MAKIN SAKIT HATI DENGAN SESETENGAH MENTERI NI

Aku dah tak tau nak cakap macam mana lagi. Setiap hari ada je benda yang makin menyakitkan hati aku. Sakitnya tuh di sini. Kalau dibelah dada aku ni, dan dibelek-belek hati aku ni, pasti nampak luka yang amat parah. Luka tu kat sebelah Sticker Helo Kitty yang aku tampal dulu.

Lately munculnya Statement-Statement yang "Maha Bijaksana" daripada sesetengah menteri yang kadang-kadang tak boleh langsung nak diterima akal. Statement yang bagi aku dah tahap level budak sekolah rendah punya Statement. Statement nak lepas diri. Statement yang tak ada langsung jalan penyelesaiannya. Kadang-kadang aku rasa Mr. Bean lagi hebat sebab berusaha sedaya menyelesaikan masalah akibat kebengapan dia sendiri. At Least dia tak lepas tangan macam tu je. 


DENGARLAH LUAHAN HATI RAKYAT, JADILAH KERAJAAN YANG PRIHATIN, PANDANGLAH PADA KESUSAHAN YANG DIALAMI RAKYAT
SUMBER
Terbaru ada lagi Statement yang menyakitkan hati. Apa jadahnya. Rakyat dah boleh terima GST? Cuba lah buat pilihan raya sekarang kalau nak tau rakyat terima GST ke tak. 

Kesabaran rakyat ada batasnya. Jujur aku cakap, perlaksanaan GST huru hara dan kelam kabut. Ingatkan ada sistem yang berkesan, tapi hampeh. Sebelum ni kata cukai yang lain akan dihapuskan, hanya akan ada GST 6% je. Tapi bersepah-sepah lagi tax 10%. 


Sebelum ni kata Top Up tak ada GST, tiba-tiba kena jugak. Apa jadahnya? 

Mana semua janji-janji manis dalam iklan-iklan GST sebelum ni? Maknanya Nabil kena tipu lah dalam iklan tu. Apatah lagi Sofi Jikan. Patutlah Sofi Jikan sampai sekarang tak faham-faham apa GST tu. Berbelit-belit dan memeningkan. Sampai aku sendiri hampir hilang kewarasan bila fikirkan pasal ni. Tu yang kadang-kadang aku rasa aku ni seiras Zul Arifin. 

Korang cakap hasil GST tu untuk negara. Untuk kebaikan ekonomi negara. Tapi hasil pertama GST, korang pergi naikkan gaji ahli parlimen. Jadahnya. Korang pernah tak sekalipun jeling hatta merasai sendiri penderitaan yang dialami rakyat. Korang cakap gaji korang tak cukup untuk hidup di zaman yang serba mencabar ni. Tapi korang pernah tak rasa macam mana hidup dengan gaji yang rm1000 - rm2000 ni? Kalau korang yang gaji dengan elaun tu dah besar gedabak macam tu masih belum cukup, ini kan pulak yang gaji sekitar rm1000-rm2000 ni? Tak ada apa-apa elaun langsung tau. Korang rasa cukup? Aku ni sampai sekarang tak berhasil lagi nak kumpul duit untuk beli cincin kahwin. Silap haribulan boleh kena sailang dengan laki lain. Aku juga yang merana. Aku jugak yang terseksa. Bukan senang nak dapat awek seiras Park Bom 2ne1 tau.

Pernah tak terfikir pasal kami? Pasal rakyat? Padahal korang terus rakus kutip duit kitorang dengan GST dan naikkan gaji korang. Cuba lah hidup sebulan je dengan gaji rm1000-rm2000 sebulan tanpa ada apa-apa elaun pun. Korang hanya fikir korang tapi tak pernah fikir tang rakyat ni kan. Bila cakap lebih kata kitorang menghasut. Tapi pada siapa lagi kitorang nak luahkan? Kalau setiap keluhan, setiap rayuan langsung tak dipandang dan tak didengar. Takkan nak mengadu dan luahkan kat Elizabeth Tan? Silap-silap ramai yang luahkan rasa cinta kat dia pulak.

