ANTARA YAMAHA EXCITER 150, YAMAHA FZ150i DAN JUGAK SUZUKI BELANG 150R. AKU BUNTU!

Aku ni sebenarnya ada jugak teringin nak tukar motor baru. Bukan sebab apa, sebab motor aku ni dah lama sangat dah. Dah mula semput. Mana taknya, hari-hari redah Bukit Beruntung-KL, KL-Bukit Beruntung. Kalau naik unta ni, aku rasa dah nazak dah unta tu aku kerjakan. Dah nama Long Distance macam tu, tak mungkin aku bawak dengan penuh kesopanan dan ketatasusilaan kan? Dah tentu lah aku perah. 

Aku sebenarnya dah mula jeling-jeling beberapa model motor yang bagi aku mungkin sedap dan ranum untuk dihenyak. Yamaha Exciter 150, Yamaha FZ150i dan jugak Suzuki Belang 150R. Ini tiga pilihan yang dah aku Shortlisted kan. Aku bukan tak pandang cc yang bawah daripada 150 ni, tapi disebabkan asal aku bawak RXZ dan jugak LC(sekarang), memang aku susah nak Downgrade pulak. Gilo apo. Ibarat dah biasa tunggang Cheetah, tapi tiba-tiba tunggang kijang. Memang terasa sangat dia punya perbezaan. Tak Feel nak pecut. Pakai LC ni pun sebenarnya aku tak berapa Feel time perah. Tak rasa ghairah macam mana aku perah RXZ dulu. Lagi-lagi RXZ tu 2 Stroke. Pergi macam hantu woo.

Ok, aku cuba buat beberapa perbandingan untuk aku jadikan rujukan aku nak beli nanti. Mungkin jugak korang sendiri boleh jadikan rujukan kalau nak beli motor bawah 200cc tapi sedap untuk Long Distance. 

YAMAHA EXCITER 150


TIPS UNTUK MEMBELI MOTORSIKAL, GAMBAR-GAMBAR YAMAHA EXCITER 150, GAMBAR-GAMBAR YAMAHA FZ150I, GAMBAR-GAMBAR SUZUKI BELANG 150R, JENIS-JENIS MOTOR UNTUK PERJALANAN JAUH DAN SEDERHANA, GAMBAR-GAMBAR MOTOR KAPCAI TERBARU 2015

TIPS UNTUK MEMBELI MOTORSIKAL, GAMBAR-GAMBAR YAMAHA EXCITER 150, GAMBAR-GAMBAR YAMAHA FZ150I, GAMBAR-GAMBAR SUZUKI BELANG 150R, JENIS-JENIS MOTOR UNTUK PERJALANAN JAUH DAN SEDERHANA, GAMBAR-GAMBAR MOTOR KAPCAI TERBARU 2015

TIPS UNTUK MEMBELI MOTORSIKAL, GAMBAR-GAMBAR YAMAHA EXCITER 150, GAMBAR-GAMBAR YAMAHA FZ150I, GAMBAR-GAMBAR SUZUKI BELANG 150R, JENIS-JENIS MOTOR UNTUK PERJALANAN JAUH DAN SEDERHANA, GAMBAR-GAMBAR MOTOR KAPCAI TERBARU 2015

TIPS UNTUK MEMBELI MOTORSIKAL, GAMBAR-GAMBAR YAMAHA EXCITER 150, GAMBAR-GAMBAR YAMAHA FZ150I, GAMBAR-GAMBAR SUZUKI BELANG 150R, JENIS-JENIS MOTOR UNTUK PERJALANAN JAUH DAN SEDERHANA, GAMBAR-GAMBAR MOTOR KAPCAI TERBARU 2015
Credit - banh.vn
Motor Yamaha Exciter ni mungkin adik kepada Yamaha LC 135 sekarang ni. Kalau tak salah aku, mungkin bulan Mei ni akan keluar kat pasaran Malaysia. 

Ok, motor ni memang Rare. Kalau 135LC pun dah sedap, apa lagi Exciter 150 ni. Memang sesuai untuk perjalanan jarak jauh dan sederhana sebab korang boleh pecut mungkin sampai 130km/j-140km/j . Ini mungkin. Sebab aku tak Test rembat lagi.

Dari segi rekabentuk, aku rasakan rekabentuk dia memang menarik dan boleh mencairkan ramai awek-awek rempit kat luar sana. Korang berhenti je kat Trafik Light, buat muka comel sikit, mesti jatuh air mata awek-awek rempit mengenangkan betapa bergayanya korang. Aku memang teringin pasang impian untuk sambar sebijik motor ni nanti. Baru lah kena dengan gaya aku yang memang luarbiasa kacaknya ni.

