CARA UNTUK CLEARKAN NAMA PENJAMIN YANG BLACKLIST DI MARA

Dah dekat tiga minggu aku dapat Reminder bertubi-tubi dari Agen pemungut hutang MARA. Aku rasa macam seorang banduan yang lolos dari penjara dan diburu oleh polis. Tidur malam aku tak lena, makan semakin bertambah, dan aku jadi makin malas nak mandi. Semua gara-gara bila aku dapat tau nama aku dan penjamin aku dah Blacklist kat MARA.


APA PERLU DILAKUKAN UNTUK CLEARKAN NAMA PENJAMIN BLACKLIST DI MARA, BAGAIMANA CARA UNTUK MENGELUARKAN NAMA PENJAMIN YANG BLACKLIST DI MARA, NAMA AKU SUDAH BLACKLIST DI MARA,
sumber
Aku tak kisah kalau nama aku sendiri Blacklist. Biarlah tak dapat pergi luar negara pun. Aku tak kisah. Sebab aku takut naik Flight. Tapi bila yang terbabit sama adalah pak cik aku, aku terus bersemangat waja untuk setelkan masalah terpendam ni. Aku tak nak disebabkan masalah ni, aku akan bermasam muka dengan pakcik aku. Aku tak nak disebabkan masalah ni, mendatangkan masalah pada pakcik aku dan keluarganya di kemudian hari. Aku tak nak disebabkan masalah ni, dia mula kemurungan, mendiamkan diri dalam bilik tak keluar-keluar, dan mula dijangkiti sawan.

Jadi, aku pun berunding dengan agen pemungut hutang tu macam mana cara untuk selesaikan masalah tu. Caranya semudah ABC. 

Cara untuk Clearkan nama penjamin dari Label Blacklist tu senang je. Kalau korang nak Clearkan satu nama, korang kena bayar 1/3 daripada jumlah penuh hutang tertunggak korang tu. Apa tu 1/3? Tu adalah bilangan yang terlibat dalam hal pinjaman Mara korang tu. Termasuk korang sekali. 

Contoh ;- 

1 - Aku
2 - Penjamin pertama 
3 - Penjamin kedua

Jadi, kiraan dia berdasarkan berapa ramai yang terlibat dalam pinjaman Mara korang tu. Aku tak pasti kalau korang hanya ada satu penjamin atau dua macam aku. Kalau satu penjamin, maknanya korang kena setelkan 1/2 dari jumlah tunggakan kalau tak salah aku lah. Ok, jom tengok contoh pengiraan dia pulak macam mana. 

Contoh :-

1/3 dari RM 10,000 = RM 3,333.34

Dan bayaran ni perlu lah dibuat di pejabat polis Bukit Aman. Korang boleh serah diri sekali sebab tak bayar hutang. Hahaha. Aku bergurau kasar je tu. Korang kena bayar kat MARA. Dapatkan hitam putih perlepasan nama yang Blacklist tu. 

Jadi, bila korang dah bayar jumlah tu, maknanya korang berjaya dengan jayanya membebaskan nama salah seorang penjamin korang tu dengan penuh bergaya. Macam aku, aku tetap akan memperagakan gaya yang sangat berkualiti dan Stylo sekali lepas berjaya keluarkan nama penjamin dari keadaan BlackList walaupun hakikatnya nama aku masih Blacklist. Dem.

Jadi, kepada korang yang ada hutang MARA tu, jangan biarkan ianya tertunggak sampai nama Blacklist. Kalau tak melibatkan orang lain takpe. Kalau melibatkan orang lain, tak pasal-pasal korang dah dicop sebagai seorang yang tak bertanggungjawab. Tak guna berwajah kacak separa Pan Asia macam aku ni kalau tak ada sifat  bertanggungjawab. 

APA PERLU DILAKUKAN UNTUK CLEARKAN NAMA PENJAMIN BLACKLIST DI MARA, BAGAIMANA CARA UNTUK MENGELUARKAN NAMA PENJAMIN YANG BLACKLIST DI MARA, NAMA AKU SUDAH BLACKLIST DI MARA,Disebabkan kealpaan, sikap ambil mudah dan juga sikap tak bertanggungjawab aku suatu ketika dulu membuat aku kini dilanda bermacam-macam masalah. Jadi, korang kena jadikan kisah aku ni sebagai iktibar. Dan aku juga nak berterima kasih kepada beberapa individu yang banyak membantu aku mengharungi masalah-masalah ni. Nanti aku pasang pelamin cecantik ye. 

{ 19 comments.. read them below or add one }

Shiqin Sunshine Shiqin Sunshine 09 June, 2015
Owhh cmtu...siap kena pg bukit aman tu... Hahah... Nasib baik jpa >.< #eyh berangan xabis kahkah
zai zamree zai zamree 10 June, 2015
kena ambik surat pelepasan ek?

dh byr lebih dr 2/3 tp tlewat dr date patut habis byr kena ambik gak ek?huhuhu...
QasehnyaRania QasehnyaRania 26 June, 2015
oo begitu.
terima kasih kerna sudi bagi pencerahan di sini.

