APA NASIB KITA LEPAS GST DILAKSANAKAN?

Lebih kurang 2 jam lagi akan terpatri dan terlakarlah sejarah baru dalam negara kita iaitu terlaksananya GST kat Malaysia ni. 

KEADAAN SELEPAS TERLAKSANANYA GST, HARAPAN RAKYAT SELEPAS TERLAKSANANYA GST, APA AKAN BERLAKU SELEPAS GST TERLAKSANA
CREDIT


Aku tak tau lah nak habaq mai macam mana. Apa yang pasti, mulut kita bising macam mana sekalipun, jari jemari seksi gebu korang menaip laju-laju keyboard memaki hamun pun, GST akan terlaksana jugak. Penat je taip ayat makian tahap budak sekolah menengah bergaduh. Last-Last kawan korang jugak yang baca bukan orang atasan. Kawan korang jugak yang kena maki bertubi-tubi. Mana kawan korang yang hati lembut tu, boleh lari lemah longlai dari laptop, masuk bilik, peluk bantal lepas tu menangis teresak-esak. Padahal bukan tuju untuk dia pun. 

Apa yang pastinya, harga barangan lepas ni pastinya akan naik. Belum lagi GST terlaksana pun, dah bergelen-gelen harga barang yang naik. Contoh terdekat harga tambang pengangkutan awam. Inikan pulak bila dah terlaksana. Macam mana keadaan kita lepas tu. 


Aku ni bukan nak cakap apa. Aku kerja seminggu tanpa cuti, buat 2-3 kerja dalam satu masa pun, belum dapat lagi nak berkhalwat dengan isteri sendiri (maksudnya berkahwin. Jangan salah faham ye). Nak beli rumah dengan kereta pun tak berkemampuan lagi. Yang boleh cover hanya makan minum dan bayar bil tu bil ni. Bil air sampai sekarang tak berbayar-bayar lagi sebab belum kahwin. Macam mana lah agaknya perbelanjaan aku lepas GST ni. Gaji aku tetap pada kadar yang sama. Tak naik-naik pun, tapi harga barang-barang banyak yang akan naik. 

Ini bukan merungut mahupun marah, tapi bagi aku perlaksanaannya sangat-sangat mengejut. Belum sempat lagi aku dapat bertenang dari keadaan harga minyak naik sebelum ni, tiba-tiba terkejut pulak dengan GST ni. Nasib baik aku tak ada sakit jantung. Kalau ada sakit jantung mahunya aku terkena serangan sawan babi.

Orang yang banyak duit mungkin tak terkesan dengan perlaksanaan GST ni, tapi yang kecik-kecik ikan bilis macam aku ni, boleh merangkak woo. Silap-silap aku kena baling dengan batu sebab orang ingat aku anjing liar. 

Aku kalau bising pun dah tak berguna lagi dah. GST akan tetap dilaksanakan. Nak tak nak memang jugak terpaksa hadap walau tanpa kerelaan hati aku. Cuma harapan aku agar kerajaan mampu untuk mengawal harga barangan dalam pasaran. Iyalah, belum ada GST pun banyak jugak yang terlepas pandang. Macam mana pulak lepas ni? 

Kitorang ni bukan banyak duit. Takkan lah kami nak kerja sampaikan tak ada masa untuk berehat langsung. Tak ada Life macam orang lain yang ada masa untuk bersama keluarga. Aku ni sampai sekarang tak pernah dapat nak habiskan episod Naruto sebab sentiasa kerja dan kerja. Takkan kitorang terpaksa jadi hamba kerja semata-mata nak menampung kos sara hidup yang sangat-sangat membebankan sekarang ni? 

Harapan kitorang, kerajaan akan mampu kawal harga barangan supaya tak ada yang mengambil kesempatan untuk kaut keuntungan dengan perlaksaan GST ni sebab yang nyatanya kami akan terus terbeban dan tersungkur. Aku nak kahwin woooo... sob sob..

Dan harapan paling kami mahukan (almaklumlah, nak tak nak terpaksa jugak hadap GST ni), hasil-hasil yang diperolehi daripada perlaksaan GST tu akan digunakan untuk kepentingan negara. Jika benar mahukan ekonomi negara pulih dan naik, laksanakan dengan penuh ketelusan tanpa ada tangan-tangan ghaib yang mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi. Jangan macam tu. Mak aku garang. Dia tumbuk laju-laju halkum korang nanti.

KEADAAN SELEPAS TERLAKSANANYA GST, HARAPAN RAKYAT SELEPAS TERLAKSANANYA GST, APA AKAN BERLAKU SELEPAS GST TERLAKSANASemoga kita semua tabah dan kuat untuk hadapi kos sara hidup yang memang dijangka akan jadi lebih mencabar lepas ni. Kena cipta peluang buat duit banyak-banyak lepas ni. Tak boleh nak cari dah. Kena cipta pulak.

5 comments.. read them below or add one

✿ Ina Ainaa ✿ ✿ Ina Ainaa ✿ 31 March, 2015
Hurmm itu la. Yang dah bekerja pun rasa serabut, ena ni yang masih belajar lagi serabut. Tp fikirka mereka yang fakir miskin tu, lagi lagi la kesian. Allahu
Bitt (double IS) Bitt (double IS) 01 April, 2015
jangan risau...Allah pemberi rezeki sebaik-baiknya...dari dulu dah kata memang kos sara hidup akan sentiasa meningkat lagi dan lagi...lagi risau lagi stress...lagi stress lagi cepat sakit..mari kita doa untuk dimurahkan rezeki..amin!
Kakcik Nur Kakcik Nur 01 April, 2015
Suka atau tidak, ia tetap kena dihadapi...
Ainim Suju Ainim Suju 01 April, 2015
gst tu pada saya takdelah menakutkan sgt tapi tindakan kebanyakan peniaga yg ambil kesempatan naikkan harga barang sesuka hati tu yg hangin satu badan. tak perlu tunggu gst pun dorg naikkan harga sesuka hati. minyak naik harga dorg pun sibuk naikkan harga. minyak turun harga pun dorg naikkan juga harga..bg alasan kos mahal sbb matawang rendah..mmg dasar penipu
ma ❥ ma ❥ 01 April, 2015
mmg da tak boley buat apa.. diharapkan mmg kerajaan dpt gunakan hasil tu betul2 hanya utk negara bukan utk kepentingan "perseorangan". kita bagai nak rak bercatu dan "dipaksa memberi" nanti "org lain" makin "gemuk" menikmati!