Dari segi kelajuan pulak, aku  rasa memang dia memang laju dan paling penting kuasa pecutan a.k.a Pickup dia memang Power. Kalau LC pun bagi aku dah ok, ni kan pulak Exciter ni kan? Kalau lalu sebelah awek pakai Skirt tu, maunya tertanggal spender dia terus.

Korang rasa dah cukup hebat? Aku rasa belum lagi.

YAMAHA FZ150i


TIPS UNTUK MEMBELI MOTORSIKAL, GAMBAR-GAMBAR YAMAHA EXCITER 150, GAMBAR-GAMBAR YAMAHA FZ150I, GAMBAR-GAMBAR SUZUKI BELANG 150R, JENIS-JENIS MOTOR UNTUK PERJALANAN JAUH DAN SEDERHANA, GAMBAR-GAMBAR MOTOR KAPCAI TERBARU 2015

TIPS UNTUK MEMBELI MOTORSIKAL, GAMBAR-GAMBAR YAMAHA EXCITER 150, GAMBAR-GAMBAR YAMAHA FZ150I, GAMBAR-GAMBAR SUZUKI BELANG 150R, JENIS-JENIS MOTOR UNTUK PERJALANAN JAUH DAN SEDERHANA, GAMBAR-GAMBAR MOTOR KAPCAI TERBARU 2015

TIPS UNTUK MEMBELI MOTORSIKAL, GAMBAR-GAMBAR YAMAHA EXCITER 150, GAMBAR-GAMBAR YAMAHA FZ150I, GAMBAR-GAMBAR SUZUKI BELANG 150R, JENIS-JENIS MOTOR UNTUK PERJALANAN JAUH DAN SEDERHANA, GAMBAR-GAMBAR MOTOR KAPCAI TERBARU 2015
Credit - wemotor.com
Ni pun buat jiwa aku meronta-ronta. Tengok je lah rekabentuk dia. Mengancam. Seksi dan tegap. Macam badan aku yang sado ni. 

Model ni baru je keluar kat pasaran. Aku minat pun salah satu sebabnya Cutting dia mirip dengan RXZ tapi lebih tegap dan besar. Cuma bunyi je lah tak semerdu bunyi ekzos RXZ. 

Motor ni Fuel Injection. Kalau korang jalan jauh, sesuai sangat. Sebab ia jimat minyak. Tank dia pun besar. Sekali isi penuh, korang boleh henyak sampai 300km. Tak payah isi minyak berkali-kali kan. 

Model ni memang menang tang gaya. Lagi-lagi bila si pemakainya mempunyai aura bintang yang tersohor macam aku. Pastinya akan buat awek-awek korporat dan anak-anak orang kaya akan jeling sikit kat korang. Jangan lupa pakai Rayband kalau tunggang motor ni. Ia akan buat korang lebih menonjol!

Cuma kekurangan dia, motor ni tak berapa laju walau 150cc. Motor ni dicipta kan lebih kepada perjalanan jarak jauh dan untuk menjimatkan minyak. Aku rasa senang-senang je Exciter 150 cucuk korang walau korang dah baring dan kulit muka berkocak-kocakan dek angin yang meniup muka korang. 

Dan, tak sesuai untuk korang pergi kedai nak beli barang dapur. Sebabnya... Dia tak ada bakul untuk simpan barang.Nak letak baju hujan pun payah. Nak minum air sambil bawak motor pun payah. Korang kena berhenti dulu sambil keluarkan air dari beg korang. Takkan korang nak letak Box? Motor dah nampak ganas dan Sporty, tapi tetiba ada Box. Tak ke akan diejek oleh mat rempit-mat rempit yang lain. 

SUZUKI BELANG 150R




Credit - salihinr.blogspot.com
Motor ni nampak pelik sikit kan? Macam seekor mentadak jantan gatal yang tengah gedik nak cari pasangan hidup. Tapi korang jangan pandang sebelah mata. Itu yang menjadikan ia unik. Tak sama macam model-model kapcai yang lain. Ini pun salah satu yang aku dok usyar-usyar sekarang ni. Sebab apa?

Mungkin dari segi rekabentuk, dia tak sekacak aku.. eh.. tak sekacak Exciter 150 dan jugak FZ150i, tapi dia sebenarnya ada kekuatan yang tersendiri. 

