AIRASIA SEDIA PENTAS PERAGAAN BAGI PEREKA MUDA #AIRASIARUNWAY

Air Asia pada hari ni telah mengumumkan pelancaran program pencarian pereka fesyen muda, AirAsia Runway Ready Designer Search, sebagai komitmen berterusan syarikat penerbangan itu dalam mengangkat bakat-bakat muda pereka-pereka fesyen.

Ini merupakan satu plafform terbaik bagi bakat-bakat muda dari dalam dan juga luar negara dalam membantu mereka mengetengahkan bakat yang terpendam. Platform yang terhasil dengan kerjasama antara Air Asia dan juga penganjur Minggu Fesyen KL. Untuk info, Air Asia adalah syarikat penerbangan pilihan bagi acara minggu fesyen KLFW RTW 2015 yang akan berlangsung akan datang. 

Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad melancarkan program pencarian pereka muda ini bersama dengan pengasas Kuala Lumpur Fashion Week Ready To Wear (KLFW RTW), Andrew Tan pada sidang akhbar hari ni. 

PELUANG MENARIK DAN KEEMASAN BUAT PEREKA-PEREKA DAN DESIGNER FESYEN MUDA YANG BERBAKAT, PROGRAM PENCARIAN BAKAT-BAKAT PEREKA FESYEN MUDA AIRASIA, PELUANG TERBUKA UNTUK PEREKA FESYEN MUDA MENUNJUKKAN BAKAT TERPENDAM,  #AIRASIARUNWAY

" AirAsia percaya dengan pembangunan bakat muda. Kami sentiasa terlibat dengan usaha membangun bakat muda terutama dalam bidang sukan. Projek terbaru ini bertujuan bagi menyokong pereka fesyen muda dan menvungkil bakat hari esok, memberi ganjaran dan sokongan kepada mereka dengan pendedahan meluas serta peluang yang tersedia dalam industri fesyen. Kami sangat teruja bagi mempamerkan 10 pereka muda ini pada minggu fesyen Kuala Lumpur pada 16 Ogos 2015."

" Sesetengah mungkin tertanya kenapa fesyen? Jawapan kami mengapa tidak? Jaringan laluan meluas AirAsia, terutama du rantau Asean adalah batu lonjakan bagi banyak pemain industri fesyen dalam terus memperluas pasaran mereka; mendapatkan pelbagai fabrik; pertukaran idea bersama individu-individu lain; melawat bandar-bandar di rantau ini bagi mengalami pelbagai budaya dan mendapatkan inspirasi; kemungkinan yang tidak berpenghujung! Kami sangat teruja bekerjasama dengan pasukan KLFW RTW, dan AirAsia bersedia menjadi sebahagian dari perjalanan fesyen pereka muda ini dalam mencapai kejayaan.",kata Aireen Omar. 

PELUANG MENARIK DAN KEEMASAN BUAT PEREKA-PEREKA DAN DESIGNER FESYEN MUDA YANG BERBAKAT, PROGRAM PENCARIAN BAKAT-BAKAT PEREKA FESYEN MUDA AIRASIA, PELUANG TERBUKA UNTUK PEREKA FESYEN MUDA MENUNJUKKAN BAKAT TERPENDAM,  #AIRASIARUNWAY

Andrew Tan, Pengasas Kuala Lumpur Fashion Week RTW berkata, " KLFW adalah platform penting bagi pereka yang sudah berada dalam bisnes fesyen. Kuala Lumpur Fashion Week Ready To Wear telah dikonsepkan pada tahun 2013 sebagai platform B-2-C bagi pereka fesyen Malaysia untuk memperaga koleksi sedia pakai (Ready To Wear) dan mengetengahkan kekuatan dan kreativiti industi fesyen di Malaysia bagi para pelanggan tempatan dan antarabangsa. Dengan adanya rakan kerjasama dan menganjur bersama 'AirAsia Runway Ready Designer Search', membolehkan kami memberi pendedahan tambahan kepada pereka muda yang masih belum berada dalam bisnes ini, melalui platform kami yang telah mendapat perhatian media dengan lebih daripada 7 juta pelawat."

PELUANG MENARIK DAN KEEMASAN BUAT PEREKA-PEREKA DAN DESIGNER FESYEN MUDA YANG BERBAKAT, PROGRAM PENCARIAN BAKAT-BAKAT PEREKA FESYEN MUDA AIRASIA, PELUANG TERBUKA UNTUK PEREKA FESYEN MUDA MENUNJUKKAN BAKAT TERPENDAM,  #AIRASIARUNWAY

PELUANG MENARIK DAN KEEMASAN BUAT PEREKA-PEREKA DAN DESIGNER FESYEN MUDA YANG BERBAKAT, PROGRAM PENCARIAN BAKAT-BAKAT PEREKA FESYEN MUDA AIRASIA, PELUANG TERBUKA UNTUK PEREKA FESYEN MUDA MENUNJUKKAN BAKAT TERPENDAM,  #AIRASIARUNWAY

