CONGRATES TO MY CLASSMATE FOR THE BIG DAY

Assalamualaikum semua. Dah lama rasanya blog aku ni berdiam diri dan tak berpenghuni. Ibarat rumah tinggal bersaka yang dah lama ditinggalkan Ownernya yang tak hensem. To All My Precious Reader, aku sudah kembali! 

Ahad lepas sebelum aku pergi bukak pelamin, aku dengan tegarnya pecut pergi kenduri kahwin Classmate aku sorang-sorang. Mula-mula aku janji nak datang pukul 1 petang. Tapi bila kawan-kawan yang lain semua pakat nak pergi pukul 2 lebih, aku jadi takut, panik, cemas dan gemerlapan. Bukan apa, aku ni walaupun memiliki seraut wajah yang terlalu ranggi dan kacak bagi seorang manusia normal, tapi aku tetap memiliki sifat berdaya malu yang agak tinggi.

Jadi, aku pun sengaja datang lewat agar aku tak sorang-sorang kat sana. Bila aku tau ada dah kawan-kawan aku kat sana, aku akan lebih berkeyakinan untuk melangkah. Baru dapat menyerlahkan aura aku yang dah lama terpendam ni.

Ok, cukup dah tu aku buat korang muntah hijau. Kenduri ni kenduri Classmate sekolah menengah aku. Boleh cakap rakan tegar lah. Dia ni memang suka buli aku dulu. Aku ingat lagi aku tengah lari pecut kejar budak kelas peralihan yang tiba-tiba luku kepala aku, tiba-tiba dengan bombastiknya kawan aku ni MeNackle keras kaki aku. Muka bangga dan tak berdosa langsung dia tonjolkan. Padahal dah nampak dah aku berguling-guling kesakitan dan kepenatan. Memang kejam. Bertambah kejam lagi kalau korang percaya cerita kencing aku ni. Muahahahahaha.


MAJLIS PERKAHWINAN KAWAN, MAJLIS PERKAHWINAN 2015, TEMA MAJLIS PERKAHWINAN 2015, PERGI KENDURI KAHWIN CLASSMATE

MAJLIS PERKAHWINAN KAWAN, MAJLIS PERKAHWINAN 2015, TEMA MAJLIS PERKAHWINAN 2015, PERGI KENDURI KAHWIN CLASSMATE
Wajah suspek. Anita Abdullah. Dah bahagia dah ko sekarang kan. Hahahaha.
Sesampainya kat sana, aku tengok semua tengok aku dan aku tertengok semua orang tu tengah tengok aku. Terkejut mak! Rupanya semua pelik tengok aku pakai seluar pendek. Aku pun terlupa aku nak pergi kenduri kahwin. Nampak selekeh betul aku masa tu. Tapi takpe. Abang tak kisah. Lagipun biar aku nampak selekeh asalkan aku pakai spek mata hitam. 

Aku terus masuk Port kawan-kawan yang lain. Macam biasa kenduri kahwin, mestilah serbu makanan. Tak mungkin aku buat tarian zapin pulak kan. Makan sampai kenyang, Selfie seketul dua, pastu pecut balik nak bukak pelamin pulak. 

Apa-apapun, aku ucapkan tahniah ye Nita sebab dah bergelar seorang isteri solehah kepada sang suami yang penyayang. Semoga rezeki keluarga ko akan dibukakan seluas-kuasnya. Dilimpahi ketenangan di dalam kehidupan dan akan bahagia hinggalah ke syurga. Amin.

Jom aku belanja gambar-gambar menarik sekitar majlis.


MAJLIS PERKAHWINAN KAWAN, MAJLIS PERKAHWINAN 2015, TEMA MAJLIS PERKAHWINAN 2015, PERGI KENDURI KAHWIN CLASSMATE
Agak pelik kalau Mr Selfie tak Selfie seketul dua kan. Selfie dulu. #SelfieCiked!
MAJLIS PERKAHWINAN KAWAN, MAJLIS PERKAHWINAN 2015, TEMA MAJLIS PERKAHWINAN 2015, PERGI KENDURI KAHWIN CLASSMATE
Aku pun tak faham apa motif duduk berhimpit-himpit berlonggok-longgok cenggini. Aku tak faham modus operandi apa yang cuba dorang tonjolkan. Padahal besar lagi Space tu. 

MAJLIS PERKAHWINAN KAWAN, MAJLIS PERKAHWINAN 2015, TEMA MAJLIS PERKAHWINAN 2015, PERGI KENDURI KAHWIN CLASSMATE

MAJLIS PERKAHWINAN KAWAN, MAJLIS PERKAHWINAN 2015, TEMA MAJLIS PERKAHWINAN 2015, PERGI KENDURI KAHWIN CLASSMATE

MAJLIS PERKAHWINAN KAWAN, MAJLIS PERKAHWINAN 2015, TEMA MAJLIS PERKAHWINAN 2015, PERGI KENDURI KAHWIN CLASSMATE

MAJLIS PERKAHWINAN KAWAN, MAJLIS PERKAHWINAN 2015, TEMA MAJLIS PERKAHWINAN 2015, PERGI KENDURI KAHWIN CLASSMATE

MAJLIS PERKAHWINAN KAWAN, MAJLIS PERKAHWINAN 2015, TEMA MAJLIS PERKAHWINAN 2015, PERGI KENDURI KAHWIN CLASSMATE
Baju kuning ni laki Classmate aku. Dia pun Schoolmate aku. Dan kitorang memang Intimate dari dulu. Pening kan. 

MAJLIS PERKAHWINAN KAWAN, MAJLIS PERKAHWINAN 2015, TEMA MAJLIS PERKAHWINAN 2015, PERGI KENDURI KAHWIN CLASSMATE
We are Friends Until When-When. Sayang korang berGigabyte-Gigabyte
MAJLIS PERKAHWINAN KAWAN, MAJLIS PERKAHWINAN 2015, TEMA MAJLIS PERKAHWINAN 2015, PERGI KENDURI KAHWIN CLASSMATEDah kahwin dah sorang lagi kawan aku ni. Tinggal lagi tiga orang je yang tak kahwin-kahwin. Cepat sikit woi! Aku tak sabar nak makan nasi minyak ko. (Khas ditujukan untuk diri sendiri)

1 comment... add one now

Bpk Baktiar Bpk Baktiar 24 March, 2015
butuh angka togel 2D ,3D, 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: KI JAYA WARSITO DI NO: [[[085-342-064-735]]]