ANTARA FACEBOOK, FACEBOOK PAGE, INSTAGRAM DAN BLOG

MEDIA SOSIAL YANG MANA SATU LEBIH BERKESAN UNTUK PENGIKLANAN SECARA ONLINE

Semalam aku ada berbincang juga dengan sorang kawan lama. Dia sekarang berkhidmat sebagai Media Social Influencer. Memberi perkhidmatan pengiklanan kepada peniaga-peniaga terutama peniaga yang baru bertapak. 

Antara yang kitorang sembang semalam termasuklah kenapa Faizal Tahir berambut pendek sekarang. Eh, salah. tu aku sembang dengan orang lain. Ok, yang aku sembang semalam isu media sosial yang mana satu lebih bagus dan lebih padu untuk beriklan.

1. Facebook, Fanpage (termasuk Facebook Ads) dan Instagram

Media sosial yang ni memang antara yang bagus untuk beriklan. Dia Direct. Kita boleh dapat Customer terus melalui iklan ni. Cuma sifatnya adalah sementara. Dia macam tahap kekacakan kita. Bersifat sementara dan tak kekal. Kita boleh dapat Customer dalam jangka masa yang singkat. Mungkin ramai dan mungkin juga sikit. 

 PENGIKLANAN ONLINE, PERNIAGAAN ONLINE, BISNES ONLINE, FACEBOOK. FANPAGE, INSTAGRAM, BLOG, BLOGGER, Antara Facebook, Fanpage, Instagram dan jugak blog, mana satu yang lebih berkesan untuk beriklan, Blog,Facebook, Fanpage (termasuk Facebook Ads) dan Instagram, Media Social Influencer, MEDIA SOSIAL YANG MANA SATU LEBIH BERKESAN UNTUK PENGIKLANAN SECARA ONLINE,  PENGIKLANAN ONLINE, PERNIAGAAN ONLINE, BISNES ONLINE, FACEBOOK. FANPAGE, INSTAGRAM, BLOG, BLOGGER, Antara Facebook, Fanpage, Instagram dan jugak blog, mana satu yang lebih berkesan untuk beriklan, Blog,Facebook, Fanpage (termasuk Facebook Ads) dan Instagram, Media Social Influencer, MEDIA SOSIAL YANG MANA SATU LEBIH BERKESAN UNTUK PENGIKLANAN SECARA ONLINE,

Contoh Facebook Ads. Kita pam banyak, memang banyak bermain kat News Feed pengguna Facebook. Tapi adakah ianya kekal? Tak. Selagi ada duit , selagi tu iklan akan terus berkumandang dan bergelek-gelek seakan-akan seekor kambing betina yang gemuk dan banyak isi. Tampak menyelerakan. Tapi bila habis je duit tu, iklan tu akan berhenti. Dan tak ada lagi tarian-tarian tiang yang berkumandang kat News Feed pengguna-pengguna Facebook. Kalau nak sambung, kena tambah duit dan Top Up sebanyak mana yang korang nak. 

Pada pandangan aku, Media Sosial Facebook, Fanpage dan jugak Instagram ni lebih kepada Awareness. Nak memberitahu kepada umum kewujudan sesuatu perniagaan tu. Dan ianya memang sangat berkesan untuk menimbulkan Awareness pengguna-pengguna Media Sosial.

2. Blog

Media sosial jenis ni pulak bagi aku lebih spesifik untuk sesuatu perniagaan mempromosikan apa yang diniagakan, Aku tak cakap ianya akan membuatkan perniagaan korang akan terus meletup bila beriklan dekat blog. Tapi untuk jangka masa panjang, ianya memang berkesan. Jangka masa panjang tu maksud aku sampai bila-bila. Walaupun korang dah terselit dalam lubang kubur dan legasi korang diteruskan oleh cucu cicit korang sekalipun, selagi sesuatu perniagaan tu dipromosikan dalam blog, ia akan kekal dalam internet selagi Owner blog tu tak padam artikel tu.

