aku tak terkejut kalau zamani maafkan orang yang aniaya dia

Aku nak kata orang rapat Zamani tak jugak. Tapi aku antara ribuan peminat suara dia.

Baru-baru ni kecoh dah pasal Zamani kena tangkap dan dianiaya dengan video dia digari sambil menyanyi. Itu sangat kejam dan tak berperi kemanusiaan. Walau pun dia melakukan kesilapan dalam hidupnya, tapi rasanya tak perlulah diperlakukan sedemikian rupa. Mungkin dia lupa yang Zamani ni juga ada keluarga.. ada kawan-kawan.

Ada juga komen-komen negatif yang aku baca mengutuk Zamani. Bagi aku mungkin manusia ni lupa yang kadang-kadang kebaikan tu akan muncul dalam diri seseorang dengan apa yang pernah dilalui dalam hidupnya. Mungkin juga akan jadi lebih baik daripada manusia yang mengutuk dan mengeji itu.

Aku ada terbaca satu artikel yang menyatakan Zamani memaafkan orang yang melakukannya sedemikian rupa. Dan dia takkan mengambil apa-apa tindakan terhadap orang tu. Nah. Satu perkara yang mampu menutup mulut ramai orang yang mengejinya. Siapa sangka orang yang dikeji dan dihina tu berhati mulia macam tu.

Aku tak terkejut pun andai berita tu betul. Sebab aku pernah jumpa Zamani sendiri. Aku pernah jadi penyanyi latar Zamani kat Pesta Penang dan praktis menyanyi dalam bilik air dengan dia. Apa yang aku boleh katakan Zamani ni mempunyai perwatakan yang lembut dari segi tutur bahasanya. Aku salah menyanyi pun dia tetap tersenyum sambil perbetulkan kesilapan aku tu dengan nada yang lembut. Lepas daripada konsert, walaupun penat, tak pernah lekang senyuman dari bibir dia walau pun beratur orang yang nak ambik gambar dengan dia. Senyuman tu bukan senyuman hipokrit. Kita boleh tau andai orang tu senyum hipokrit atau tak. 
kisah zamani slam, lagu gerimis mengundang zamani slam, video zamani menyanyi,
Kenangan bersama Zamani masa Pesta Penang. 

Dari situ aku dapat baca yang Zamani ni punya hati dan peribadi yang baik. Aku jugak ada baca komen-komen dari kawan-kawan Zamani sendiri. Rata-rata cakap perkara yang sama yang Zamani ni sangat baik dan lembut budi bicaranya. Cuma mungkin dia dah membuat satu kesilapan dalam hidupnya tapi itu tak bermaksud kita boleh menghinanya sesuka hati. Tak ada manusia yang tak pernah buat kesilapan dalam hidupnya.

Aku akan tetap menyokong dan memberi semangat kepada Zamani untuk terus meneruskan kehidupan ini. Aku juga sangat berharap agar Zamani akan pulih sepenuhnya, sembuh sepenuhnya dan berubah menjadi lebih baik daripada sebelum-sebelum ni. Dan mungkin lebih baik daripada orang-orang yang mengaku baik dan mulia yang terus-menerus menghina Zamani.   


Aku ada buat satu video istimewa untuk Zamani. Semoga ia dapat memberi semangat kepada Zamani untuk bangkit dan terus melangkah.


kisah zamani slam, lagu gerimis mengundang zamani slam, video zamani menyanyi, Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk semua pihak.

{ 11 comments.. read them below or add one }

noradyani ab rahman noradyani ab rahman 24 January, 2015
APEPUN, KITA TIDAK SEHARUSNYA MENCEMUH ATAUPUN MENGHINA ORANG LAIN, APATAH LAGI BERITA ITU BELUM LAGI DI SAHKAH KESAHIHANNYA, APA SALAHNYA KITA BERDOA SEMOGA SEMUANYA BAIK2 SAHAJA. PEACE NO WAR. =)

danishdamiadaris.blogspot.com
Mrs Little Voice Mrs Little Voice 24 January, 2015
Wowwww....backup singer...cayalah...
Yan Ty Yan Ty 24 January, 2015
Kecian kat dia. Yes i believe too....
blogger bumi lasinrang blogger bumi lasinrang 24 January, 2015
hedaklah orang yang tersilap dinasehati bukan malah dihina
sHaRiNa eLyaNa sHaRiNa eLyaNa 25 January, 2015
kesian dkt abg zamani, smoga Allah permudahkan untuk dia bertaubat..
jemput join ya abam boni c kacak
http://www.opzzpinky.my/2015/01/mini-giveaway-kiss-proof-lipstik.html
Lynn Munir Lynn Munir 26 January, 2015
Moga Zamani tabah dan punya kekuatan untuk berubah.
Sya_Merpati Putih 88 Sya_Merpati Putih 88 27 January, 2015
sy minat kumpulan slam nie dari dulu lagi... ape2 pun suara dia best.. kt sbgai manusia pun xterlepas dari silap n salah..x patut diorg buat zamani tu mcm tu, even dia mcm tu pun xpatut kita aibkan dia cm tu sekali..kt doakan yg terbaik ajer uk dia...

wahh suara awk ni mesti best nie, sbb tu boleh jdi penyayi latar..ehehe.. :)
KorN KorN 27 January, 2015
ko dtg penang ko x roger aku pun kan...
Iha Zaliza Iha Zaliza 02 February, 2015
Suka baca entri ni, saya die hard fans beliau.. rata2 yang kenal beliau mesti akan ceritakan sifat beliau yang terlalu baik..
Manusia mana yang tak pernah buat silap kan? Bezanya samada orang lain nampak kesilapan kita atau tak, dan kita insaf atau tak lepas buat silap.. apapun kita doakan beliau berubah menjadi lebih baik..