AKU AGAK KECEWA DENGAN SERVIS TELEKOM

I'M BACK!! Setelah lebih kurang lima belas hari internet Streamyx aku bermasalah. Itu sangat-sangat mengecewakan aku. Itu sangat-sangat menghilangkan Mood aku hinggakan aku rasa dunia aku dah gelap dan tak ada masa depan lagi.

Mana tak nya. Banyak kerja-kerja aku yang terganggu. Paling mengecewakan aku bila aku dah tak boleh nak Update blog. Blog adalah Life aku. 

Seminggu lepas aku buat Report, masih tak ada apa-apa tindakan. Itu pun bukan sekali dua aku call. Berkali-kali aku tanya Status Report aku. Masih belum diambil tindakan. Kenapa ye? Aku masih tak faham. Telekom tak cukup pekerja ke? Atau terlalu banyak kerosakan yang berlaku sampaikan semua pekerja dikerah untuk selesaikan masalah tu? Atau adakah disebabkan lokasi aku kat hulu, jadi tak berapa penting di mata orang-orang Telekom? 


PERLU KE BAYAR BIL TELEKOM JIKA STREAMYX BERMASALAH, APA YANG PERLU DILAKUKAN BILA STREAMYX BERMASALAH, SERVIS TELEKOM AGAK MENGECEWAKAN,

Aku ni penyabar orangnya. Dah lah penyabar, wajah berbentuk bujur sirih pulak tu. Tapi bila terjadi perkara-perkara macam ni, setelah aku bersabar dan bersabar tapi masih belum ada apa-apa tindakan lanjut, perasaan marah manja aku mula terbit. Jangan disangka wajah yang tenang dan comel macam aku ni tak ada perasaan marah. Jangan dikejut Hamster yang sedang tidur. Buruk padahnya.

Aku bukan marah sebab benci. Aku marah sebab terlampau lama tempoh yang diambil untuk selesaikan masalah tu. Bertambah aku marah bila aku pulak yang terhegeh-hegeh talipon Telekom Service untuk tanya status Report aku. Dorang diam dan terus diam je dalam masa seminggu tu. At least bagitau dan Update dari semasa ke semasa pun okay jugak. Tak adalah buat aku rasa macam putus cinta dengan Elizabeth Tan. Sakitnya tuh di sini. Hampir-hampir buat aku cari Neelofa dan pinjam bahu dia untuk aku menangis teresak-esak. 

Semalam aku dapat mesej dari Telekom mengatakan yang masalah Streamyx aku tu selesai. Dengar je berita tu. Aku kembali Happy. Aku dah bercadang nak anjurkan parti buih dah, tapi terbantut hajat aku tu sebab bila aku Check masalah tu tak selesai pun lagi. Malah makin teruk. 

Kemarahan aku makin memuncak. Aku Call lagi Telekom dan buang lagi kredit Hp aku yang tak banyak ni. Kali ni aku mengeras. Dan kali ni baru lah nampak macam kelam kabut sikit dan nampak bersungguh-sungguh dengar Report aku. Berkali-kali dia minta maaf. Dia bersungguh-sungguh katakan akan ambil tindakan secepat yang mungkin. Dan dia dah pun naikkan Report aku paling atas. Lembut sikit hati aku. Nampak tak aku ni mudah dijinakkan. 

Tapi aku belum berpuas hati lagi. Aku tanya pulak pasal bil. Mana maunya aku nak bayar bil dengan jumlah penuh kalau aku dah rugi lebih kurang dua minggu tak boleh Online. Kan? Ni bukan tengok wayang. Kalau datang lambat tengok Pitch Perfect II tapi tetap kena bayar jumlah yang sama. Itu salah sendiri sebab datang lambat. Kalau soal Telekom ni, bukan aku yang tak nak pakai Streamyx seminggu. Telekom yang lambat ambik tindakan untuk Repair kerosakan tu. Takkan lah aku kena bayar jugak kan? 

Jadi, dia suruh aku Call bahagian bil. Okeh. Aku buang lagi Kredit aku yang dah tinggal sikit ni untuk Call bahagian bil pulak. Dan dia bagitau untuk call balik jikalau dah selesai masalah tu. Lepas selesai masalah dan Report ditutup, baru lah dorang akan selaraskan bil tu dengan penggunaan aku. Okeh.. Baru aku puas hati. Maknanya aku hanya akan bayar bil mengikut hari penggunaan aku saja. 

Ajaibnya.. hari ni dah selesai masalah aku tu. Alhamdulillah. Segala kerosakan dah diperbaiki dan aku dah boleh BerStreamyx macam biasa. Laju pulak kali ni ye. Tempoh sehari dah setel. Boleh pulak. Apa-apa pun untuk Report ke dua ni, aku puji. Sebab sangat efisien. Bukan je dari segi menyelesaikan masalah tu, tapi dari segi Update. Kali ni banyak jugak aku dapat mesej Update dari Telekom untuk bagitau Status terkini masalah aku tu. Kenapa lah tak dari awal-awal macam ni kan. Tak ada lah aku marah-marah manja. Dalam ketidakpuasan hati aku pasal servis Telekom ni, aku berterima kasih jugak sebab sangat pantas dan efisien untuk Report kali ke dua ni. 

Sepatutnya servis kena macam ni. Mujur tau kat kawasan aku ni, hanya Streamyx je yang Available. Kalau ada yang lain, aku rasa ramai dah terminate Streamyx ni. Sebab servis yang tak berapa nak tip top. Telekom kena tau sesuatu. Kat sini ada lebih dari 10,000 penduduk. Dan kat sini ramai usahawan Online termasuk aku. Internet sangat penting pada kitorang. Jadi tolong jaga servis sebab jikalau ada perkhidmatan Internet lain yang masuk dan servis tip top, kitorang akan beralih arah. 

PERLU KE BAYAR BIL TELEKOM JIKA STREAMYX BERMASALAH, APA YANG PERLU DILAKUKAN BILA STREAMYX BERMASALAH, SERVIS TELEKOM AGAK MENGECEWAKAN  Internet sangat penting bagi kitorang yang mencari rezeki secara Online. Fikirkan keadaan kami jikalau masalah internet berlarutan lebih daripada seminggu. Terjejas teruk periuk nasi kitorang. 

5 comments.. read them below or add one

Maria Firdz Maria Firdz 18 May, 2015
Alhamdulillah... Mmg.. Kgkdg kena gertak sikit..bru cepat buat kerja...
Budak Nakal Budak Nakal 18 May, 2015
Perkataan comel tu aku x sokong, dan artikel ini bagus sebab x kluarkan nama gadis kegilaan aku iaitu emma maembong...bagus...hasil karangan anda cikgu kasi 99.99999%...

✿ Ina Ainaa ✿ ✿ Ina Ainaa ✿ 18 May, 2015
Sabar ye Boni. Kekadang kena berkeras sedikit dengan mereka. Ena ni pun tengah tension dengan wifi UIAM.. lembab nau...Uhuks Pisang duduk dalam bilik.. Terpaksa cari port ada internet
Iena Eliena Iena Eliena 18 May, 2015
Tm mmg lembab giler..
Offer upgrade bla bla bLa
makin teruk ade la tenet.. lembab cm siput..
Fendi Rocka Fendi Rocka 20 May, 2015
sebab takde pilihan lain lah tu yang relaks.hehehe