 PENGIKLANAN ONLINE, PERNIAGAAN ONLINE, BISNES ONLINE, FACEBOOK. FANPAGE, INSTAGRAM, BLOG, BLOGGER, Antara Facebook, Fanpage, Instagram dan jugak blog, mana satu yang lebih berkesan untuk beriklan, Blog,Facebook, Fanpage (termasuk Facebook Ads) dan Instagram, Media Social Influencer, MEDIA SOSIAL YANG MANA SATU LEBIH BERKESAN UNTUK PENGIKLANAN SECARA ONLINE,
CREDIT
 Pengguna dan pembeli akan Search maklumat tentang sesuatu produk dan juga perniagaan tu kat Google yang membawa dorang ke dalam blog yang menyediakan maklumat-maklumat dan juga perniagaan yang dorang cari tu. Tak mungkin dorang akan search kat Harian Metro Online pulak kan. Tak mungkin dorang akan Seacrh kat Facebook mahupun instagram. Lagi mengarut dan agak tahyul kalau dorang tanya kat Park Bom 2ne1 (salah seorang ahli band Kpop).

Apa yang mahalnya blog ni, adalah permainan KEYWORD yang ada dalam blog tu. Contohnya korang jual ubat untuk kencing manis. Dan Owner blog main keyword "Tips untuk mengelakkan kencing manis" dan promosikan sekali produk korang tu. Apakah kebarangkalian untuk orang beli produk tu 0%? Itu memang mustahil. Selagi orang Search Keyword tu dalam Google, selagi tu lah produk korang akan terjual. 

Macam aku cakap tadi, walaupun legasi korang tu dah disambung cucu cicit korang sekalipun, akan tetap ada Customer yang akan beli produk tu dari artikel blog yang dorang baca. Adakah korang rasa Blog ni tak relevan dan tak berbaloi untuk korang keluarkan duit untuk mempromosikan perniagaan korang?

Aku ambik contoh blog aku sendiri. Sampai sekarang, tak berhenti-henti Keyword 'pelamin' masuk dalam blog aku. Dalam entri tu aku Link kan sekali Channel Youtube Elizabeth Tan.. Ehh.. Silap.. aku Link kan sekali Website Issyaz Wedding dan jugak Fanpage Issyaz Wedding. Adakah kebarangkalian untuk Tokey aku dapat Customer melalui blog aku 0%? Itu memang sangat-sangat mustahil sebab tak putus-putus Keyword pelamin masuk. Sampai bila-bila Customer akan masuk blog aku walaupun selama 30 tahun selagi artikel-artikel mempromosikan pelamin tokey aku tu, aku tak padam. 

Antara Facebook, Fanpage, Instagram dan jugak blog, mana satu yang lebih berkesan untuk beriklan?

Sebenarnya kalau korang tanya aku mana satu yang lebih berkesan. Bagi aku semua tu sangat berkesan. Malah ianya sangat berkaitan antara satu sama lain. Sama penting sama berkesan. Kenapa aku cakap macam tu. 

Sebab bila dah dimasukkan ke dalam Facebook, Fanpage, Instagram,  ia akan menimbulkan Awareness tentang sesuatu perniagaan dan jugak sesuatu produk tu. Ramai yang akan sedar tentang kewujudan sesuatu perniagaan tu. Pembeli dan juga Client boleh datang dari situ juga.  

Dan bila timbulnya Awareness tu, pastinya ramai yang akan Search kat Google untuk mencari maklumat dan info sesuatu produk dan jugak perniagaan tu. Dari situlah Blog pulak akan main peranan yang sangat penting. Pastinya.. maklumat-maklumat dan info-info yang dicari tu kekal selagi ianya tak dipadam oleh Owner Blog. 