PELUANG MENARIK DAN KEEMASAN BUAT PEREKA-PEREKA DAN DESIGNER FESYEN MUDA YANG BERBAKAT, PROGRAM PENCARIAN BAKAT-BAKAT PEREKA FESYEN MUDA AIRASIA, PELUANG TERBUKA UNTUK PEREKA FESYEN MUDA MENUNJUKKAN BAKAT TERPENDAM,  #AIRASIARUNWAY

10 pereka muda akan mempamerkan rekaan mereka di pentas peragaan berprestij KL Fashion Week RTW 2015 dan tiga pereka terbaik akan diumumkan pada akhir pencarian ini dan memegang gelaran 'AirAsia Most Promising Designer 2015', bersama dengan hadiah-hadiah yang lain termasuk Piala Air Asia Runway Ready Designer Search, tiket pergi balik ke Tokyo, Sydney dan Hong Kong, sehingga 60,000 AirAsia Big Points setiap satu, peluang untuk menjadi sebahagian dari Minggu Fesyen lain di rantau ini dan banyak lagi. 

Pereka fesyen dari rantau ini juga akan diterbangkan oleh Air Asia bagi menjadi sebahagian dari KLFW RTW 2015, dan ini akan memberi peluang kepada 10 pereka muda ini berjumpa dan belajar dari mereka. 

Tambahan kepada Aireen dan Andrew, pemain industri fseyen yang berpengaruh; Khoon Hooi dan Jovian Mandagie, pereka fesyen terkenal Malaysia; serta Khairul Abidin Ishak, Editor Majalah Eh! diumum sebagai panel hakim bagi program AirAsia Runway Ready Designer Search 2015 yang pertama kali diadakan ini. 

PELUANG MENARIK DAN KEEMASAN BUAT PEREKA-PEREKA DAN DESIGNER FESYEN MUDA YANG BERBAKAT, PROGRAM PENCARIAN BAKAT-BAKAT PEREKA FESYEN MUDA AIRASIA, PELUANG TERBUKA UNTUK PEREKA FESYEN MUDA MENUNJUKKAN BAKAT TERPENDAM,  #AIRASIARUNWAY


PELUANG MENARIK DAN KEEMASAN BUAT PEREKA-PEREKA DAN DESIGNER FESYEN MUDA YANG BERBAKAT, PROGRAM PENCARIAN BAKAT-BAKAT PEREKA FESYEN MUDA AIRASIA, PELUANG TERBUKA UNTUK PEREKA FESYEN MUDA MENUNJUKKAN BAKAT TERPENDAM,  #AIRASIARUNWAY

Syarat-Syarat Penyertaan 

Pencarian pereka fesyen ini terbuka bagi mana-mana pereka fesyen muda sama ada mempunyai latihan fesyen normal atau tidak, dan tidak melebihi 28 tahun pada tahun 2015. Pereka fesyen yang berminat boleh melengkapkan borang pendaftaran yang boleh di Download di laman :-


Boleh terus menghantar lakanan anda di sana laman web tersebut. Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum 5.00 petang (GMT +8) pada Jun 2015.

Top 25 akan disenarai pendek dan akan dihubungi  bagi mempersembahkan rekaan mereka kepada barisan hakim. 10 yang terbaik akan dipilih melalui proses pemilihan ini bagi memperaga koleksi bertema Asean mereka di pentas peragaan KLFW RTW 2015.

Air Asia telah terlibat dalam pelbagai program pembangunan bakat muda dengan menyediakan peluang dan memberi Platform bagi mereka mencapai kejayaan, mengenal pasti potensi dan kekuatan mereka. Paling penting, Air Asia telah membolehkan banyak bakat muda merelalisasikan impian mereka bagi bertanding di tahap yang lebih tinggi seperti Zulfahmi Khairuddin, pelumba MotoGP dan pemain skuasy antarabangsa Low Wee Wern.

Korang boleh mengikuti perkembangan AirAsia Runway Ready Designer Search 2015 melalui laman sosial AirAsia di :-


Peluang dah ada depan mata, rugi kalau tak sambar sebab zaman sekarang ni susah nak jumpa peluang terbuka macam ni, banyaknya adalah peluang yang kita kena cipta sendiri. Jikalau ada bakat, terus sambar peluang ni. Jangan lambat, jangan lembab dan jangan dungu. Macam aku, sampai sekarang aku menanti peluang untuk berduet dengan Elizabeth Tan, tapi tak kesampaian. lembab betul.

3 comments.. read them below or add one

Uncle Zuan Uncle Zuan 30 May, 2015
comelnya yang berbaju merah tu.. ada phone no tak? hehe
zulhilmitempoyak zulhilmitempoyak 30 May, 2015
mata aku dok tengok model ja.. hehehe
ArELeEz ArELeEz 30 May, 2015
tggi nau2 model2 air asia tuh!