Kalau korang tanya rata-rata manusia yang berkendakkan motor kapcai yang berprestasi tinggi, lasak, dan jugak power dah tentu dorang akan pilih Suzuki Belang 150R ni. Silap-silap Exciter 150 dengan FZ150i boleh kena tapau senang-senang je dengan Suzuki Belang ni. Dia 6 Speed dan jugak berteknologi DOHC. Siapa kaki rempit mesti tau benda ni. Jadi, dari segi kelajuan dan jugak prestasi, memang Suzuki Belang ni boleh terbaik. Boleh dikatakan antara motor kapcai 4 Stroke yang paling Power antara yang lain. Aku dengar 135LC pun tercicir kena dengan Belang ni. Hmm, lebih baik aku menjauhi penunggang-penunggang Belang ni. Boleh menangis aku kalau orang bagi aku makan debu jalan.

Motor ni memang sesuai untuk perjalanan jauh dan jugak sederhana. Ia memang sangat mudah dikendalikan sebab ringan dan Slim.

Cuma, kelemahan dia, nak jual balik nanti tak ada harga. Tulah kelemahan terbesar Suzuki. Jadi kena fikir masak-masak. 

Tapi kita beli motor bukan nak tunjuk pailang atas jalan kan? Nak buat pergi kerja balik kerja je kan? Rasa aku tak perlulah fikir sangat pasal kelajuan tu. Tiga-tiga model ni bagi aku dah terbaik dah. Cuma tinggal nak buat pilihan je. 

Jadi, aku masih lagi berfikir dan berfikir sebenarnya. Silap-silap aku  hanya mampu Makeup LC aku je tukar dia punya Cover Set kasi garang sikit. Sebab harga tiga-tiga motor ni sekitar rm7k - rm8k. Tu belum On The Road lagi.  Tunggu Income aku dah mula cecah 10k sebulan. Tapi kalau dah cecah tu, silap-silap aku sambar KTM 690 pulak. Hahaha.


TIPS UNTUK MEMBELI MOTORSIKAL, GAMBAR-GAMBAR YAMAHA EXCITER 150, GAMBAR-GAMBAR YAMAHA FZ150I, GAMBAR-GAMBAR SUZUKI BELANG 150R, JENIS-JENIS MOTOR UNTUK PERJALANAN JAUH DAN SEDERHANA, GAMBAR-GAMBAR MOTOR KAPCAI TERBARU 2015Ingat, kita guna motor ni bukan untuk merempit tunjuk hebat sana-sini. Buat cari rezeki dan nampak bergaya di mata awek-awek. Sentiasa sayangkan nyawa korang sebab nyawa kita ada satu je. Jangan sia-siakannya.