Mohammad Solihin Mohammad Solihin 03 November, 2015
bayaran tu mesti kena byar kat pjabat mara ke...??
bayar kat pjbat pos bleh x..??
AnonymousAnonymous 24 November, 2015
Nasib yang sama terjadi pada saya sebagai PENJAMIN. Peminjam tak bayar sampai sudah dan ada 4 orang penjamin termasuk saya. Amount cuma RM6000. Agen kutip hutang (Rural Capital) berkali2 call dan memberi saya option utk bayar 35% (RM2100) drp total hutang utk buang nama saya dari senarai Penjamin atau saya menghadapi tindakan mahkamah (kos mahkamah RM5500), passport kena blok, xlepas buat loan. Dia kata tindakan akan dikenakan bila2 masa. Saya cuak jugak tapi saya cuba call MARA sendiri. Mara cakap total saya kena bayar adalah RM1200 iaitu jumlah penjamin + peminjam (dalam kes saya 5 orang). So RM6000/5 = RM1200. Pegawai MARA suruh saya ignore arahan agent kutip hutang tu sebab info drp agent tu tak betul. Saya boleh bankin melalui Maybank2u->Education Loan->MARA, masukkan no MARA peminjam dan no IC peminjam. Lepas tu email pada sabariaho@mara.gov.my dan sertakan slip pembayaran Maybank2u tadi, nama penuh & IC kita dan mintak "Penyata Pelepasan Penjamin dari MARA". Mention kite penjamin dan mahu nama kite keluar dari list Penjamin. In case Pn.Sabariah tak reply, boleh call direct line 03-26132144. Dengan itu ma,a kite bersih dari senarai hitam dan sudah xder kena mengena dgn peminjam. TQ.
AnonymousAnonymous 01 June, 2016
Salam.. nak tanye, bila kes kita dah sampai ke tangan peguam, maknanya dah blacklist la kan? Dia cakap akaun dibekukan. Penjamin saya mcm mana? Dibekukan juga kan? Amaun ditarik dari akaun penjamin saya berapa? 100% ke 70%? Sy tak ade duit lg.
AnonymousAnonymous 04 October, 2016
Salam...mohon pencerahan..aku aritu dpt call dr agen mara ckp sal htng tggkan push suh bayar sume sal da msuk under makhamah..aku pun dgr dlu n pastu ckp ye je..last2 just ignore jela..rse bnde nie cm kencing je..aku pbye hutg dlm 23k gk la..xpnah baya sjak dr 2009..tggkan katenye da msok 6-7taun..then tu org tu asyk call je..aku wt bodo la..then lpas sbaln tu aku wt bodo je then ttbe dpt surat tuntutan undang2 dari mara sndiri...ingtkn game..dlm 2mggu aku kne naik mara bhgian udng2..pisang kne sttle gk..aku wt bodo la..mmg xde duet..then dlm blan 6 aritu nk wt loan xlpas..ckp name da bad record..aduhh..nyesal sume idup..
Siti Fatimah Zainal Siti Fatimah Zainal 05 October, 2016
This comment has been removed by the author.
AnonymousAnonymous 28 October, 2016
Betulka tu yg acc akan dibekukan sekiranya dah ada tindakan undang2...
Mohon pengesahan..
AnonymousAnonymous 22 December, 2016
Boleh saya tau x update terbaru berkenaan pinjaman awk..dibekukan x acct?
Unknown Unknown 19 January, 2017
Boleh tau x.. Betol ke akaun kita dibekukan
rok star rok star 22 August, 2017
setakat ni penjamin bleklist je kena. akaun kena beku ni tak bunyi lagi.
Sara Skru Sara Skru 16 October, 2017
Tu la spe2 bole mohon pencerahan tak betul ke akaum akn dibekukan???
Norliza abu bakar Norliza abu bakar 17 October, 2017
Salam.....husband saya jadi salah seorang dr 4 penjamin. Baru2 ni peguam yg tlh di hired oleh Mara tlh inform, klu nk bebaskan diri dr di blacklisted,perlu byr 1/4 dr hutang. Tp ia cuma utk 1 thn shj. Slps 1 thn, nama akan di blacklist semula sehingga hutang selesai. Sila share klu korang ada info ttg ni. Tq.
Norliza abu bakar Norliza abu bakar 17 October, 2017
This comment has been removed by the author.
Norliza abu bakar Norliza abu bakar 17 October, 2017
This comment has been removed by the author.
Norliza abu bakar Norliza abu bakar 17 October, 2017
This comment has been removed by the author.
Norliza abu bakar Norliza abu bakar 17 October, 2017
This comment has been removed by the author.