Nampak tak betapa berkaitannya semua Media Sosial tu dalam menjadi satu wadah pengiklanan untuk perniagaan korang. Sangat berkaitan. Ia seiring dan sejalan. Sama penting. Ibarat tukul dan paku. Tukul takkan berasa puas hati kalau paku tak ada. Dia nak ketuk apa? Tukul tu akan berasakan dirinya Lonely dan hidup tanpa arah tujuan.

Bagi aku, kalau dah korang berniaga.. janganlah kedekut untuk keluarkan modal yang besar untuk tujuan promosi perniagaan korang tu. Dapatkan semua perkhidmatan media sosial tu. Sebab ianya memang berbaloi-baloi. Sebab tu kalau korang perasan, peniaga-peniaga yang berjaya terutama orang cina, tak pernah lokek untuk keluarkan modal yang besar semata-mata hanya promosi. Semuanya dorang akan bayar. Dari Facebook, Instagram, blog dan juga media-media seperti surat khabar, radio dan jugak TV. Jangan Target nak meletup dan untung terus. Tapi Target untuk Awareness masyarakat dulu. Dari Awareness tu lah yang akan munculnya pembeli dan juga Client.

 PENGIKLANAN ONLINE, PERNIAGAAN ONLINE, BISNES ONLINE, FACEBOOK. FANPAGE, INSTAGRAM, BLOG, BLOGGER, Antara Facebook, Fanpage, Instagram dan jugak blog, mana satu yang lebih berkesan untuk beriklan, Blog,Facebook, Fanpage (termasuk Facebook Ads) dan Instagram, Media Social Influencer, MEDIA SOSIAL YANG MANA SATU LEBIH BERKESAN UNTUK PENGIKLANAN SECARA ONLINE, Jikalau kita seorang peniaga, amat penting untuk tekankan satu perkara ni. Jangan sesekali rasa bersalah, kedekut atau menyesal untuk keluarkan bajet semata-mata untuk pengiklanan. Tanpa promosi, mana nak datangnya pembeli dan juga Client. Dan lagi satu, jangan sesekali perlekehkan kuasa sebuah blog dan jangan kedekut untuk bayar sesuatu perkhidmatan kepada seseorang blogger. Kerana untuk jangka masa panjang.. blog sangat terel dalam memainkan peranannya. 

{ 10 comments.. read them below or add one }

Hafiz Hafizol Hafiz Hafizol 13 May, 2015
Betul tu bro. aku pun sampai skrg alhamdulillah mmg x putus customer tanya pasal produk yg aku promote di blog.. :D
KorN KorN 13 May, 2015
Maaf lah nak cakap.. kalau aku, aku xkan berminat untuk melihat mana2 iklan dekat any social media.. ini untuk aku lah.. org lain tak tau la plak...
KorN KorN 13 May, 2015
eh terkomen ke dua plak.. yang ni nak komen apa ye.. xpe lah tak jadi nak komen.. ekeke
KorN KorN 13 May, 2015
har har.. maaf semakkan ruangan komen abang kachak.. ok bye
Fendi Rocka Fendi Rocka 13 May, 2015
FACEBOOK sesuai nak jual kat kawan2
kamil salleh kamil salleh 13 May, 2015
Salam bro.,,Boni Kacak lagi bergaya. Bagi ambo aemuanya berkesan, asal saja korang rajin.
Sue Izza Sue Izza 13 May, 2015
sesungguhnya saya setuju dengan penulisan ini ehheheehe
hana hadi hana hadi 14 May, 2015
Yuhuuu...lama xsingah.ngeee

Blog blog dan selamanya blog.^_^
Budak Nakal Budak Nakal 15 May, 2015
A,ah aku pihak media blog yang paling mantap. Sampai skrg keyword emma maembong mengikuti aku smpi masuk dlm mimpi aku tiap malam, tak taulah kenapa. Mungkin ia jodoh aku kot...maaflah boni, jgn jeles ok.