JADIKAN BLOG SEBAGAI AWEK ATAU BALAK

Ramai yang bertanya-tanya macam mana nak jadi seorang blogger yang berjaya. Berjaya tu maksudnya blog dikenali seluruh pelusuk Malaysia. Bukan nak fefeler, tapi lebih kepada nak dapatkan pengaruh dan peluang membuat duit di blog dengan kaedah pengiklanan di blog. Bila dah berpengaruh, sangat mudah untuk mempengaruhi orang lain untuk membuat sesuatu kebaikan ataupun mempengaruhi orang untuk mendapatkan sesuatu produk yang korang sedang promosi. Hurm.. Walaupun aku tak berjaya lagi, tapi aku tetap nak jugak poyo untuk bagi nasihat.

Branding

Untuk pastikan sesuatu blog tu berjaya, korang kena mantapkan dulu Branding korang. Branding bermaksud Jenama dalam bahasa English. Contoh paling sempoi. Boni Kacak. Aku jadikan Boni Kacak ni sebagai jenama aku. Kenapa Boni Kacak. Kerana ia Simple dan mudah diingati. Dan sering jadi bahan kutukan. Dari kutukan tu lah orang akan Aware dengan jenama aku. Contoh kepada contoh tadi.. Mr Bean. The Point is, cari jenama yang sangat Sempoi dan mudah untuk orang ingat. 

Penulisan

Cara penulisan korang itu kalau Best sampaikan buat orang yang membaca tertarik, terangau, dan terbogel. tak mustahil dorang akan terus menjadi pembaca setia blog korang. Daripada dia sorang boleh merebak kepada kawan-kawan dia, mak dia, bapak dia, adik beradik dia, sanak saudara dia, cucu cicit dia, kenalan luar negara dia seperti Barrack Obama, bahkan mungkin kenalan dia dari Planet Marikh.   Cari kekuatan penulisan korang tang mana. Sebab tu blogger Copy Paste susah nak berjaya sebab dia tak ada cara penulisan sendiri mahupun kekuatan sendiri.

Promosi

Blog ni sama je konsep macam bisnes. Kalau nak orang Aware dengan bisnes korang, korang kenalah promosi. Buat promosi kaw-kaw barulah pembeli akan datang. Konsep blog pulak, promosi kaw-kaw barulah ramai pembaca ni akan masuk. Dan masa tu, penulisan korang tu lah yang akan menentukan pembaca tu akan jadi pembaca setia korang atau tak. 

Cara promosi blog pulak paling terbaik dengan menggunakan media sosial. Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, dan jugak Myspace. Share ke semua media sosial korang tu termasuk group-group kat dalam Facebook tu. Paling penting jangan lupa gunakan HASHTAG. HASHTAG paling berkesan kat Instagram. HASHTAG tu yang akan memviralkan lagi Posting korang tu.  

Jadikan blog sebagai awek atau balak

Jadikan blog sebagai awek atau balak. Bila dah ada blog tu, anggap blog korang tu macam awek korang atau pun balak korang. Dah tentu korang sayang kan. Bila tak jumpa dah menangis meraung sampai tersedu-sedu sambil peluk bantal padahal baru je tak jumpa 4 jam. Kalau aku lah bapak korang, aku dah lempang korang bertalu-talu sambil jerit "Anak Aku Hijau!". 

Okeh, sambung balik. Bila korang dah ada perasaan macam tu, tak mustahil korang akan sentiasa nak dekat je dengan blog korang. Dari situlah munculnya satu perasaan yang sukar untuk dijelaskan dengan Sains mahupun matapelajaran Ekonomi dan rumahtangga. Ia bagaikan dua jiwa menjadi satu. Dari situ akan munculnya satu aura yang menyebabkan blog korang tu istimewa dan ada kekuatannya tersendiri sebab ia lahir dari hati. Sesuatu yang lahir dari hati ni biasanya ikhlas, lurus, bendul dan suci.

Sabar

Mana ada orang baru mula jual dadih 50 Cup, esoknya dah berjaya dan terus jadi pengeluar dadih terbesar yang mengeksport dadih ke seluruh dunia. Itu tahyul. Tu semua agenda Freemason je tu. Korang pernah nampak anak kucing yang baru je lahir terus melompat kejar lipas atau berlari garang kejar pencuri? Kalau ada tu bukan kucing, tu jin. 

