TERM HASIL MAKMAL YANG AKU MASIH TAK FAHAM

Hari ni aku buat keputusan untuk pergi ke HBKL untuk Check darah. Risau kalau-kalau aku dijangkiti kuman denggi. Mana tak nya. Dah dekat dua minggu demam baik demam baik demam balik. Walaupun aku ni macam Naruto yang cepat sembuh dari sakit, tapi masalahnya bila dah baik pastu demam balik berulang-ulang, ia sangat mengganggu konsistensi aku untuk sentiasa kelihatan kacak bergaya. 

Disebabkan pagi ni demam aku agak teruk, ditambah dengan sakit-sakit badan, selsema, batuk dan jugak berak cirit, aku terus bergegas ke HBKL. Tak apalah. Kalau terpaksa tunggu lama dan bersesak-sesak pun, ia lebih baik dari aku biarkan je benda tu. 

Sampainya kat sana, aku terus mendaftar sambil meneruskan momentum aku yang sentiasa mahukan penampilan kacak bergaya. Biarlah semua Nurse-Nurse kat sana terpikat sekalipun, aku tak kisah. Yang penting penampilan aku tu. Satu persatu Procedure hospital aku ikut. Sampailah Part ambik keputusan ujian darah aku. Finally...Alhamdulillah! Aku cuma demam biasa. Tak adalah aku risau sangat. 

Cuma yang buat aku hampir muntah bila baca keputusan makmal tu. Aku tak faham satu apa pun TERM-TERM yang digunakan. 

"What Is WBC? What Is HB? HB Stand For Happy Birhday? And What Is That The Meaning Of The Shit Of PCV?!",terus aku membebel dalam bahasa Omputih. Tu yang aku malas bila bingung. Automatik akan terSpeaking. 

Aku cuba bertenang, tarik nafas sedalam-dalamnya, dan lepaskan perlahan-lahan. Aku cuba ingat balik apa yang aku belajar kat sekolah dulu. Dari matapelajaran Sejarah,  Matematik Moden sampailah ke  Pendidikan Jasmani aku ingat. Tapi masih tak dapat selesaikan Term-Term yang tertulis kat kertas tu. Ok, aku mengalah. Biarlah aku tak faham, asalkan aku tak kena denggi.

Term-Term yang aku tak faham. Macam-macam Term. 
Adakah ini yang dinamakan demam rindu? Hahaha



6 comments.. read them below or add one

Ezad Skytech Ezad Skytech 17 February, 2015
sekarang ni memang tengah musim denggi...kalau demam lama sikit tak kebah2...baik pergi check kat hospital...

-WBC : white blood cell
-Hb : hemoglobin
-PCV : packed cell volume
-Plt : platelet
-RBC : red blood cell
-MCH : mean corpuscular hemoglobin
-MCHC : mean corpuscular hemoglobin
concentration
-RDW : red cell distribution width
-MPV : mean platelet volume

P.S - gigih aku cari maksud term2 ni...HAHA

Abdullah Al Pinrany Abdullah Al Pinrany 18 February, 2015
semua normal je kecuali hb yang agak tinggi sikit
shukran TQ shukran TQ 18 February, 2015
mm ..kite xtau ape2 psl ni.. so no comment..

blogwalking here..

#klik here plz http://shukranzahari.sharethisstory.net/my-954232-6598
#Happy blogging
#shukranzahari.blogspot.com
Lea IsNawi Lea IsNawi 18 February, 2015
baru nk tulun jawab tapi ezad dh tulun.

okla tu..

moga cepat baik bam boni.
♥ Nana BamBam ♥ ♥ Nana BamBam ♥ 20 February, 2015
rasanya ok kot darah2 tu..

skg memang musim denggi...so kena pastikan rumah bebas dari penakungan air la..
Hafizul Hafizul 23 February, 2015
Kena ngaji kot bahagian ni pulak la kalau nak faham..haha..demam rindu tu..lekas2 kawin..pelamin dah ada kan..haha