SELAMAT MALAM CINTA - ENCIK MIMPI (COVER BY BONI KACAK)

Kali ni aku nak perdendangkan kat korang satu lagu yang memang amat aku suka. Lagu ni memang lembut sekali. Penyanyi asalnya adalah ENCIK MIMPI. Sapa tak kenal dengan penyanyi bertopeng ala-ala Zorro In The Dark yang memiliki Vokal merdu tu kan?


LAGU SELAMAT MALAM CINTA ENCIK MIMPI, ENCIK MIMPI SELAMAT MALAM CINTA, LAGU UNTUK ISTERI YANG BERJAUHAN DENGAN SUAMI, LAGU UNTUK MEMUJUK KEKASIH, LAGU SELAMAT MALAM CINTA COVER VERSION,
SUMBER
Lagu ni memang antara yang aku suka lepas aku dengar. Dan aku ulang berkali-kali lagu ni dan aku menangis tiba-tiba. Aku pun tak faham kenapa aku menangis padahal masa tu aku tengah Happy sebab dapat makan kebab. Aku rasa mungkin sebab lagu ni lagi sedap daripada kebab yang aku makan tu. 

Aku rasa lagu ni memang amat sesuai untuk ditujukan kepada para isteri yang berjauhan dengan suami tercinta, atau pun ditujukan untuk kekasih yang sedang merajuk. Sebab ia memang Sweet sangat. Pergh. Sapa cakap aku tak jiwang? Kadang-kadang aku ni jiwang walau berhati besi bertumiskan dawai.



Jadi, aku pun dengan sedaya upaya memerah otak untuk menciptakan alunan muzik yang agak lembut dan seolah-olah berada dalam alam mimpi untuk menambahkan lagi Effect kelembutan lagu ni. Walaupun aku dah berjaya mengumpul 3 Dislike untuk lagu ni, tapi aku tak kisah. Sebab aku rasa lagi ramai yang LIKE daripada Dislike tu.  Silent Liker. Heh heh. Jom, layanzz.


LAGU SELAMAT MALAM CINTA ENCIK MIMPI, ENCIK MIMPI SELAMAT MALAM CINTA, LAGU UNTUK ISTERI YANG BERJAUHAN DENGAN SUAMI, LAGU UNTUK MEMUJUK KEKASIH, LAGU SELAMAT MALAM CINTA COVER VERSION, Sebenarnya aku.... Bukan Encik Mimpi! Aku adalah Encik Mengigau Berjalan


2 comments.. read them below or add one

kamil salleh kamil salleh 06 March, 2015
Cover cute dan lagu pun mengusik jiwa, boleh terlelap bila dengar lagu ini.