Sabar. Semuanya bermula dari bawah. Ada orang yang berjaya ambik masa bertahun-tahun untuk berjaya. Ada orang yang berjaya ambik masa 50 tahun baru berjaya.. tu pun esoknya meninggal dah. Kesian dia.

Yang penting sabar dan terus berusaha. Paling penting jangan lupa berdoa. Tawakal pada DIA lepas korang dah berusaha bersungguh-sungguh. Inshaa Allah. Jikalau blog korang Best.. tak mustahil impian akan jadi kenyataan. 

TIPS MENJADI SEORANG BLOGGER YANG BERJAYA DAN TERKENAL, BAGAIMANA HENDAK MENJADI SEORANG BLOGGER YANG BERJAYA DAN DIKENALI
SUMBER
Pucuk pangkalnya.. penulisan. Penulisan tu sebenarnya main peranan paling besar untuk korang berjaya. Jikalau apa yang korang sampaikan tu mampu memberi kesan pada orang lain, maknanya itu adalah langkah permulaan kejayaan korang. 

Jikalau Point yang korang sampaikan itu mampu membuat orang tersentak, menyesal tak sudah, menjadi lebih bersemangat, tak jadi bunuh diri mahupun bertukar jadi hijau, maknanya.. penulisan korang itu benar-benar hidup dan diselami dengan hati. 

Jikalau seseorang mencari maklumat dan blog korang tersedia dengan segala jawapan dan penyelesaian, korang dah mula menjejaki ke tahap blogger yang bakal dikenali. 

Jikalau wajah korang selalu menjadi igauan dan juga angauan kepada balak-balak dan jugak awek-awek di luar sana.. maknanya korang mampu bergelar blogger retis berjaya. 

Dan jikalau korang berjaya membuatkan orang lain mendekati maksiat, dosa dan juga zina dengan penulisan blog korang, maknanya korang bakal menjadi seorang blogger yang paling berjaya dalam neraka. 

Owh sebelum aku lupa. Kalau nak menjadi seorang bloger yang berjaya.. kena buat betul-betul. Sebab tahun ni je aku rasa dah beratus-ratus dan mungkin beribu-ribu blogger baru yang muncul. Agak susah untuk bersaing sebab terlalu ramai blogger-blogger baru. Kalau nak berjaya, buat betul-betul. Jangan separuh-separuh je. Jangan jadi macam aku sebab aku suam-suam kuku dari dulu lagi. Aku rasa  nak Update, aku Update. Kalau aku rasa aku malas, aku terus menyamar jadi pemandu teksi dan tak sentuh blog langsung.. Itu yang buat aku dalam kategori 'Blogger Perasan".

TIPS MENJADI SEORANG BLOGGER YANG BERJAYA DAN TERKENAL, BAGAIMANA HENDAK MENJADI SEORANG BLOGGER YANG BERJAYA DAN DIKENALISebenarnya blogger-blogger Kelab Blogger Ben Ashaari berbincang pasal ni semalam. Banyak tips berguna yang Ben Ashaari, Founder kelab sampaikan pada dorang semua. Jadi aku ambik kesempatan untuk menambah lagi beberapa tips. Kan dah jadi satu entri. Ni pun salah satu tips jugak bila korang kekeringan idea untuk Update blog. Heh heh. 


{ 7 comments.. read them below or add one }

Amanda Suria Amanda Suria 28 June, 2015
SA suka entry ni ..hahahahha..boni..boni....
Uncle Zuan Uncle Zuan 28 June, 2015
tengok blog aku, maintain je xde persainan. :P
kak gojes kak gojes 28 June, 2015
okey baiklah Boni Kacak...saya pun nak branding kan blog saya Kak Gojes..boleh..


kakak kau kuning.....family teletubies juga yg kena tuduh...
Syira Lokman Syira Lokman 28 June, 2015
BAGUSS :D teruskan share entry yg baik :)
kak dayah kak dayah 28 June, 2015
boni dah berjaya,mmg dah layak bg tips panduan dan nasihat
ma ❥ ma ❥ 29 June, 2015
ok akan ku gapai impian dgn tip2 yg diberikan hihihihi