STREAMYX DAH DEKAT LIMA HARI BERMASALAH

Aku ada dengar jugak kat beberapa lokasi yang jauh gila dari rumah aku ada masalah Streamyx ni. Yang aku pelik, adakah tanah aku ni bercantum dengan lokasi yang jauh gila tuh? Adakah tanah kat rumah aku ni sedara kembar lokasi yang jauh tu. Pelik aku. Streamyx aku dah dekat lima hari bermasalah ni. Connection selalu Lost, atau dalam bahasa omputihnya, selalu putus.

Ini Disaster bagi seorang blogger kacak tersohor macam aku ni. Macam mana aku nak buat kerja Online kalau Internet ni bermasalah? Paling menayat hati, macam mana aku nak layan video-video Elizabeth Tan dengan tenang dan lancar??

Disebabkan tu, semalam pagi buta aku buat aduan kat Suhakam. Eh.. aduan kat Telekom Malaysia. Dengan harapan agar masalah Streamyx kat rumah aku ni dapat diselesaikan segera. Supaya aku senang nak buat kerja. Supaya aku tak buang banyak masa hadap laptop dengan Line putus-putus. Paling penting, aku dapat layan video Elizabeth Tan sambil tersenyum gembira menampakkan gigi taring aku yang seksi ni.

Ni bukan zaman Jaring lagi. Tapi aku dah rasa macam balik semula ke zaman tu. Hari-hari kuatkan hati dan sabarkan diri nak hadap internet yang Super Slow. Nak tengok video memang tak ler. Bayangkan nak hantar emel pun setengah jam menunggu. Hahaha. 

Lepas buat Report, seharian aku tunggu masalah tu selesai. Tapi aku hampa. Hampa sebab masih lagi belum dibetulkan masalah tu. Adakah Telekom tak cukup kakitangan sampai tak boleh nak setel lagi hal tu. Atau adakah Ye, Mungkin korang cakap aku tak penyabar sebab baru buat Report sehari. Tapi korang tau tak bagi orang yang cari makan dan cari duit melalui Online, Internet ni ibarat harta yang paling bernilai? Internet ni ibarat aku dapat kapel dengan Elizabeth Tan. Kalau Streamyx bermasalah, habis lari segala program aku. Aku boleh terlepas banyak peluang buat duit kalau internet ni bermasalah. 

Jadi pagi ni aku telefon lagi. Saja nak tau Status Report aku. Katanya belum setel lagi. Memang ler belum. Kalau dah, aku dah Happy dah sambil bergurindam dan berdansa lagu Knock-Knock. Harapan aku agar Telekom dapat selesaikan masalah ni secepat yang mungkin. Sebab aku dah penat. Kalau sebelum ni seminggu lebih bersabar menunggu Kontraktor Telekom setelkan masalah kabel kena curi, takkan kali ni aku nak kena tunggu selama tu jugak? Itu pun bukan sekali. Dua kali kabel kena curi. Rugi lah aku bayar bil. Duit bukan senang nak cari. Aku bukan gigolo datin-datin kegersangan. Nak duit je, Check In hotel, puaskan datin-datin kegersangan tu, dan dapat ribu-ribu.

Sekarang ni aku dah penat asyik nak bersabar, biarlah, takpelah. Sebabkan sifat tu lah, aku jadi susah. Bil tetap jalan. But I paid the bill for nothing.  Aku ibarat sedekah kat Telekom je. Tapi Online kat Cyber Cafe. Kan aku dah terSpeaking tu. Tu aku malas nak marah. Harapan aku agar Telekom segera selesaikan masalah aku tu. Aku tak pernah gagal untuk setelkan bil aku, jadi aku  harap Telekom pun jangan pernah gagal selesaikan masalah aku. 

Kenapa aku tak pakai Unifi? Kalau lah kat Bukit Beruntung ni Unifi dah masuk, aku lah orang pertama yang akan daftar. Ni dah lah pakai 1mbps, aku nak Upgrade ke 4Mbps pun tak pernah berjaya. Dah bertahun-tahun aku Apply. Semendang je Port tak cukup katanya. Do Something Please. Tambah Port ke. Sebab memang aku akan langgan terus. Internet dan kelajuannya amat penting bagi aku. Seiring dengan kemanisan yang terpahat di wajah aku ni.

STREAMYX BERMASALAH, LINE STREAMYX SELALU TERPUTUS, MASALAH STREAMYX SELALU LOST CONNECTIONZaman sekarang ni zaman Online. Internet memang sangat-sangat penting bagi seseorang, lagi-lagi seorang Blogger macam aku ni. Apalagi buat pencari-pencari rezeki Online.

1 comment... add one now

yoorin melacolea yoorin melacolea 12 May, 2015
hahahhaa.. boni ni..lawak je laaa.. internet laju2 nak pergi mana.. heehehe