SENARAI SCAMMER ONLINE, PENIPU ONLINE DAN PENYAMAR ONLINE

Aku sebenarnya memang malas nak ambik Port dan malas nak layan bila ada insan-insan mulia yang menggunakan gambar aku dan buat akaun Fake. Tapi bila aku selidik betul-betul, aku tengok benda tu bukan benda yang biasa yang aku boleh pandang remeh. 

Kalau setakat ambik gambar aku, lepas tu menyamar jadi seekor Hamster yang sangat comel, jinak dan sangat patuh pada arahan tuan dia.. takpe jugak. Ni dah menyamar jadi sesuatu yang di luar dugaan. Buruk reputasi aku sebagai seorang blogger yang berwajah keanak-anakan ni. 

Jadi, untuk membersihkan nama aku balik, aku akan sertakan senarai-senarai akaun sosial yang menipu, menyamar dan mungkin juga seorang Scammer menggunakan gambar aku.

1. 
SCAMMER ONLINE, PENIPU ONLINE, PENYAMAR ONLINE, SENARAI PENIPU DI DALAM INTERNET, SENARAI-SENARAI SCAMMER DI DALAM INTERNET

SCAMMER ONLINE, PENIPU ONLINE, PENYAMAR ONLINE, SENARAI PENIPU DI DALAM INTERNET, SENARAI-SENARAI SCAMMER DI DALAM INTERNET

Yang pertama ni akaun Tagged. Menyamar jadi Mr Nice Guy dan berkelakuan tak senonoh dalam akaun dia. Tak senonoh yang sangat keterlaluan. Aku takut dia ni memerangkap kaum-kaum Hawa yang kesunyian dan menipu duit dorang ataupun membuat sesuatu yang di luar dugaan. Boleh jadi jugak. Macam banyak yang jadi dengan kes-kes Awang Hitam tipu wanita Malaysia. Benda ni sebenarnya sentiasa menghantui aku. Aku takut orang berdendam dengan aku disebabkan kesalahan yang aku tak buat, dan mencederakan aku tanpa usul periksa. 

2. 
SCAMMER ONLINE, PENIPU ONLINE, PENYAMAR ONLINE, SENARAI PENIPU DI DALAM INTERNET, SENARAI-SENARAI SCAMMER DI DALAM INTERNET

SCAMMER ONLINE, PENIPU ONLINE, PENYAMAR ONLINE, SENARAI PENIPU DI DALAM INTERNET, SENARAI-SENARAI SCAMMER DI DALAM INTERNET

Yang kedua ni akaun Wechat. Aku buat Report pada hari yang sama sebab bagi aku menyamar sebagai seorang polis bukanlah satu jenayah ringan. Itu aku baru tunjuk sikit tu. Kalau ikutkan, dalam Moment dia, penuh dengan Update-Update berkenaan polis seolah-oleh menunjukkan sememangnya pemilik akaun tu adalah seorang polis. 

Ini pun sesuatu yang boleh mendatangkan masalah kat aku jugak. Lagi satu, aku tak tau apa modus operandi dia ni. Semata-mata nak seronok ataupun nak peras ugut orang nak mintak duit. Kalau nak setakat seronok-seronok, lebih baik menyamar jadi sebuah basikal. Kan unik tu dan lain daripada yang lain. Ni menyamar jadi polis.. guna gambar aku.. adeh.. janganlah menyusahkan aku.

Sekarang aku tak tau ada lagi ke tak akaun dia ni. Takut dah tukar nama je. 

3.
SCAMMER ONLINE, PENIPU ONLINE, PENYAMAR ONLINE, SENARAI PENIPU DI DALAM INTERNET, SENARAI-SENARAI SCAMMER DI DALAM INTERNET

Yang ni menyamar jadi pemandu teksi pulak dah. Tapi majoriti Posting dia semua pasal jual Hp murah. Seolah-olah mengajak orang untuk membeli Hp murah daripada Posting yang dia Share tu. Adakah dia ni seorang pemandu teksi yang menjual Hp murah?? Ataupun seorang penjual Hp murah yang menjadikan kerjaya teksi sebagai hobi di masa lapang? 

Ini pun bagi aku memang merbahayakan aku dan juga nama aku. Aku sendiri tak tau apa betul Hp murah yang dijual tu wujud atau tak. Kalau tak wujud, memang aku dianggap Scammer lah lepas ni. 

4.
SCAMMER ONLINE, PENIPU ONLINE, PENYAMAR ONLINE, SENARAI PENIPU DI DALAM INTERNET, SENARAI-SENARAI SCAMMER DI DALAM INTERNET

Ni lagi sorang. Guna gambar aku jugak. Entah bila-bilalah aku ni reti jadi Photographer. Tangan aku ni tak berseni pun nak jadi Photographer. Tangan jenis Parkinson. Gigil-gigil manja. Tangkap gambar pun guna Hp je. Yang ni aku tak tau apa sebenarnya niat dan jugak modus operandi dia. Sebab aku Search ni tak jumpa. Aku tak tau dia Block aku atau apa. Tapi yang nyatanya, dia ni penyamar. Sekian terima kasih.

Aku nak ucapkan jutaan terima kasih pada semua kawan-kawan aku yang memberitahu akan keujudan-keujudan akaun palsu menggunakan gambar aku ni. Kalau tak ada korang, aku sendiri tak sedar dan tak tau. Dan aku takut ada banyak lagi akaun palsu guna gambar aku yang terlepas pandang. Aku sendiri tak tau apa yang istimewanya gambar aku tu. Adakah wajah aku ni nampak macam budak-budak jahat, nakal dan liar sampaikan digunakan penipu-penipu ni untuk tujuan tak baik? Aku tengok suci je muka aku tu. Baik, sopan santun dan segan silu macam Bawang Putih yang selalu dibuli oleh kakak dan mak tiri yang jahat. 

