DOWNTOWN CHERAS MAKIN COOL

Semalam aku berbuka puasa dengan bekas-bekas kawan kelas. Makan kat BBS, Bandar Baru Selayang. Makannya 10 orang, tapi lauknya macam 50 orang makan. Habis pulak tu. Hahaha. Dasar penunggu hutan aku rasa semuanya. Yang tu nantilah aku cerita. Ni aku nak cerita lepas daripada berbuka tu, aku plan le Downtown Cheras.

Sampai sana, mak aih.. Terkejut aku. Downtown Cheras yang sekarang bukan macam Downtown Cheras yang dulu. Sekarang Downtown Cheras dah berubah jadi pusat mengurut. Hahaha. Maksud aku, kedai mengurut dah makin banyak. Dulu masa aku selalu lepak sana, ada satu je. Sekarang lebih daripada 5 bijik. Tu baru kedai urut. Kedai-kedai lain apatah lagi. Dah padat gila. Makin meriah. Dah macam perkampungan jual beli dah.

Lepas aku pusing-pusing lebih kurang 200 langkah, aku Contact kawan pejabat aku yang dah tunggu aku kat sana. Dia ajak lepak kat tempat Live Band. Baru aku tau, ada lagi Port baru bukak kat sana. Lebih kurang seminggu. Siap ada Live Band dengan karaoke lagi.

Menarik juga. Bila dia dah makin besar, dan wujud lagi Port baru yang ada Live Band, seronok lepak kat sana. Apa lagi ni satu peluang untuk sesiapa yang nak berniaga kat Downtown Cheras. Aku tengok masih banyak lagi kekosongan Booth kat Port baru tu, Korang boleh cuba Apply. Tapi berita buruknya... aku lupa nak ambik nombor Brader yang Incharge sana. Bukan cakap nombor Contact, gambar-gambar suasana kat sana pun aku tak ambik. Hahaha. Tak guna punya blogger kan. Tapi... andai kalau dia terbaca artikel ni, mungkin dia boleh bagi nombor Contact dia untuk dihubungi. Dan nanti aku akan boleh war-warkan kat korang yang nak berniaga kat sana. Mana lah tau kalau-kalau dia nak Hire ramai blogger untuk promosi Port baru tu kan.

Menarik tentang Live Band kat sana, vokalis dia mantap-mantap. Dua orang vokalis sambil menyanyi sambil main gitar. Cuma mungkin nanti boleh Improve lagi dari Sound System. Suara vokal dia tak berapa jelas dan tenggelam bila Drummer balun Drum dia. Dari segi Showmanship dan kelunakan dua orang vokal dia yang mampu menyanyi sambil main gitar, aku bagi 4 bintang. Best dan menghiburkan.

Ok, aku rasa korang dah boleh mula Shopping kat Downtown Cheras. Makin banyak barang-barang yang ada kat sana. Rambang mata woo nak Shopping.

APA YANG MENARIK DI DOWNTOWN CHERAS, BAGAIMANA KEADAAN TERKINI DOWNTOWN CHERAS, LOKASI LIVE BAND YANG MENARIK DI KUALA LUMPUR LEMBAH KLANG CHERASDapat jugak aku bedal 6 buah lagu kat sana. Perform kat sana cukup buat aku terasa macam Bintang Idola Kecil yang sangat digilai bila ada awek-awek yang jeling-jeling manja kat aku. 




{ 9 comments.. read them below or add one }

Syira Lokman Syira Lokman 29 June, 2015
shopping jgn lupa blnje syira..hehe
hafiz hafizol hafiz hafizol 29 June, 2015
Bedal sampai 6 lagu??? Wahahaha...


Kemain kau Boni oiii
gulew kapas gulew kapas 29 June, 2015
boni. lepas ni boni kene tunjukkan bakat dekat kitorang. hahaha
fairus fairus 29 June, 2015
Pernah sekali dua aku jejak kaki ke sana..
ma ❥ ma ❥ 29 June, 2015
cmne dgn parking? msih spt dulu tak sesak hihi
yoorin melacolea yoorin melacolea 29 June, 2015
hahahaha..sabar je laa.. ingatkan apa dia perubahan terbaru downtown cheras..sebab dah laama jugak tak pegi.. BTW boni, lama tak singgah sini.. template pon dah berubah.. terbaik..
yoorin melacolea yoorin melacolea 29 June, 2015
hahahaha..sabar je laa.. ingatkan apa dia perubahan terbaru downtown cheras..sebab dah laama jugak tak pegi.. BTW boni, lama tak singgah sini.. template pon dah berubah.. terbaik..