CIKGU MARLINA.. SEMUA TINGGAL KENANGAN

Petang tadi aku tiba-tiba terlompat manja akibat terkejut dengan bunyi wasap. Rupanya budak kelas aku buat Group Wassap. Ini yang mendatangkan kemarahan aku sebenarnya, kenapa dah 13 tahun habis sekolah baru nak buat Group Wasap. Kenapa tak dari Start habis sekolah. Kalau tak, aku dah ikut dah jejak dorang berumah tangga. Hahaha.

Dah berbelas tahun tak jumpa, memang kecoh lah Group Wasap. 

 


Sembang punya sembang, terbukak cerita pasal cikgu B.I kitorang. Cikgu Marlina. Bila diimbau balik kenangan aku dulu kat sekolah, semuanya aku nampak hitam dan kelam je. Nampak sangat aku tak ada kenangan manis dengan Cikgu Marlina ni. Bila aku imbau balik, semua yang negatif je aku nampak. Dia masuk kelas ikut pintu depan, aku dah lompat keluar ikut pintu belakang. Tak dengar cakap dia. Degil pulak tu. Paling menonjolkan kedegilan aku bila dia suruh kitorang buat diari hidup dalam bahasa Omputih, aku tak pernah buat langsung.

Kenangan tu memang membuat aku rasa menyesal sampai sekarang. Aku menyesal jadi macam tu. Aku menyesal sebab tak minat belajar dulu. Aku menyesal sebab tak dengar cakap dia. Tapi sejauh mana kekesalan aku tu, takkan merubah kenangan tu. Dan aku tak mungkin dapat minta maaf dengan dia lagi..

Cikgu Marlina dah pun meninggal dunia. Dia meninggal di usia yang muda sebab sakit kanser. Paling buat aku terkilan bila aku tak pernah jenguk pun dia kat sekolah lepas aku habis sekolah. Aku tak pernah jenguk dia masa dia terlantar kat hospital. Kejamnya aku rasa diri aku ni. 

Sempat jugak kawan aku ScreenShot beberapa nukilan dia sebelum meninggal dunia...

X-Student yang dia sebut adalah kawan kelas aku sendiri. Ketua pengawas sekolah. 


Luahan hati dia.. yang buat aku jadi sebak sampai sekarang. Aku menyesal tak gembirakan dia dulu.. Aku menyesal tak jadi antara pelajar yang pandai dalam pelajaran dia ajar. 
Andai aku dapat undurkan masa, nak sekali aku ubah kesilapan aku yang dulu.. Sebab sekarang aku dah tau akibat daripada kesilapan yang pernah aku buat dulu. Aku.. sangat seksa menjalani kehidupan aku sendiri.. Lagi-lagi bila kos sara hidup makin lama makin tinggi.

Cikgu Marlina.. Maafkan saya... jika cikgu dapat mendengar.. saya benar-benar minta maaf. Kalau mengguris perasaan cikgu. Saya minta maaf sebab jadi seorang pelajar yang degil.


Aku tak pasti aku ada ke tak dalam gambar ni. Kalau tak ada tu, maknanya aku ponteng lah tu.

Kepada adik-adik yang masih lagi sekolah, jangan sesekali jadi macam aku dulu. Jangan degil. Belajar sungguh-sungguh sebab aku dah rasa azabnya hidup bila tak ada ilmu dan juga pelajaran. Biar belajar setinggi yang mungkin. Kalau tak minat belajar sekalipun, sekurang-kurangnya habis belajar terus kerja. Jangan lagi nak Enjoy sana sini. Hidup ni memang sengsara kalau kita tak cukup duit. Percayalah.




{ 10 comments.. read them below or add one }

Along Wati Along Wati 06 February, 2015
Thanks a lot my little brother BONI KACAK always update your blog.. Sedih sgt baca kisah cikgu marlina..
Along Wati Along Wati 06 February, 2015
Thanks a lot my little brother BONI KACAK always update your blog.. Sedih sgt baca kisah cikgu marlina..
Aliff Haikal Aliff Haikal 06 February, 2015
berdoa agar roh cikgu marlina ditempatkan di antara orang2 yang berimah .
TunSha Ayunie TunSha Ayunie 06 February, 2015
Sedih plak terkenang arwah cikgu aku gak.... masa sekolah pun aku suka ponteng... :(

Semoga Cikgu Marlina bersama orang2 yang dikasihiNYA...
Hafiz Rahim Hafiz Rahim 06 February, 2015
Ilmu penting.. belajar ikut minat.. jangan ikut apa orang cakap. Aku pun dah merasa peritnya kalau xckup ilmu didada. Rasa nk masuk sekolah balik. Hohoho
nayfatimah rasyid nayfatimah rasyid 06 February, 2015
sebak baca nukilan nie ..
al-fatihah kepada cikgu Marlina dan semua cikgu yang telah kembali kepada Nya
ilmu yang dicurakhkan akan dibawa sepanjang hayat
Niesa Niesa 06 February, 2015
tetiba tergerak nak baca entry yg ni..sebak pulak dan terasa menyesal jugak sbb xbelajar pandai2 dulu..tsk.tsk T_T
islam di dadaku islam di dadaku 06 February, 2015
oh guruku sekarang pun baru aku rasa susahnya jadi cikgu
Therina Jopri Therina Jopri 07 February, 2015
Terharunya baca cerita ni :( setiap hari berdoalah agar Allah ampunkan dosa setiap guru kita. moga berkat ilmu yang mereka kongsikan, terang sikit kubur dan dikurangkan seksa azab di alam sana...
EchaRoslee EchaRoslee 08 February, 2015
Semoga di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman..aaminn..


Ramai org belajar dari kesilapan en boni, even kesilapan malas belajar pun kan ? so do i..haha :)