SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN

Sediakan payung sebelum hujan. Tak kiralah hujan renyai ke, hujan lebat ke, hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri ke. Peribahasa 'Sediakan Payung Sebelum Hujan'  ni memang sesuai sangat dengan kehidupan seharian kita. Apa maksud peribahasa ni? Bagi yang tak tau, maksud peribahasa ni adalah berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana

Apa yang aku nak ceritakan ni sebenarnya ada kaitan dengan kisah 6000 Crew-Crew Mas yang dibuang baru-baru ni. Aku sangat simpati pada nasib dorang. Tapi apa yang boleh dibuat lagi? Ia sudah pun terjadi. 


APA MAKSUD SEBENAR PERIBAHASA SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN, APA YANG PERLU KITA LAKUKAN BILA DITIMPA MASALAH KEWANGAN HARTA DAN WANG RINGGIT, APA YANG PERLU DILAKUKAN BILA DIBUANG KERJA

Sebenarnya aku amat faham apa yang dorang rasa. Sebab aku mengalaminya sendiri. Aku sedang mengalaminya. Dan baru saja mengalami. Cuma bezanya, aku di cuti kan tanpa gaji. Dah masuk 3 bulan. 

Aku kerja dengan sebuah syarikat Construction selama ni. Tapi dah 3 bulan aku di cuti kan tanpa gaji sebab syarikat tu mengalami masalah kewangan.  Jadi, syarikat ni tak ada pilihan selain memberi cuti tanpa gaji pada staf-stafnya. 

3 bulan tanpa gaji. Rasa-rasa macam mana aku nak Survive. Tapi Alhamdulillah. Aku masih boleh hidup. Aku masih boleh bertahan. Sebab aku dah sediakan payung sebelum hujan

Sebenarnya dalam pada aku bekerja dengan Company Construction tu, macam-macam kerja Part Time dan kerja-kerja Online aku buat. Part Time yang paling banyak membantu aku Survive adalah pasang pelamin. Sebenarnya niat asal aku buat macam-macam kerja ni adalah untuk tambah duit poket aku. Almaklumlah, gaji kecik kadang-kadang sampai aku tak makan sebab tak cukup duit. Jadi, aku buat macam-macam supaya aku taklah berada dalam keadaan yang tersepit sangat. Kalau rasa tersepit tu rasa macam dibelai manja Elizabeth Tan takpe jugak, ni tersepit sampai ko rasa tak semangat nak hidup. Jadi, aku buat macam-macam untuk tambah pendapatan. At Least aku boleh belanja awek minum Air Fresh Oren. 


APA MAKSUD SEBENAR PERIBAHASA SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN, APA YANG PERLU KITA LAKUKAN BILA DITIMPA MASALAH KEWANGAN HARTA DAN WANG RINGGIT, APA YANG PERLU DILAKUKAN BILA DIBUANG KERJA,

Alhamdulillah. Kerja-kerja Part Time tu lah yang menyelamatkan aku dikala secara tiba-tiba musibah dan dugaan datang menerpa pipi gebu Flawless aku ni. Aku sendiri tak menyangka kerja-kerja Part Time aku ni sebenarnya adalah Back Up Plan aku di kala musibah melanda. Aku sendiri tak menyangka kerja-kerja Part Time ni penyelamat aku. Perancangan DIA memang sangat Special. 

Kalaulah sebelum ni, aku tak buat Part Time... kalau lah sebelum ni aku malas cari duit... dan kalaulah sebelum ni aku masih lagi jadi kaki lepak macam dulu... aku rasa dah tentu-tentu sekarang ni aku dah terduduk dan terjelopok jatuh ke tanah. Tak guna juga berwajah kacak berkulit sawo matang Flawless sikit tapi terkulai layu ditimpa musibah. Alhamdulillah. 


APA MAKSUD SEBENAR PERIBAHASA SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN, APA YANG PERLU KITA LAKUKAN BILA DITIMPA MASALAH KEWANGAN HARTA DAN WANG RINGGIT, APA YANG PERLU DILAKUKAN BILA DIBUANG KERJA
Alhamdulillah. Kerja Part Time pasang pelamin ni banyak membantu aku Survive bila ditimpa musibah macam ni, 
Jadi apa yang aku nak sampaikan kat sini, apa sekalipun yang kita buat, kita kena sediakan Back Up Plan. Kita kena buat sesuatu untuk mengelakkan kita rebah bila ditimpa sesuatu musibah. Nak tak nak kita kena Do Something. Wow. Aku dah pandai Speaking. 

Apa yang menimpa 6000 Crew Mas dan apa yang menimpa aku diri aku sendiri boleh dijadikan iktibar buat korang semua. Kita tak boleh selesa dengan apa yang kita ada. Sebab kita tak tau apa yang kita ada tu akan bertahan dan milik kita selamanya atau tak. Jadi, sediakan payung sebelum hujan. 

Di kesempatan ni aku memohon korang semua sama-sama mendoakan 6000 Crew Mas yang dibuang tu dimudahkan segala urusan mereka. Dan... jikalau sudi, doakan aku sekali ye. Doakan Company bos aku tu kembali pulih seperti dulu dan aku dapat kembali kerja seperti biasa.  

APA MAKSUD SEBENAR PERIBAHASA SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN, APA YANG PERLU KITA LAKUKAN BILA DITIMPA MASALAH KEWANGAN HARTA DAN WANG RINGGIT, APA YANG PERLU DILAKUKAN BILA DIBUANG KERJAAku selalu yakin yang Allah menimpakan musibah kepada hambaNYA kerana dia mengasihi dan menyayangi hambaNYA itu. Kita yang sering ditimpa musibah ni sepatutnya bersyukur dan jangan sesekali mengeluh. Kerana kita manusia yang sangat bertuah. Dan lagi satu.. aku sentiasa yakin yang Allah takkan menguji hambaNYA di luar kemampuan hambaNYA. Jadi.. kita kena bersabar. Segala yang terjadi ada hikmahnya. Inshaa Allah ada ganjaran buat kita yang bersabar ni.

6 comments.. read them below or add one

idzwa kamaruddin idzwa kamaruddin 05 June, 2015
well done...tepuk bahu sikit!
Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid 05 June, 2015
samalah kita, tengah sediakan berpayung-payung ni ha... he he he...
Sani Sani 07 June, 2015
Moga dipermudahkan segala urusan dan dibukakan rezeki yang melimpah ruah..:-)
Uncle Zuan Uncle Zuan 07 June, 2015
klu diorang nak, buat la business. rezeki ada di mana mana :)
Ipah Kholipah Ipah Kholipah 09 June, 2015
kebetulan di daerah saya sekarang lagi musim hujan hehe jadi selalu sedia sebelum ujan :)
MRS FARISH MRS FARISH 11 June, 2015
Bak kata dak dak sekarng "Jgan cakap akak/abang tak payung". HAHA. Pakcik cida pon kerja mas. Alhamdulillah terselamat dari dibuang. Mmg bedebor gak la nk tggu surat sampai kerumah.