BERBUKA PUASA IKAN BAKAR DENGAN EX CLASSMATE

Ni baru kali pertama aku dengan Ex Classmate berbuka bersama. Rancangan yang diatur tak sampai sebulan berjalan dengan jayanya. Salah sorang kawan kelas cadangkan berbuka puasa kat Bandar Baru Selayang. Ada restoran yang sediakan lauk ikan bakar. FoodCourt Bandar Baru Selayang. Betul-betul kat bulatan.

Hmm.. Mula-mula aku rasa macam berat pulak. Ikan bakar ni aku tak berapa minat sangat. Aku takut bila makan, kulit aku bertambah hitam. Tapi lepas aku Google, ternyata apa yang aku takutkan tu sebenarnya agenda Freemason semata-mata untuk memesongkan aku. Jadi, aku terus bersetuju dengan penuh keyakinan dan ketaksamaan.

Sampai kat sana, penuh meja dengan lauk ikan bakar. Ada ikan keli, ada ikan pari, ada ikan siakap, ada sotong, ada sayur, ada ikan kekek mak iloi iloi dan ada nasik. Tapi air tak ada. Hahaha. Ternyata kitorang gagal untuk menganjurkan majlis berbuka puasa dengan sempurna. Aku terfikir-fikir macam mana nak batalkan puasa. Biasanya aku mula dengan air. Sampai terfikir adakah perlu aku korek hidung sedalam-dalamnya. Nampak macam manusia tak bertamadun pulak korek hidung penuh keriakan di khalayak ramai.

Tapi masalah dapat diatasi. Kitorang ambik Jug dari kedai sebelah, lepas tu tuang air dari bazar ramadhan. Nasib baik banyak air tu.

BERBUKA PUASA MENU IKAN BAKAR, IKAN KELI BAKAR, IKAN SIAKAP BAKAR, IKAN PARI BAKAR
Nampak air tak ada. Hahaha.
BERBUKA PUASA MENU IKAN BAKAR, IKAN KELI BAKAR, IKAN SIAKAP BAKAR, IKAN PARI BAKAR,
Cuba teka mana satu aku.
BERBUKA PUASA MENU IKAN BAKAR, IKAN KELI BAKAR, IKAN SIAKAP BAKAR, IKAN PARI BAKAR,

BERBUKA PUASA MENU IKAN BAKAR, IKAN KELI BAKAR, IKAN SIAKAP BAKAR, IKAN PARI BAKAR,

Lepas kenyang berbuka puasa, apa lagi. Selfie dulu sebelum balik. Nampak tak betapa sucinya kitorang. Lepas berbuka terus balik rumah. Bertuah gadis yang berjaya menjadikan aku sebagai bakal suami dia.

BERBUKA PUASA MENU IKAN BAKAR, IKAN KELI BAKAR, IKAN SIAKAP BAKAR, IKAN PARI BAKAR,

BERBUKA PUASA MENU IKAN BAKAR, IKAN KELI BAKAR, IKAN SIAKAP BAKAR, IKAN PARI BAKAR,
Pose yang paling kitorang suka. Sumbat semua dalam kereta. Aku pulak hulurkan kepala dari luar masuk ke bonet. Unik kan.
Thanks ye tawan-tawan. Lepas ni kita buat program raya pulak ye. Dan program tu kita buat-buat lupa lagi nak sediakan air. Menarik tu. Hahaha.

BERBUKA PUASA MENU IKAN BAKAR, IKAN KELI BAKAR, IKAN SIAKAP BAKAR, IKAN PARI BAKAR, Masa di seluruh dunia dah tambah 1 saat. Matahari pun kalau ada yang perasan dah timbul senget sikit. Sudah makin dekat kita semua.. Cukup dah ke bekalan kita semua kat sana nanti. Masihkah kita leka dan masih hidup di jalan yang dilarangNYA? 


5 comments.. read them below or add one

Uncle Zuan Uncle Zuan 01 July, 2015
susah nk jmpa dgn mbr2 skolah. den nak ajak mbr U iftar pun susah inikan budak skolah
Ipah Kholipah Ipah Kholipah 01 July, 2015
mantap bukbernya mas :)
Alin Marlini Alin Marlini 02 July, 2015
makan ikan bakar boleh itam??pestime dengar...hehehehhe