk dah senyum-senyum. Mesti dia tak sangka lelaki sekacak, setampan, setegap, dan sefashionista seperti aku sudi beli air kat Petronas. Ish, apa lah fikir macam tu. Aku ni tak berlagak walau segah macam tu. Tak apalah. Aku tak mampu nak Block pemikiran dia tu. Aku redha je selalu.

Tengah-tengah tunggu dia Scan air tu, aku tanya lah kat EL, salah seorang lagi pemasang pelamin Issyaz Wedding yang boleh tahan kacaknya walau tak sekacak aku.

" Kau beli air apa bro?" soal aku. Dengan mata yang makin aku kecikkan untuk menambah Effect kacak aku di mata awek Counter tersebut, aku pun toleh ke belakang dengan perlahan-lahan.

Tiba-tiba!!! Terpacul satu wajah yang aku tak kenali. Dem! Tadi aku nampak kelibat EL kat belakang aku! Ni apahal orang lain pulak dah!! Adoi!! Saat tu hanya Allah je tau macam mana perasaan aku terhadap Nora Danish. Gila malu! Malu yang memang teramat-amat. Lagi-lagi muka Brader tu ketat je. Tak senyum tak gelak apalagi menangis. Lagi lah menambah rencah malu aku tu. Situasi yang berlaku tu sangat-sangat ngeri dan Thrill. Sangat-sangat Annoying. Ia bertambah sedih bila kat sana ramai orang tengah menyaksikan drama seram tersebut. Adoi. Cepat-cepat aku bayar, aku blah dari situ. Aku tak nak lagi tunjuk muka kat sana. Biarlah nak terberak dah hujung-hujung sekali pun, aku tak nak singgah Petronas tu lagi!

wajah yang tak dikenali, aku tak kenal wajah itu, wajah itu selalu menghantuiku, wajah yang aku tak kenal Aku bukan sesiapa. Aku seorang yang berkasta rendah. Tak punya apa-apa. Tak layak untuk berdiri sama tinggi dengan sesiapa.

2 comments.. read them below or add one

yoorin melacolea yoorin melacolea 20 December, 2014
hahahahadooiii..x abes2 nak mention kekacakkan tuu..kekekeke..nasib baik cuma tanya beli air apa je.. kang cerita pasal pasal pelamin punyalah panjang, lagi laaa rasa nk sembunyi muka kat kaunter plak.. hehe