JANGAN SALAHKAN KPOP SEBAGAI PUNCA

Aku ni bukannya nak kata tak minat KPOP. Nak kata tak minat tak boleh jugak sebab aku minat kumpulan 2NE1. Siap boleh hafal sikit-sikit lirik Korea tu. Nasib baiklah aku ni tak ada bakat menari, kalau tak aku dah hafal dah setiap Step tarian kumpulan tu. Dan semestinya setiap hari kena baling periuk dengan mak aku. 

Drama dia pulak ada jugak yang aku minat antaranya My Girlfriend Is A Gumiho, Winter Sonata dan jugak Gerak Khas The Movie.

Baru-baru ni kecoh pasal awek-awek bertudung dicabul atas Stage oleh bapok-bapok Korea. Nak kata dicabul tak boleh jugak sebab awek-awek tu sendiri dengan kerelaan hati dipeluk dan dicium oleh bapok-bapok tu. Jadi aku namakan situasi tu sebagai situasi "Beronok-ronok dan terseronok".


perempuan melayu bertudung dicabul artis kpop, awek melayu bertudung dicabul artis kpop, kpop dan awek melayu bertudung, budaya kpop yang semakin berleluasa di kalangan remaja zaman ini
SUMBER
Dalam hal ni, kita tak boleh nak salahkan KPOP sebagai punca. Bagi aku sendiri, itu semua atas diri kita. Sebab tu dalam Islam menyarankan kita serba-serbi bersederhana dalam segala hal. Ini termasuklah kalau kita minat pada seseorang, atau minat pada sesuatu. Kita kena bersederhana. Ini tak. Kalau dah minat tu, sampai sanggup toreh tangan buat nama artis tu, artis ni. Tu tak termasuk lagi jumpa bomoh untuk mintak dapat mimpi jumpa artis tu artis ni. 

Nak lagi menyentuh perasaan, sampaikan sanggup simpan semua gambar-gambar artis tu penuh satu Handpnone sampaikan orang konpius yang korang ni sebenarnya ada masalah kendiri atau pun masalah sakit mental tahap 120 MB. Bayangkan kalau BF atau suami korang ternampak gambar tu, apa reaksi dorang? Tak mungkin pulak dorang akan rasa gembira bersama, ketawa bersama pulak kan. Kalau dorang pun tumpang gembira, aku rasa mungkin ada masalah jugak dengan pasangan korang tu. Cuba Check Handphone dorang, mana tau penuh pulak dengan gambar awek-awek Korea.

Bagi aku sendiri, itu kesilapan Basic kita dalam kehidupan sebenarnya. Kita tak amalkan sikap bersederhana dalam segala hal. Kita kadang-kadang terlalu obses dengan sesuatu sampaikan kita ketepikan konsep bersederhana dalam kehidupan kita. Itu sebenarnya kesilapan terbesar kita. Jikalau tak ada sifat bersederhana dalam diri kita, itu yang akan membawa kepada masalah-masalah yang lebih besar kemudian hari.

Jangan kata KPOP, sebelum ni pun dah pernah heboh pasal peminat-peminat perempuan cium Anuar Zain masa dia tengah menyanyi atas Stage. Nampak tak? Jangan kata artis bapok KPOP je mampu buat awek-awek Melayu cair, tapi Anuar Zain sendiri pun ada aura tu. Tu tak termasuk lagi berapa ramai makcik-makcik yang selalu kejar aku nak cium rambut aku. Nampak permainan dia kat situ? 

Jadi, nasihat aku sebagai seorang blogger picisan kepada semua manusia terutama awek-awek Melayu yang beragama Islam, tunjukkanlah teladan yang baik kepada yang bukan Islam. Nak buat yang pelik-pelik tu, jangan sampai rosakkan imej Islam di mata orang bukan Islam. Nak buat yang bukan-bukan tu biar sorok. Itu antara korang dengan Allah. Tapi janganlah busukkan imej Islam. Disebabkan nila setitik, habis biru kemeja putih aku. 

Nak minat pada seseorang atau sesuatu tu, biarlah ada batasnya. Jangan disebabkan rupa paras tak Original tu korang hilang pertimbangan. Lelaki melayu pun apa kurangnya. Asli lagi, tak Operate buat muka pun. Tengok je aku ni. Dah lah kacak, berwawasan pulak tu. Apa-apa pun, semoga insiden tu menjadi pengajaran buat semua. Maafkan aku andai penulisan aku kali ni ada melukakan hati sesiapa. Sesungguhnya aku juga manusia biasa yang sedikit luar biasa kacaknya. 


perempuan melayu bertudung dicabul artis kpop, awek melayu bertudung dicabul artis kpop, kpop dan awek melayu bertudung, budaya kpop yang semakin berleluasa di kalangan remaja zaman iniSama-sama kita kembali kepada sifat bersederhana dalam segala hal.

6 comments.. read them below or add one

Alin Marlini Alin Marlini 14 January, 2015
gua pun minat korea...hari2 layan drama korea...tak kata budak2 tu terkesima tak jugak...lagi peluk erat adalah...cuma kita doakan yg terbaiklah buat adik2 manis tu
wawa zulkefli wawa zulkefli 14 January, 2015
kekadang kita lagi pening dengan masalah yg mengomen pasal kpop blablablablabloa tu bang oiiiiii hahahhahahahaha
sheda ucu sheda ucu 14 January, 2015
hahaha stujuuu yg nih memang ada point!! sheda pun peminat tegar korea haha tpi wat rilex sudahh hahaha mcm kak ogy penah kata sedar diri sedar ruang ye!! haha I love rain lee joon park min woo lee kwang so hahaha
dr fig garden dr fig garden 14 January, 2015
k-pop x salah.. yang salah diri sendiri... dunia akhir zaman..
MizzTina MizzTina 15 January, 2015
minat drama korea je, bkn kpop.. btl la, bkn slh kpop tu, slh diri sendiri.. septtnya diri sendiri tau, pakai tudung..tudung kan melambangkan "perisai", kena la jaga.. tudung tu peringatan..
NJihe.am NJihe.am 21 January, 2015
Salam singgah, nak viral sesuatu isu senang je, gunakan isu sensitif, negatif, komfem dapat banyak liputan. Tudung sekarang dah jadi fesyen bukan perisai.. Semoga kita sama-sama beringat.

http://studioous.blogspot.com/2015/01/sponsor-1st-segmen-kerjaya-blogger-ipt.html