SUSAH SEBENARNYA BILA MELIBATKAN SOAL PERASAAN NI

Kita ni manusia biasa yang tak pernah lari daripada kesilapan. Walaupun kita tau sesuatu perkara tu  salah, tapi kita tetap jugak nak buat. Sebab apa? Sebab kita degil. Dalam kepala ada batu. Nak jugak buat walau dah tau perkara tu tak elok dan tak baik.

Kita dah tau gula tu tak elok untuk kesihatan, tapi kita tambah jugak bertalu-talu dan bersudu-sudu dalam air kita. Padahal kita tau kita boleh kena kencing manis dengan sawan babi. Bengap ke tongong tu agaknya? Bagi aku itu adalah Bengap+Tongong= Bengong!

Aku ambik contoh pulak dalam rumahtangga. Kenapa adanya kisah cerai berai dalam sesebuah keluarga. Selalunya mesti pasal kehadiran orang ketiga kan? Tak kisah lah keretakan tu berpunca daripada suami tu atau isteri. Tu semua sebab degil. Nak jugak cuba layan perasaan yang datang untuk orang ketiga TU. Ingat boleh kawal? Ingat boleh bahagi kasih dan cinta semudah bancuh air milo 3 in 1?

Bagi aku, masing-masing salah sebab tak cuba untuk halang perasaan lain yang muncul dalam hati masing-masing. Ada juga yang halang, tapi lama kelamaan perasaan tu dah tak boleh dibendung lagi disebabkan oleh rasukan emosi dan juga rasukan ablakasa(sejenis jin yang tak pernah wujud). 


BILA MELIBATKAN SOAL HATI DAN PERASAAN, PUNCA-PUNCA KERETAKAN RUMAHTANGGA, PUNCA-PUNCA SUAMI DAN ISTERI TIDAK LAGI SEHALUAN

Dalam hal ni jugak, aku memang salahkan empunya hati yang tak mampu nak halang perasaan tu daripada terus menular dalam hati. Kena ingat, sekali perasaan tu datang dan melekat dalam hati, memang terlalu sukar untuk dikikis dan dibuang. Bila dia dah berakar tunjang dalam hati, hanya hilang ingatan je mampu buat kita lupakan segala perasaan tu. Setiap saat, setiap detik dan setiap masa hanya ingat kat orang ketiga tu. Yang jadi naya lagi, walaupun isteri atau suami ada depan mata pun, otak asyik teringat pada orang ketiga tu. Silap-silap masa tidur tersebut nama orang ketiga tu. Naya woo. Silap-silap isteri/suami korang boleh ambik lajak, lari laju-laju ke arah korang lepas tu lompat dan lutut dagu korang.


BILA MELIBATKAN SOAL HATI DAN PERASAAN, PUNCA-PUNCA KERETAKAN RUMAHTANGGA, PUNCA-PUNCA SUAMI DAN ISTERI TIDAK LAGI SEHALUAN

Bila melibatkan perasaan ni, memang terlalu sukar untuk dihakis sebenarnya. Sekali ia datang dan muncul, untuk korang hapuskan terus perasaan tu, mungkin ambik masa yang sangat lama. Ataupun memang langsung tak dapat nak lupakan. Mungkin cara yang terbaik adalah menjauhkan diri korang dan cuba hapuskan perasaan tu perlahan-lahan. Itu pun jika korang masih sayangkan rumahtangga korang. Atau korang boleh jugak suruh doktor lupakan ingatan korang.

Iye, memang betul lelaki boleh kahwin 4. Tapi hakikatnya, berapa ramai je yang mampu untuk berlaku adil pada isteri-isteri dia?? Selalunya bila dah dapat yang baru, yang lama tu mesti akan disisihkan. Ibarat menyisihkan kulapak daripada tilam. Halus tapi sangat melukakan hati isteri tua. 

Aku harap satu hari nanti.. aku dapat kawal perasaan aku ni. Kalau tak dapat kawal.. kahwin 4 aku. Hahahaha.

BILA MELIBATKAN SOAL HATI DAN PERASAAN, PUNCA-PUNCA KERETAKAN RUMAHTANGGA, PUNCA-PUNCA SUAMI DAN ISTERI TIDAK LAGI SEHALUAN-Hanya lagu yang menjadi ingatan.. hanya lagu yang menjadi kenangan-  

5 comments.. read them below or add one

Puteri Airyn Puteri Airyn 09 April, 2015
Kawin 4 boleh..tp kebanyakkan lelaki tak boleh berlaku adil..last2 dok kendong dosa bawa bekalan aķhirat..huhu
KorN KorN 09 April, 2015
ku sangka dua.. rupanya tiga.. nasib baik tak empat.. ekekeke...

biasa la tu pro n contra... hati ni pantang tgk mende lebih sikit.. mula la syok.. mula la teringin yang ketiga..
KorN KorN 09 April, 2015
dah lama aku x dtg sini.. jadi aku nak komen lelebih sikit lah
KorN KorN 09 April, 2015
bukan ape saje nk penuhkan ruangan komen ni. ekekkeke
sue (mrsatiewan) sue (mrsatiewan) 10 April, 2015
jgnlah kecewakn hati seorg perempuan jika tak mampu memberi kbhagiaan..just comment.. jom singgah blog saya!