UPGRADE AKSESORI PELAMIN

Ada orang cakap, lelaki ni kalau fokus dan buat sesuatu dengan penuh rasa sayang dan minat, hasil tangan dia pastinya gempak, cantik, berseni, poyo dan penuh dengan kebongkakan. Aku tak taulah betul atau tak apa yang orang cakap tu. Tapi yang aku tau, bila kita buat sesuatu dengan penuh rasa minat, penuh rasa sayang, dan penuh dengan komitmen, apa-apa yang kita hasilkan tu pasti memuaskan hati.

Macam tu jugak dalam bidang pelamin yang aku terjebak secara tak sengaja ni. Kalau diikutkan pada kadar keganasan, kemachoan dan jugak kegarangan aku ni, memang tak seiring dengan kerja-kerja pelamin tu. Tapi disebabkan aku niat nak cari rezeki, maka aku buat dengan penuh sayang, minat dan bersetail sambil mengekalkan tahap kekacakan aku ke tahap paling maksimum.

Macam tu jugak bila aku dan crew Issyaz Wedding yang lain menaik taraf aksesori-aksesori pelamin. Kitorang akan fikirkan yang terbaik untuk hasil yang cantik dan poyo. Nampak berseri sikit aksesori tu. Pengantin tengok pun puas hati. Kakak dengan abang pengantin pun boleh terluka hatinya sebab masa dorang kahwin dulu tak ada pun kecantikan luar biasa macam tu. Hahaha. Bongkak betul aku rasa.

Jadi jom layan antara aksesori-aksesori pelamin yang aku dan crew Issyaz Wedding Upgrade.

AKSESORI PELAMIN, PELAMIN TERBARU 2015, PAKEJ PELAMIN MURAH 2015, PAKEJ PELAMIN TERKINI 2015, PELAMIN CANTIK 2015
Menatang macam penyidai baju siap ada bulat-bulat kat tengah tu aku namakan ia sebagai The Very Much Circle. Menatang ni baru dibeli dan akan digunakan untuk Next Job pelamin.

AKSESORI PELAMIN, PELAMIN TERBARU 2015, PAKEJ PELAMIN MURAH 2015, PAKEJ PELAMIN TERKINI 2015, PELAMIN CANTIK 2015
Nampak hebat bergaya aku mengecat menatang ni bagaikan seorang pahlawan semut merah yang siap sedia untuk bertempur. 
Apa gunanya The Very Much Circle ni? Nak tau kena selalu ambik perkembangan tentang Issyaz Wedding ye semua. Ia bakal buat bakal-bakal pengantin berasa susah untuk berhenti menangis melihat keindahan pelamin dorang sendiri.

AKSESORI PELAMIN, PELAMIN TERBARU 2015, PAKEJ PELAMIN MURAH 2015, PAKEJ PELAMIN TERKINI 2015, PELAMIN CANTIK 2015
Ini pulak aku gelarkan sebagai Sangkar Penyatuan Dua Cinta. Asalnya kosong je. Tapi kitorang gigih untuk jadikan ia lebih menarik dan tampak lebih elegan dengan sedikit aura poyo.

AKSESORI PELAMIN, PELAMIN TERBARU 2015, PAKEJ PELAMIN MURAH 2015, PAKEJ PELAMIN TERKINI 2015, PELAMIN CANTIK 2015
Nampak menarik bila dah dihiasi dengan rumput-rumput yang kehijauan ditambah pulak dengan kehadiran bola takraw mini dalam tu.
Kalau korang sentiasa nak tahu perkembangan pelamin kitorang, boleh selalu jenguk ke ISSYAZ WEDDING (SILA KLIK)

Aku harap sangat sebenarnya tangan aku ni ada MAGIK. Apa yang aku buat dan aku sentuh akan menjadi sesuatu yang WOW. Dan aku harap tangan ini yang akan memacu kejayaan aku dalam hidup. Amin.

1 comment... add one now

fairus fairus 06 April, 2015
MACAM-MACAM JENIS PELAMIN ORANG SEKARANG GUNA ERK..