{ 23 comments.. read them below or add one }

Abdullah Al Pinrany Abdullah Al Pinrany 25 February, 2015
yamaha emmang selalu di depan begitu taglinenya kalau di indonesia
Blogger Super Kacak Blogger Super Kacak 25 February, 2015
Boni.. jupiter tu paling praktikal kalau nak guna. Tapi kalau ko nk pkai utk travel g keje je.. fz paling best. Santai. Tak lenguh pinggang. Jimat save oo. Test dgn lc stended sebelah2 je bro. Xde lah slow mana. Meter berat.
Shark Kay Shark Kay 25 February, 2015
saya pilih exciter :)
model baru wajah baru.
stanby duit yg bnyak kalu nk amik FZ...
heehe
Ponsel baru Ponsel baru 08 March, 2015
wow....keren banget ya motornya.jadi pengen memilikinya nih.hehe
AnonymousAnonymous 21 March, 2015
Exactly the same choice I am considering now except FZ as it is not practical for daily usage. No basket. Yamaha 150 seems nice but top speed is only 135km/h and even then almost reach RPM red line. Belang seems the best. The only issue is weird design(lower handlebar) and no fairing so afraid that might affect stability.
terminator 3 terminator 3 21 September, 2015
saya pakai Fz150i baru pernah dari KL ke perlis pergi dan balik hari yang sama jalan 1,200km dalam 24jam motor ok tak ada masaalah minyak pi balik 65 rasa motor lain tak boleh buat macam tu lagi pasal minyak yang save
AnonymousAnonymous 16 October, 2015
Jangan lupa..model fz150i dan y15zr tu takda kick starter..bateri kena rajin jaga.jgn malas..nnti tak pasal2 jadi motor trek kene sorong lompat dan pecut...si belang cenonet ni hmmm kne rasa jentera suzuki lak pasni..
AnonymousAnonymous 19 October, 2015
antara tiga motor ni paling kuat pick up adalah y15zr...plg top speed mgkn belang atau samanje ketiga tiganya..plg cantik design tentulah fzi sbb gaya motor besar naked bike..y15zr apa kuranya boleh di paggl supercub sbb gaya body dan tayar yang besar...belang ya rabbi dh mcm basikal aku duduk..bontot je cukup dh sakitmklu bwk sbb seat kecik..aku rasa rupa belang dgn berat yg mcm tu mmg tk stability di atas jon raya dan bahaya
lguana second hand lguana second hand 23 October, 2015
Pergi dekat mudah.com cari motor second hand, ikut kemampuan... boleh beli dua biji sekali.. boring hari-2 boleh tukar motor...
Roslan Roslan 11 March, 2016
Amik FZ ja .Sesuai dengan kekacakan admin. ride santai dan steady . Baru awek usher..Laju pun boleh tahan , jimat minyak pulak tu. Baru boleh bonceng awek lama sikit , maklumlah minyak save..(Nampak?)hahaha
Muhammad Izzat Muhammad Izzat 21 April, 2016
salam.. aku pengguna belang.. serius aku ckp belang mmg trbaik.. pick up boleh tahan lah.. aku bkn nk agung2 kan belang tp trnyata enjin nya sgt kuat.. aku prnah try dgn lc135 spec 62mm.. starting dia dpn skit je pstu dh gear 2-3 aku dh mula potong dia.. motor aku std kilang.. tp yg penting belang ni brg dia ssah crik.. klau rosak ssah skit.. tp jarang rosak.. jalan jauh tkda hal.. tank je kecik.. byk lg aku nk cerita tp pnjang sgt plak.. TQ.. #SUZUKIDIHATI
kaina kaina 30 April, 2016
yamaha emang slalu menberikan performa yang baik bagi konsumen
Unknown Unknown 15 May, 2016
Angkat fz je. Selesa pon selesa. Top pon ok gak, dpt 143km/h kalu stended kilang. Minyak jimat, stable and yg penting sexyy haha
Unknown Unknown 26 June, 2016
Bab top speed ni bergantung pada size dan berat badan ;)
AnonymousAnonymous 11 July, 2016
kalo nak gi keje dan kegunaan harian, amek yg ade bakul la. senang. boleh tambah box lg kalo nak. top speed bagi aku tak penting sebab mende tu boleh dibuat dan bukan sentiasa pon nak bawak smpai top speed. nak g keje, nak g kedai, nak bawak barang, bagi aku exciter paling ok. bagi aku la.belang mmg gila, cume problem ssh cari spare part n tangki kecik. seat pon kecik sakit montot kang bwk lame2,stability kurang.
Adi Arena Adi Arena 19 July, 2016
Nilai jual balik suzuki memang rendah, tapi jangan lupa faktor kehebatan mesin suzuki bukan pada nilai jual balik, tapi kualiti mesin tu sendiri, teknologi mesin suzuki dahului pesaingnya,enjin mesin belang asalnya pada model fx150 tahun 1998, hampir 20tahun!ketahanan mesin no1
Jamal Jahadi Jamal Jahadi 25 July, 2016
Salam..knpa bunyi enjin y15zr kasar.rata2 smua sama ja.mcm ada betukang d dlm..memg begitu ka tu bunyi enjin dia?
Jamal Jahadi Jamal Jahadi 25 July, 2016
Salam..knpa bunyi enjin y15zr kasar.rata2 smua sama ja.mcm ada betukang d dlm..memg begitu ka tu bunyi enjin dia?
sporting goods sporting goods 27 August, 2016
wowww cerita tuan blogger ni sekacak tuan dan moto nya,penuh makna bagaikan membaca sebuah kisah sastera... pada pandangan hamba yg lebih kacak dr tuan blogger ini mgkn tuan blogger boleh cuba si belang yg sentiasa mengaum, cuba ada sedikit keresahan sparepart dgn penutupan kilang suzuki di prai, tp jgn risau kemungkinan sparepart belang ni masih ada lg di mana2 pusat servis suzuki.. cuba lah tuan blogger yg kacak lg bergaya mencuba si belang ini kerna power output nya melebihi kedua2 model yamaha tu... t. kasih
raja nazema raja nazema 14 October, 2016
sama la bro sy pown baru pkai moto nie meter baru 250km bunyi cm orang bertukang dh..
Harga Hp Android Harga Hp Android 25 October, 2016
keren banget ya motornya....pengen beli.hehehe
Roslan Roslan 08 November, 2016
Saya sokong Tuan.. Kita jarang Nampak motor brand Suzuki tersadai di bengkel sebab ketahanan enjin memang terbaik. Enjin dari Jepun . Kalau Yamaha enjin Indonesia. Jadi, mana satu pilihan anda?
ZAIRI ZAIRI 22 November, 2017
dah 2 tahun kisah ni ... admin tak update status sekarang