PROGRAM PERKONGSIAN KERETA ELEKTRIK PERTAMA DI MALAYSIA

Selalu kita akan dengar perkhidmatan kereta sewa je kan? Pernah dengar perkhidmatan sewa kereta berkuasa elektrik? Amacam? Bunyi menarik kan? Ni sebenarnya adalah satu program yang terbaru dan pertama di Malaysia dilancarkan oleh CMS Consortium Ecotour Sdn Bhd (CMS) baru-baru ni yang berkonsepkan "Cohesive Mobility Solution" (COMOS). Program yang diberi nama PROGRAM PERKONGSIAN KERETA ELEKTRIK PERTAMA DI MALAYSIA. Menariknya, kereta-kereta yang bakal korang sewa ni sepenuhnya berkuasa elektrik 100%.

COMOS KERETA BERKUASA ELEKTRIK PENUH YANG PERTAMA DI MALAYSIA, PERKHIDMATAN SEWA KERETA ELEKRTIK COMOS DI KUALA LUMPUR DAN LEMBAH KLANG, KADAR SEWA KERETA DI KUALA LUMPUR DAN LEMBAH KLANG

Program yang dilancarkan ini sebenarnya sejajar dengan usaha kerajaan untuk mencipta inisiatif yang memberi kesan secara langsung kepada orang ramai. Objektif utama COMOS merangkumi perhubungan pintar dan penyelesaian mobiliti di samping menggalakkan persekitaran hijau. Ini bagi aku memang menarik memandangkan dunia kita sekarang ni sedang mengalami pemanasan global yang agak kritikal dan salah satu faktornya adalah faktor kenderaan-kenderaan yang tidak mesra alam semakin hari semakin banyak di atas jalan raya. 

Ok, kita berbalik semula pada topik kita tadi. Program ni menawarkan orang ramai di sekitar Lembah Klang untuk menyewa kereta berkuasa elektrik ini dengan kadar bayaran yang menarik. 

Orang ramai yang berminat untuk menyewa kereta elektrik ini perlu berdaftar dengan COMOS untuk mendapatkan kad keahlian. Terdapat 3 jenis keahlian.

1. Tahunan - RM300
2. Bulanan - RM 50
3. Mingguan - RM 25

Ada perkara menarik menanti pengguna yang mendaftar awal iaitu yuran tahunan rm300 itu hanya dikenakan sebanyak rm50 sahaja. Satu peluang yang tak harus dilepaskan oleh korang. 

Untuk kadar sewa kereta elektrik COMOS pula, RM8 akan dikenakan untuk 15 minit penggunaan. Tempoh MINIMUM menyewa pula adalah 30 minit. 

Tunggu kejap! Jangan nak suka sangat. Belum masa lagi untuk terkinja-kinja keriangan. Ada beberapa perkara lagi yang menarik akan ditawarkan pada korang. Antaranya :-

- Promosi diskaun sebanyak 25% ke atas caj penggunaan untuk 3 bulan pertama iaitu dari RM 8 kepada RM 6 untuk setiap 15 minit.

- Kadar tetap untuk sewaan 6 jam dan ke atas di mana pengguna hanya perlu membayar untuk maksima 6 jam dan memulangkan semula kereta elektrik tersebut sebelum jam 10 malam.

- Dalam masa terdekat, COMOS akan memperkenalkan pakej keahlian korporat, khas untuk badan korporat dan organisasi dengan diskaun khas keahlian dan caj penggunaan. 

Bagi aku itu semua adalah satu tawaran yang agak menarik. Yelah, semakin murah harga sewa yang ditawarkan, semakin ramai akan berminat untuk menyewa kereta ni kan? Apa lagi kadar yang ditawarkan tu dah termasuk sekali kos mengecas kereta elektrik tu.  Aku pun boleh dengan senang hati menyewa kereta elektrik ni sekali-sekala untuk bawa Elizabeth Tan pusing-pusing KL. Eh...

Ok, jom kita tengok pulak macam mana rekabentuk kereta-kereta elektrik tu dengan lebih dekat. Kereta-kereta elektrik yang disediakan bagi aku menarik dari segi bentuknya. Sehingga kini ada dua jenis kereta elektrik yang ditawarkan iaitu Renault Twizzy dan Renault Zoc. 

Renault Twizzy

Kepada golongan-golongan muda terutama kaum wanita pasti sukakan reka bentuk kereta elektrik jenis ni disebabkan rekaannya yang amat comel dan kecil. Mudah dikendalikan kerana saiznya yang amat kecil. Amat selesa sekali untuk dipandu di dalam KL yang sememangnya terkenal dengan kesesakan lalu lintas tahap kritikal.

Renault Twizzy merupakan kereta elektrik Ultra Kompak yang berkelajuan maksimum 80km/j. Renault Twizzy ni mempunyai dua pilihan samada Single Seat ataupun Double Seat. Jenis Double Seat ni agak unik sebab ia mirip pemanduan sebuah motor di mana pemandu di depan dan penunggang di belakang. 