Jadi aku harap sangat-sangat agar JIKA ada yang sudah tertipu dengan akaun-akaun tu tak tersalah anggap, tersalah faham dan terus menuduh aku membuta tuli. Pemilik gambar tu adalah aku. Dan kesemua akaun sosial aku menggunakan nama pena 'Boni Kacak'. Jika ada akaun menggunakan gambar tu selain daripada nama Boni Kacak, itu bukan aku. Itu adalah akaun Fake yang aku sendiri tak tau apa niat sebenar dan modus operandinya. Yang aku tau, akaun-akaun palsu tu mampu meletakkan diri aku dalam situasi MANGSA KEADAAN yang mungkin boleh dicederakan akibat dendam atau sebagainya.

SCAMMER ONLINE, PENIPU ONLINE, PENYAMAR ONLINE, SENARAI PENIPU DI DALAM INTERNET, SENARAI-SENARAI SCAMMER DI DALAM INTERNET
Pemilik gambar ni adalah aku. Akaun sosial lain yang menggunakan nama pena SELAIN BONI KACAK adalah akaun FAKE. Jangan tertipu. 
Aku memohon jasa baik kawan-kawan semua untuk tolong aku sebarkan kebenaran ni. Sebab benda ni bukan benda kecil lagi. Dah jadi benda besar dan boleh membahayakan diri aku. 

Mohon jasa kalian semua untuk SHARE kan artikel ni supaya tak ada orang yang kena tipu dan supaya diri aku sendiri tak teraniaya. Dan mungkin juga dapat membersihkan nama aku JIKA sudah ada individu yang tertipu dengan akaun-akaun sosial palsu tu

Terima kasih semua kerana sudi membantu. Semoga Allah membantu kalian semua yang sedang dalam kesulitan dan semoga Allah membalas balik semua jasa-jasa kalian dengan perkara-perkara yang baik. Amin..

{ 21 comments.. read them below or add one }

Khairul Zamri Khairul Zamri 31 May, 2015
Bro ni kacak sangat ni sebab tu ramai nak amek gambar jadikan profile ni
Carlos Santiago Carlos Santiago 31 May, 2015
gambar ko kacak sangat. jadi pujaan jejaka hangat.. hahaha

http://bankami.blogspot.com
✿ Ina Ainaa ✿ ✿ Ina Ainaa ✿ 31 May, 2015
Astagfirullah, dorang ni memang la.. suka ambil gambar orang lain..
NURUL AQIDAH AZAHAR NURUL AQIDAH AZAHAR 31 May, 2015
kesiannye...rmai yg suka buat cmni..zmn semakin canggih tp buat perkara yg xbaik
Nadia Johari Nadia Johari 31 May, 2015
bahaya kalau yang lucah tu..kesian ko boni..kacak sangat ni
Mad Parihh Mad Parihh 01 June, 2015
tuan empunya tu sekacak bonikacak . hehee . bahaya tu
[n a j e e b] [n a j e e b] 01 June, 2015
awak..tambang teksi dari keramat ke wangsa walk berapa wak? ehh...silap.. awak... ipong 6 tambah ada yg murah tak wak? ehhh!
Ahahahahahaha... Tajuk Metro : Bahana Berwajah Kacak.
bearyblossom bearyblossom 01 June, 2015
Wahhh, femes ye ramai org curi guna gambar. Hehe. Btw asal dorang semua guna gambar yg sama eh? Memang gambar tu yg menarik perhatian dorang ke apa. Hahah
Dunia Zumal Dunia Zumal 01 June, 2015
Aduhai, masalah gak jadi orang femes dan kacak ni yer... nanti Zumal sharekan info nie...
Mrs. A Mrs. A 01 June, 2015
Manusia zaman sekarang macam-macam kepandaian.
Mujur orang sebenar dah sedia maklum seandainya tidak memang akan mendatangkan masalah. Satu langkah yang bijak dengan membuat report polis tu.
zai zamree zai zamree 01 June, 2015
adehhh...kacak sgt pon payah
Anil Wanina Anil Wanina 01 June, 2015
perghhh... skeri tul baca ayat ayat scammer tu...
Atasha Atasha 01 June, 2015
sabar bro , perghh memang kurang ajar guna gmbr org
tenku butang tenku butang 01 June, 2015
kesiannya.. memang bahaya kalau gambar dah disalah gunakan..
yoorin melacolea yoorin melacolea 02 June, 2015
melampau betul..yg herannya gambar profil yg sama..takkan dalam banyak2 gambar boni ini yg paling kacak..?? huh!!! dapat sapa punya angkara, memang ikat kat pokok campak kerengga..
fairus fairus 03 June, 2015
Orang kacak memang ramai nak guna gambar tu.. Hehehe. Apa-apa pun, tindakan lu buat repot tu memang bagus..
Uncle Zuan Uncle Zuan 07 June, 2015
so bila kita nak gegar diorang ni?
AnonymousAnonymous 17 November, 2015
Kes Penipuan Penjualan Handphone secara online.Butiran Scammer:
Nama : Red Globel Communication
Akaun Bank : Maybank 569972058560
No Phone : 0195604290
AnonymousAnonymous 20 November, 2015
Salam.. sesiapa yg nk trace utk latest info penipu online@sahabat lama add kubex84 di wechat utk keterangan lanjut
Haniey Firas Haniey Firas 09 June, 2016
An0nym0us b0leh trace penipu 0nline kew?b0leh whatsap sy 0189026958 untk mtk t0l0m trace sese0rg yg memperdayakan sy dlm mudah serta whatsap ..Pers0nal ye..0k tq