APABILA BUDAYA, JUBAH DAN BAHASA JADI KEUTAMAAN

Aku ada terbaca satu artikel yang mengadu dan mengeluh kesah tentang penggunaan jubah yang menjadi budaya orang Arab kini dah meresap ke dalam jiwa orang-orang Melayu. Katanya sekarang, punya susah nak jumpa perempuan melayu berbaju kurung dan jugak baju kebaya.

APABILA BUDAYA MELAYU DITELAN BUDAYA ARAB, GAMBAR AWEK-AWEK MELAYU PAKAI JUBAH SELFIE, JUBAH, BUDAYA, BAHASA ARAB,
GAMBAR PEREMPUAN MELAYU BERJUBAH SELFIE. Comel apa. Hampir sempurna dorang tutup Aurat. SUMBER
Katanya lagi,  malahan bahasa Arab pun dah mula jadi mainan bibir munggil macam Iftar (bukak puasa), Dua (doa), solat (sembahyang), dan Elizabeth Tan (buah hati). Hahaha. Tang buah hati tu aku kencing je.

Aku tak tau apa masalahnya kalaupun budaya Arab dah meresap ke dalam jiwa orang Melayu kat Malaysia. Tu bukan masalah. Itukan budaya je. Budaya. As long ia tak merosakkan akidah, aku rasa tak ada masalah. Lainlah kalau guna jubah, cara hidup pun kena tukar. Dah tak boleh ikut apa yang di suruhNYA. Itu yang salah.

Aku tak faham kadang-kadang dengan orang Melayu yang lebih pentingkan adat dan budaya ni. Tapi yang peliknya tu, pakai baju Tshirt, seluar Jeans, topi, kemeja, kot, dan jugak skirt yang kadang-kadang pendek sampai nampak bucu spender tak pulak dibisingnya. Tu terang lagi nyata budaya orang Barat. Kenapa tak nak bising pulak?

Guna bahasa Arab salah, tapi bila guna Bahasa Omputih boleh pulak.

" May I Help You Sir?"

" Cikgu! Saya dah tak tahan dah ni. Ada kat hujung-hujung dah taik ni. Boleh tak saya nak pergi TOILET?"

" You nampak cantik lah hari ni.. I rasa malam ni I pasti angaukan You. Malam ni I nak bawak You pergi Dinner kat Menate. You want?"

Haa! Yang ni tak nak pulak bising. Kenapa? Dah terang-terang terpengaruh dengan budaya Barat. Kenapa tak nak bising?

Ni pandangan peribadi aku. Depa nak sarung baju jubah, lantak depa lah. Lagi bagus depa sarung jubah tu daripada pakai tshirt, kemeja, seluar jeans, skirt, baju kurung dan jugak baju kebaya yang ketat sendat terjojol bukit sampaikan aku sendiri hampir-hampir terbatal puasa sebab tertengok pemandangan bukit bukau tu.

Tuan, lebih baik tuan fokus pada masalah-masalah kerosakan akhlak yang melanda anak-anak muda kita daripada fokus pasal budaya Melayu ni. Kalau tuan nak tau, budaya orang Melayu ni tak menjadikan seorang Melayu tu semakin dekat pada ALLAH. Tuan cakap majoriti orang Melayu tak dapat bezakan antara Arab dan Islam, sama jugak lah tu. Jadi lebih baik tuan fokus pada masalah-masalah kerosakan akhlak anak-anak muda Melayu sekarang ni. Dekatkan balik dorang pada Islam. Jangan jadikan isu budaya dan jubah ni sebagai isu utama sekarang. Islam no1, budaya no2.


APABILA BUDAYA MELAYU DITELAN BUDAYA ARAB, GAMBAR AWEK-AWEK MELAYU PAKAI JUBAH SELFIE, JUBAH, BUDAYA, BAHASA ARAB, Sikap terlalu pentingkan budaya ni lah yang buatkan orang Melayu susah nak kahwin dan berapa ramai yang tak kahwin-kahwin sebabkan pentingkan budaya dan adat ni. 







5 comments.. read them below or add one

Yana Nana Yana Nana 06 July, 2015
cun ke pe.. apedehal lah diorang nie
Suhaila Su AnNajah Suhaila Su AnNajah 07 July, 2015
betul! saya setuju. biaq pi la jubah... lain tak pakai pape..huhu
fairus fairus 07 July, 2015
Setuju apa yang kau tulis ni bro.. Walaupun muka lu nampak gengster, tapi lu ada juga hati nak tulis pasal adat dan adb.. :)
Alin Marlini Alin Marlini 08 July, 2015
Yezza...as long x myusahkan ok je pkai jubah...tp mmg btllah....zaman skrg jarang nmpk gadis berbaju kurung
Uncle Zuan Uncle Zuan 08 July, 2015
mintak maaf cakap, orang kita ni macam lalang, ikut angin. tak pernah jadi macam padi makin berisi makin tunduk