COMOS KERETA BERKUASA ELEKTRIK PENUH YANG PERTAMA DI MALAYSIA, PERKHIDMATAN SEWA KERETA ELEKRTIK COMOS DI KUALA LUMPUR DAN LEMBAH KLANG, KADAR SEWA KERETA DI KUALA LUMPUR DAN LEMBAH KLANG
Renault Twizzy Single Seat.
COMOS KERETA BERKUASA ELEKTRIK PENUH YANG PERTAMA DI MALAYSIA, PERKHIDMATAN SEWA KERETA ELEKRTIK COMOS DI KUALA LUMPUR DAN LEMBAH KLANG, KADAR SEWA KERETA DI KUALA LUMPUR DAN LEMBAH KLANG
Renault Twizzy Double Seat
Renault Zoc

Renault Zoc pula adalah kereta elektrik yang sesuai buat golongan yang berkeluarga. Ia sama seperti kebiasaan kereta-kereta di luar sana yang mempunyai 4 tempat duduk. Cuma yang membezakannya dengan kereta-kereta yang lain tentulah ianya berkuasa elektrik 100%. 

Renault Zoc ni pula berkelajuan lebih sikit daripada Renault Twizzy tadi dengan kelajuan maksimumnya adalah 135km/j. 

COMOS KERETA BERKUASA ELEKTRIK PENUH YANG PERTAMA DI MALAYSIA, PERKHIDMATAN SEWA KERETA ELEKRTIK COMOS DI KUALA LUMPUR DAN LEMBAH KLANG, KADAR SEWA KERETA DI KUALA LUMPUR DAN LEMBAH KLANG

COMOS KERETA BERKUASA ELEKTRIK PENUH YANG PERTAMA DI MALAYSIA, PERKHIDMATAN SEWA KERETA ELEKRTIK COMOS DI KUALA LUMPUR DAN LEMBAH KLANG, KADAR SEWA KERETA DI KUALA LUMPUR DAN LEMBAH KLANG
Rekabentuk Renault Zoc. Tampak menawan dan elegan.
Menarik kan? Dengan penggunaan kuasa elektrik sepenuhnya, sudah tentu korang dapat menjimatkan perbelanjaan minyak korang. Apalagi harga minyak pun baru je naik lagi kan? Program ni satu program yang amat tepat pada waktunya. 

Jangan risau tentang kuasa elektrik kereta ni. Terdapat 10 buah stesen pengecas kereta elektrik ni di sekitar Lembah Klang. Antaranya LRT BANGSAR, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kampus KL, Jalan Munshi Abdullah, Monorail Medan Tuanku Dan Universiti Malaya (UM), LRT Universiti, LRT Asia Jaya, LRT Kelana Jaya, Lorong P.Ramlee dan Stesen KL Sentral.

COMOS KERETA BERKUASA ELEKTRIK PENUH YANG PERTAMA DI MALAYSIA, PERKHIDMATAN SEWA KERETA ELEKRTIK COMOS DI KUALA LUMPUR DAN LEMBAH KLANG, KADAR SEWA KERETA DI KUALA LUMPUR DAN LEMBAH KLANG

COMOS KERETA BERKUASA ELEKTRIK PENUH YANG PERTAMA DI MALAYSIA, PERKHIDMATAN SEWA KERETA ELEKRTIK COMOS DI KUALA LUMPUR DAN LEMBAH KLANG, KADAR SEWA KERETA DI KUALA LUMPUR DAN LEMBAH KLANG

Nampak tak.Sudah ada lima stesen LRT yang telah diubah kepada stesen EV COMOS dan jumlah ini akan meningkat dari semasa ke semasa untuk memenuhi keperluan dan keselesaan komuniti Malaysia. Tak perlu risau tentang ni ye. Lagipun, sebelum korang pandu kereta elektrik ni, ia dah pun dicas untuk mengelakkan kehabisan kuasa. 

Layari http://www.comos.com.my/ untuk segala maklumat lanjut. 

Korang juga boleh luangkan beberapa minit korang untuk menonton video di bawah untuk mengetahui bagaimana cara untuk membuat tempahan, menggunakan kereta elektrik ini dan juga mengecas kereta elektrik ni. 

COMOS KERETA BERKUASA ELEKTRIK PENUH YANG PERTAMA DI MALAYSIA, PERKHIDMATAN SEWA KERETA ELEKRTIK COMOS DI KUALA LUMPUR DAN LEMBAH KLANG, KADAR SEWA KERETA DI KUALA LUMPUR DAN LEMBAH KLANGAku difahamkan program ini merupakan program pertama yang dilakukan di Asia Tenggara. Dan juga merupakan kereta elektrik pertama yang ada di Asia Tenggara. Menarik kan?

6 comments.. read them below or add one

amir zahari amir zahari 02 June, 2015
Nak bawa felixia yeap la..
Mira Adzlia Mira Adzlia 02 June, 2015
wow.....kereta eletrik eh..jd jakun jap..hihi
Dunia Zumal Dunia Zumal 02 June, 2015
Comelnya kereta elektrik tu... Teringin nak drive ^-^
mas saari mas saari 03 June, 2015
menarik dan jimat!
tapi anak ramai tak sesuai ler.. heheheee
Uncle Zuan Uncle Zuan 07 June, 2015
hmmm macam ada nampak je haritu
farisya farisya 11 June, 2015
dah ada betul ke ni??..nampak macam menarik tu...bayaran tu pun macam affordable jeh...