Apa Akan Jadi Jikalau Tun M, Muhyiddin Dan Khalid Ibrahim Bergabung?

Aku terbaca satu status daripada sorang kawan lama. Statusnya lebih kurang tajuk blog aku ni. Apa akan jadi kalau tiga nama besar dalam dunia politik ni bergabung? Adakah akan menjadi seperti gabungan Son Goku dan Bezita? Dem. Susah betul aku nak serius. Ok, apa akan jadi?

Itu satu persoalan yang sangat-sangat menarik untuk diperhatikan tu. Ketiga-tiga nama tu mempunyai pengikut sendiri, dan tak keterlaluan aku katakan yang mereka antara yang memiliki pengikut yang agak ramai dalam Malaysia. Tun M sudah ternyata memiliki pengikut hampir majoriti rakyat Malaysia, Khalid Ibrahim pulak memiliki ramai pengikut dalam negeri Selangor dan Muhyiddin pulak sejak dua menjak ni mula mengumpul ramai pengikut semenjak beliau amat tegas dalam isu 1Mdb.

Aku nampak ada sesuatu yang mungkin boleh dilakukan kat situ. Aku nampak mungkin ada satu sinar baru buat rakyat Malaysia untuk melepaskan diri daripada cengkaman pemerintah kuku besi yang amat kejam yang ada sekarang ni. Mungkin sesuatu boleh dilakukan untuk melepaskan Malaysia daripada cengkaman pemerintah yang amat kejam sekarang ni jika mereka bertiga bersatu  dan bergabung.

Ini hanya pandangan peribadi aku saja. Mungkin sesuatu boleh dilakukan, dan mungkin juga tak. Aku tak tau. Pucuk pangkal hanya pada dorang bertiga. Cuma apa yang aku nampak sekarang, rakyat Malaysia semakin tertekan apabila tidak ada lagi orang yang sudi berjuang untuk nasib rakyat di dalam susunan kabinet terbaru ni.

Yang ada hanya lah pak turut, tukang jilat, dan tukang kipas yang hanya nak jaga kepentingan poket dan jawatan sendiri. Aku tak nampak pun muka-muka yang sanggup dan lantang berjuang untuk nasib rakyat kat bawah ni.

Maafkan aku. Aku bukan blogger politik. Dan aku tak nak pun jadi blogger politik ni. Sebab politik sangat memeningkan. Sangat pusing. Pusing sana pusing sini. Tapi, aku dah tak dapat nak sabar lagi dengan senario politik sekarang ni. Aku rasa nasib aku dan jutaan rakyat Malaysia yang lain amat kelam selepas ni...

Sekali lagi soalan aku.. Apa akan jadi kalau Tun M, Muhyiddin dan Khalid Ibrahim bersatu dan bergabung? Apa akan jadi bila nama-nama besar tu bersatu di kala sokongan terhadap kerajaan sekarang ni dah hampir tak ada. Mungkin yang ada sekarang ni hanya tinggal 20%. Apa akan jadi?


Susulan rombakan kabinet yang dilakukan Najib, Muhyiddin Yassin disingkirkan.Rakyat semakin dihimpit, tapi kenapa tak dipedulikan langsung? Aku cuma berharap sangat-sangat agar PRU akan dibuat esok. Aku tak teragak-agak nak keluar subuh-subuh dan beratur seawal pagi semata-mata nak ajar kerajaan yang ada sekarang ni. Dan korang sepatutnya bersyukur, aku sesabar Raden Amzar yang sangat penyabar orangnya. Dan begitu jugak rakyat Malaysia yang lain. Tapi sayang, kesabaran kitorang langsung tak dihargai. Muktamad. Tak ada lagi bagi muka. PRU depan, kompem tukar. 

{ 10 comments.. read them below or add one }

Dunia Zumal Dunia Zumal 28 July, 2015
Zumal orang pertama nak support ^-^
CintaHati Lina CintaHati Lina 28 July, 2015
Dunia zaman fitnah.. moga Allah juga bagi cash pada mereka2 yg menzalimi rakyat...
sue sue 29 July, 2015
gerun memikirkan nasib kita semua sbgai rakyat di masa hadapan selagi pemimpis yang tidak jujur dan tidak telus masih berkuasa..

Smga Allah lindungi kita semua
mizz yatiey mizz yatiey 29 July, 2015
meletop lah jawabnya...
MY tetap sayangkan DR.M
M.Syamsid Dhuha M.Syamsid Dhuha 29 July, 2015
Your point quite true . Tapi satu je saya hendak ! mahu adanya "kerjasama" bukan merusuh sana sini . Mungkin some issue about DS Najib is still clueless kan. Lagi lagi isterinya keh3 ( Ok tolak ketepi personal matters ). Ok lets get straight to the point . I hope "kerjasama" like wonderpet "work as a team" sedia dibantu dan membantu macam negara lain contohnya jepun ( Dorg lagilah banyak scandal bagai ) tapi rakyatnya dan PM mereka dibelenggu masalah "They work as ONE" :D
QasehnyaRania QasehnyaRania 29 July, 2015
pening. dan memeningkan
sedeynya lahai tan sri muhyidin terus digugurkan..
Mira Adzlia Mira Adzlia 29 July, 2015
politik Malaysia semakin kucar-kacir.rakyat yg jd mangsa....hmmm..rombakan dikatakan utk kepentingan ptadbiran negara. walhal utk kpentingan diri sndri..dunia..dunia
fairus fairus 29 July, 2015
Semoga TSMY terus tabah..
ma ❥ ma ❥ 29 July, 2015
cuma takut dengan nasib di masa depan. apalah nak jdi dgn Malaysia nii.
Myra Jay Myra Jay 30 July, 2015
Cheq sokong kalau mereka bergabung...
Mana tau kan... ;)