Guna Ilmu Geografi Untuk Mohon Permit Majlis Daerah

Baru kejap tadi aku ke Majlis Daerah Hulu Selangor (MHDS) untuk mohon permit pacak khemah kahwin atas jalan. Aku ingatkan main redah macam tu je dengan hanya berbekalkan wajah yang sangat tampan aku tonjolkan dan sedikit keazaman yang membara dalam hati. Rupanya ada jugak sedikit prosedur untuk memohon permit tu dan ada dokumen yang perlu korang sediakan. Jom aku tunjukkan cara-cara untuk memohon permit pacak khemah kahwin daripada Majlis Daerah Hulu Selangor.

PROSEDUR DAN CARA-CARA MEMOHON PERMIT UNTUK PASANG KHEMAH KAHWIN DARIPADA MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR MHDS, DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMOHON PERMIT KHEMAH KAHWIN DI MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR MHDS

Cara-cara dan dokumen yang diperlukan untuk memohon permit memasang khemah kahwin daripada Majlis Daerah Hulu Selangor (MHDS) :-

1. Borang mohon permit
- Yang ni boleh dapat kat kaunter lesen dan permit masa korang nak pergi mohon kat sana.

2. Salinan I.C
- Yang ni elok korang sediakan daripada rumah. Boleh jugak buat masa kat sana tapi dorang akan cas. 40 sen untuk satu salinan. Rugi 30 kupang woo. Zaman GST ni, sekupang pun bermakna.

3. Sediakan RM20.00++
- RM 20.00 permohonan permit untuk dua hari. (sabtu dan ahad)
- RM 1.00 untuk borang
- RM 0.05++ untuk GST. Heh heh. Tak ada apa pun yang terselamat daripada GST.

4. Pelan lokasi perkahwinan yang ada dalam kad jemputan kahwin.
- Yang ni dorang akan minta untuk dikepilkan bersama borang permohonan.

PROSEDUR DAN CARA-CARA MEMOHON PERMIT UNTUK PASANG KHEMAH KAHWIN DARIPADA MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR MHDS, DOKUMEN YANG PERLU UNTUK MEMOHON PERMIT DI MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR MHDS,

PROSEDUR DAN CARA-CARA MEMOHON PERMIT UNTUK PASANG KHEMAH KAHWIN DARIPADA MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR MHDS, DOKUMEN YANG PERLU UNTUK MEMOHON PERMIT DI MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR MHDS,

Yang jadi masalah kat aku tadi, aku tak ada kad jemputan kahwin. Jadi, orang kaunter tu suruh aku lukis pakai tangan. Dem! Ini yang aku lemah ni. Sedangkan masa sekolah dulu pun aku antara pelajar yang memiliki markah paling rendah dalam matapelajaran ni. Kalau nak lukis orang lidi tu memang aku terel lah. Ni nak kena lukis pelan lokasi kahwin pulak.

Aku tarik nafas panjang-panjang. Aku tenangkan hati. Aku fokus. Aku ingat balik subjek Geografi yang pernah aku belajar dulu. Aku fikir betul-betul apa yang ada dalam buku teks Geografi jilid 43 yang sekolah aku pinjamkan dulu kat aku. Aku cuba ingat apa yang ada dalam muka surat 16. Yes! Aku dapat ilham. Perlahan-lahan aku adaptasikan ilmu Geografi tu kat atas borang yang aku dapat tu. Alhamdulillah! Berjaya!!! Huh! Terel jugak aku.

PROSEDUR DAN CARA-CARA MEMOHON PERMIT UNTUK PASANG KHEMAH KAHWIN DARIPADA MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR MHDS, DOKUMEN YANG PERLU UNTUK MEMOHON PERMIT DI MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR MHDS,

PROSEDUR DAN CARA-CARA MEMOHON PERMIT UNTUK PASANG KHEMAH KAHWIN DARIPADA MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR MHDS, DOKUMEN YANG PERLU UNTUK MEMOHON PERMIT DI MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR MHDS,

Bangga aku masa serahkan borang ni dengan lukisan aku kat orang kaunter tu. Sikit lagi kantoi lubang hidung aku yang kembang kempis kembang kempis. Aku tengok dia usyar aku lain macam. Mesti dia tengah terlampau kagum dengan aku tu. Terus aku buat muka eksyen. Dah dapat permit aku terus Chow dengan rasa bangga yang membuak-buak tersemat rapi di dalam jiwa.

PROSEDUR DAN CARA-CARA MEMOHON PERMIT UNTUK PASANG KHEMAH KAHWIN DARIPADA MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR MHDS, DOKUMEN YANG PERLU UNTUK MEMOHON PERMIT DI MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR MHDS,
Dah ada permit, aku sebat pakai rotan kalau ada yang kacau majlis kahwin tu nanti.

Jadi kalau korang nak mohon permit pasang khemah untuk majlis perkahwinan, korang kena sediakan dokumen-dokumen yang lengkap untuk memudahkan urusan korang tu. Owh, permit ni hanya perlu untuk korang pacak khemah kat kawasan taman ataupun kawasan kampung jikalau khemah korang tu dipacak atas jalan. Untuk perkahwinan kat dewan, tak perlu permit daripada Majlis Daerah.

PROSEDUR DAN CARA-CARA MEMOHON PERMIT UNTUK PASANG KHEMAH KAHWIN DARIPADA MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR MHDS, DOKUMEN YANG PERLU UNTUK MEMOHON PERMIT DI MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR MHDS, Boleh je pacak khemah tanpa mohon permit dari majlis, tapi aku takut akan timbul masalah di kemudian hari. Contohnya jiran mengadu domba kat majlis yang aku mengganggu jalan. Jadi lebih baik aku ambik jalan selamat. 

3 comments.. read them below or add one

mizz yatiey mizz yatiey 27 July, 2015
kat tempat MY tak de lah sampai mcm tu sekali, mungkin sbb nak letak kat jalan raya..itu yg bermasalah sikit, kalau perumahan, seperti taman2 rasanya tak perlu
kak gojes kak gojes 27 July, 2015
siapa yg nk kawin boni? wohoho..payah juga d sana nak pacak kemah...