TAK MUNGKIN SELAMANYA DI BAWAH

Sepanjang 17 tahun aku hidup ni, banyak mengajar aku erti kehidupan. Beribu-ribu manusia aku jumpa dan kenal. Semuanya aku tengok dan nilai melalui deria pancaindera aku yang hebat ni. Ada yang datang dari latar belakang sederhana. Ada yang datang dari latar belakang kaya. 

Ada yang datang dari latar belakang sederhana tapi lagak gaya macam ada 50 bilion dalam akaun bank, rumah banglo 10 bijik, dan bibik 10 orang yang semuanya seiras Emma Maembong. Dikulikan orang lain macam orang lain ni macai tahap anjing liar warna coklat berkurap. 

Ada yang datang dari latar belakang kaya tapi lagak gaya sangat Humble dan penuh dengan adab.. macam aku.. Dilayannya orang lain seperti kawan-kawan sendiri. Sampaikan aku berasa macam berada di dalam kelompok kawan-kawan yang dah lama kenal. 

Tapi di sebalik layanan teruk yang pernah aku hadap dari manusia-manusia yang mengerikan tersebut, aku belajar sesuatu daripada situ. Mungkin ada hikmahnya aku tempuhi benda-benda tu supaya menjadi pegangan aku supaya tak menjadi sebegitu andai satu hari ditakdirkan aku berada kat atas. Biarlah aku berwajah kacak tapi penuh dengan sifat Humble, penuh iltizam, perut 6 pack, dan beradab.


masa depan yang cerah, merancang masa depan, nekad si kacak, sampai bila nak hidup di bawah,

Cakap pasal berada di atas. Aku sebenarnya dah tersangat letih berada kat bawah. Biarlah Tuhan je tau macam mana azabnya aku rasa ni. Biarlah Tuhan je yang tau betapa payahnya aku mencari rezeki untuk terus bertahan hidup dalam dunia ni.  Aku cuba mengumpul duit untuk kahwin, tapi tak pernah cukup. Duit yang aku simpan setiap bulan tak banyak, tapi semedang je akan keluar untuk masalah-masalah yang tiba-tiba melanda. 


Mungkin ini satu Sign untuk aku buat sesuatu. Aku dah rangka beberapa strategi. Aku tak tau apa keputusannya. Aku tak tau apa hasilnya adakah positif atau negatif. Walau apa pun keputusannya, aku akan terima. Sekurang-kurangnya aku dah cuba dari tak mencuba langsung. Tak berjaya walau dah mencuba lebih baik dari tak berjaya tanpa mencuba. Kalau berjaya Alhamdulillah. Kalau tak berjaya, mungkin aku akan cuba dan cuba lagi. Aku dah terlalu letih berada kat bawah. Dan lebih baik aku mula sekarang sementara aku belum lagi kahwin ni. Sebab aku takut kalau aku jatuh tersembam lepas kahwin, aku akan menyeksa bini aku. Biar aku hadap kesusahan sorang-sorang takpe.

masa depan yang cerah, merancang masa depan, nekad si kacak, sampai bila nak hidup di bawah,

Aku benar-benar nak berada kat atas. Bukan untuk aku. Tapi untuk bakal bini dan bakal anak-anak aku. Biarlah dorang tak tempuh apa yang aku tempuhi ni. Muka ada senyum tapi dalam hati tak sapa yang tau. Gaya macam Aaron Aziz tapi poket selalu pokai. Jadi, aku dah tekad untuk berada kat atas walau tak berpelajaran tinggi. Aku tak nak selamanya berada kat bawah. When The Hashtag Raising Around The World, There's Nobody Can Stop Me. 

nekad si kacak, sampai bila nak hidup di bawah, merancang masa depan, masa depan yang cerahTak siapa akan pedulikan kita kalau kita bukan sesiapa.  Suara kita diibarat seperti suara kucing yang sakit tekak. Halus, gemersik, kecik, kelakar dan tak mungkin sesiapa akan dengar.. 

6 comments.. read them below or add one

islam di dadaku islam di dadaku 09 February, 2015
Semoga tercapai azam anda rakan boni Amin Ya Allah
dyanzakhi dyanzakhi 09 February, 2015
salam singgah dan follow :)
♥ Nana BamBam ♥ ♥ Nana BamBam ♥ 09 February, 2015
Salam,

alahai boni, mentabahlah kamu disana. In Sha Allah, apa yg boni mahukan pasti tercapai..yg penting usaha lebih keh.

majulah perut kedepan..eh takk..

majulah keyakinan diri. chaiyok2! :D
Syira Lokman Syira Lokman 09 February, 2015
selamat pagi ^_^ saje nak intai boni kacak jap..
ahmad ahmad 17 February, 2015
betul tu tak mungkin selamanya di bawah dan tak mungkin juga susah selamanya.
Ammyrra Halim Ammyrra Halim 03 March, 2015
This comment has been removed by the author.