Pergilah sesekali jenguk dan pandang kehidupan golongan-golongan ASNAF. Ada yang hanya mampu beli motor je untuk kehidupan seharian. Motor tu lah pergi kerja. Motor tu lah pergi beli barang-barang keperluan. Motor tu lah angkut anak-anak hantar dan pergi sekolah. Sekali naik 4 orang atas satu motor. Memang merbahayakan nyawa anak-anak tu, tapi apa pilihan yang dia ada? No Choice. Korang terus tekan dan tekan dan tak bagi ruang untuk golongan-golongan ni bernafas dengan selesa walau kejap pun. Tau-tau kena saman. Menambah lagi penderitaan yang sememangnya tengah dorang deritai. At Least kesianlah kat golongan-golongan Asnaf dan golongan-golongan susah ni. Jangan lah kejam sangat. Kalau korang tak ingat, biar aku ingatkan. Sesusah-susah dorang pun, dengan duit dorang jugak lah korang buat duit untuk gaji dengan elaun korang tu. Sesusah-susah dorang pun, besar jugak jasa dorang kat korang. Jadi kenanglah sikit. Aku cuma ingatkan je. 


DENGARLAH LUAHAN HATI RAKYAT, JADILAH KERAJAAN YANG PRIHATIN, PANDANGLAH PADA KESUSAHAN YANG DIALAMI RAKYAT
gambar sekadar hiasan. sumber
Aku sebelum ni sabar dan terus sabar. Tapi bila keadaan dah makin teruk dan kritikal sampaikan duit gaji aku tak pernah sekali pun cukup, aku dah tak boleh sabar lagi. Terpaksa jugak aku luahkan. 

Berhentilah keluarkan kenyataan-kenyataan yang terus menerus menyakitkan hati kitorang. Dan kalau boleh, pertimbangkan balik perlaksanaan GST ni. Kalau pun nak juga diteruskan, tolong pastikan ianya berjalan lancar dan tak memeningkan. Paling penting, tolong pandang dan prihatin pada rakyat terutama golongan-golongan ASNAF dan juga golongan susah. Dan jangan halau kami ke luar negara mahupun ke bulan kerana sini adalah tempat lahir kami sendiri. Sinilah juga tempat lahir korang. Janganlah layan kitorang macam Outsider. Aku ni walaupun berwajah Pan Asia, tapi aku tetap orang Malaysia.

DENGARLAH LUAHAN HATI RAKYAT, JADILAH KERAJAAN YANG PRIHATIN, PANDANGLAH PADA KESUSAHAN YANG DIALAMI RAKYATIni bukan entri untuk menghasut. Tapi ini luahan hati dari seorang rakyat marhaen yang inginkan orang-orang atasan pandang dan dengar keluhan kitorang. Pandanglah kesusahan kitorang. Prihatin pada nasib rakyat.




{ 8 comments.. read them below or add one }

asraff ruslan asraff ruslan 15 April, 2015
zaman sekarang ni seumpana kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dan kais malam makan malam...kalau tak kais tak makan la jawabnya hari tu....
ieza ashaari ieza ashaari 16 April, 2015
sakitnya tuh di sini. Bagi dorg, selagi tak ada aduan bertulis bla bla bla, selagi tu, 'syukurlah, Malaysia masih aman'.
Ija Rased Ija Rased 16 April, 2015
sy setuju dengan entry ni. menteri kena duduk kat tempat rakyat, baru dorang tau.
KorN KorN 16 April, 2015
statement yang makin hari mengundang persepsi negatif masyarakat... dan paling aku tak puas hati knapa nama nya ahmad? ahhh sama nama dengan aku....
KorN KorN 16 April, 2015
jauh terbawa lukisan hati mu.... eh cde kena mengena dengan entry.. kbaii
✿ Ina Ainaa ✿ ✿ Ina Ainaa ✿ 16 April, 2015
Betul tuuu.. tak suka ada GST.. menteri dah banyak duit memanglah tak rasa sangat.. Kami sebagai student ni terpaksa buat kerja partime nak cari duit lebih.. grrrrr
ma ❥ ma ❥ 16 April, 2015
betul setuju... keliru sgt sbb gi mana mana harga naik ada gst ada svc cas 10% dengan kejap kata topap ada gst kejap kata takde.. rakyat pening!!!
IBU PUSPITA IBU PUSPITA 18 April, 2015
Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI