KENAPA PERLU ROSAKKAN IMEJ AGAMA ISLAM PADA GOLONGAN MUALAF

Baru-baru ni ada seorang mualaf yang jugak merupakan seorang kawan baik aku meluahkan perasaannya pada aku. Katanya kenapa di mata dia, dia nampak umat Islam tak bersatu sesama dorang? Kenapa mesti wujud persengketaan, pergaduhan dan juga rasa dengki sesama Islam hingga sanggup memutuskan silaturahim, menjatuhkan sesama sendiri dan membuat fitnah sesama sendiri. Sedangkan di dalam gambarannya Islam itu sangat indah dan suci.

APA YANG PERLU KITA LAKUKAN UNTUK PASTIKAN GOLONGAN MUALAF TERUS YAKIN DENGAN AGAMA ISLAM, ANTARA PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MENYEBABKAN GOLONGAN MUALAF TAWAR HATI PADA AGAMA ISLAM DAN KELUAR SEMULA KEPADA AGAMA ASAL
SUMBER
Aduh. Luahannya tu memang buat aku tersentak. Tergamam sekejap aku. Lutut yang perkasa tegak berdiri ni tiba-tiba jadi layu, lunyai dan lembik macam dadih. Terkelu lidah aku nak menjawab. Apa lagi aku bukan orang yang terbaik untuk menjelaskan dan memperbetulkan keadaan. Kalau luahan tu pasal motor kapcai ke, boleh jugak aku jawab. Kalau luahan tu pasal Dia Isteri Luar Biasa, boleh jugak aku lantang bersuara berkongsi cerita. Tapi ni dah masuk isu yang berat.

Nak tak nak, aku kena juga bagi beberapa Point yang penting kat dia supaya hatinya tak berbelah bahagi dan terus kuat memeluk agama Islam ni.

Aku cakap padanya supaya lihat dan mengidolakan seorang Islam yang benar-benar menjadikan Al-Quran sebagai pegangan hidup. Jangan dilihat pada rambang kerana kebanyakan orang Islam kini hanya Islam pada nama bukan pada pegangannya. Bukan hanya kat Malaysia je, kat Arab sendiri pun banyak yang Islam pada nama saja. Orang-orang Islam sebeginilah yang merosakkan imej dan kesucian sebenar Islam di pandangan golongan mualaf-mualaf dan juga orang bukan Islam.

Aku cakap lagi agar jadikan seorang Islam yang berpegang kuat pada agama Islam yang takutkan Allah sebagai Role Model dan ikutan. Sebab orang sebeginilah yang akan memperlihatkan bagaimana agama Islam itu yang sebenarnya. Orang-orang beginilah yang akan menjaga kesucian agama Islam itu sendiri. Orang-orang beginilah yang mampu memperlihatkan betapa Islam tu penuh dengan keindahan. Dan orang-orang beginilah yang mampu menjadikan golongan-golongan Mualaf lebih yakin dengan agama Islam tu sendiri dan dapat menarik minat golongan bukan Islam untuk memeluk Islam.

Lega aku. Tapi apa yang buat aku tergamam tu.. luahannya tu benar-benar membuka minda aku. Ada benarnya juga. Kenapa umat Islam tak bersatu padu? Kenapa perlu bergaduh sesama kita? Kenapa perlu wujud ketegangan sesama kita? Dan kenapa perlu ada rasa dengki sesama kita hingga sanggup membuat sesuatu yang bersifat negatif? Sedangkan perkara tu jelas merosakkan imej Islam di mata para-para mualaf dan juga bukan Islam. Sedangkan kita kena tunjukkan yang Islam itu indah dan suci. Silap-silap.. ada di antara mualaf yang mula rasa terbelah bahagi dengan pilihan yang dibuatnya disebabkan sikap umat Islam sendiri. Macam mana kita nak menarik minat mualaf untuk terus kuat berpegang pada agama Islam dan macam mana kita nak menarik minat bukan Islam untuk memeluk Islam kalau kita sendiri memberi gambaran dan pandangan yang merosakkan kesucian dan keindahan Islam tu sendiri.

Sikap kita diperhatikan setiap masa. Mungkin ini masanya kita semua berubah menjadi lebih baik. Kerana orang lain menilai kita melalui sikap dan sifat kita. Macam mana kita nak buat orang suka dan tertarik pada kita kalau diri kita penuh dengan sikap negatif?

APA YANG PERLU KITA LAKUKAN UNTUK PASTIKAN GOLONGAN MUALAF TERUS YAKIN DENGAN AGAMA ISLAM, ANTARA PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MENYEBABKAN GOLONGAN MUALAF TAWAR HATI PADA AGAMA ISLAM DAN KELUAR SEMULA KEPADA AGAMA ASAL
SUMBER
Semoga cerita ni menjadi teladan dan pengajaran pada kita semua. Kita perlu tunjukkan betapa Islam itu indah di pandangan Mualaf dan juga bukan Islam. Kenapa ramai mualaf yang keluar balik dari agama Islam adalah salah kita sendiri. Mungkin kita kena mula cerminkan balik diri kita.. Jangan guna cermin Sharpener.. kecik. Guna cermin almari. Beso sikit.

Jika aku ada tersalah cakap, aku minta maaf. Aku dah cuba sehabis baik untuk terangkan yang sebenarnya. Apa lagi aku ni bukan arif tentang agama. tapi aku harap apa yang aku sampaikan tu boleh memperbetulkan semula keadaan.. dan mampu membuka mata kita semua sebagai seorang yang berpegang pada agama Islam.







3 comments.. read them below or add one

QasehnyaRania QasehnyaRania 26 June, 2015
bak kata kiah propa..
"jaga jaga ada yang dok peghati.." :)
nice sharing. memang ada betul seperti apa yg diluahkan oleh mualaf itu.

marilah sama sama berganding, mengubah kembali persepsi orang di luar sana..

selamat berpuasa :)
Bunda a.k.a KN Bunda a.k.a KN 26 June, 2015
Salam Ramadhan dari Bunda...lama betul tak singgah sini...
lynndamya lynndamya 29 June, 2015
Salam, betul. Saya suka isu ni. Even tak pernah ada mualaf tanya kat saya, tp bila tgk perangai yg dah mmg Islam sejak lahir lebih teruk daripada mualaf, buat saya berfikir, bukan kah kita ni kena jadi contoh yg baik utk diorang? Bukankah kita ni yg paling layak utk membimbing diorang, sebab mereka baru je convert to Islam...hmm..kadang2 sy lebih suka 'lihat' cara mualaf berdakwah, sbb lebih ikhlas. Contoh mcm Adam Corrie, sy rasa dia sgt ikhlas dengan Islam. Hmm..mari baiki diri sendiri.