Iklan Popup Di Blog Buat Orang Mula Memboikot Blog

Aku kadang-kadang tak faham blogger-blogger yang pelik ni. Buat blog untuk orang baca ke atau buat blog untuk orang tekan butang x? Aku dah lama perhatikan Trend blogger yang gila letak iklan kat blog. Iklan kalau pacak dalam entri, dalam blog tu Standard. Aku pun buat. Tapi ni iklan yang jenis Popup dan paksa orang untuk klik baru dapat baca artikel. Tu takpe lagi, ni dah tekan dah iklan yang keluar tu tiba-tiba hilang terus artikel yang nak dibaca tu.

Hello Brother. Aku bukan nak dengki. Tapi beragak-agaklah nak dapat Income pun. Aku pun sarung jugak Google Adsense. Tapi tak ada lah sampai tahap kritikal paksa orang klik iklan tu. Fikir tak akibat dia apa? Akibat dia, orang mula rasa menyampah kat blog. Disebabkan korang, blog-blog lain pun turut sama terbabit. Korang punya pasal, berapa ramai orang yang mula memboikot blog. Dengan blogger-blogger lain terbabit sekali. Tak pasal-pasal berapa ramai blogger yang mula hilang pembaca. Sebab Mind Set dia dah mula malas nak klik masuk dalam blog. Bukan boleh baca pun, yang keluar iklan Popup je lebeh.

Blogger lain pun cari makan kat blog. Blogger lain pun pacak iklan kat blog. Tapi jangan lah buat macam tu Brother. Orang mau klik tu terpulang kat dia. Tapi jangan paksa orang untuk klik. Korang je perasan ramai yang masuk dan BACA artikel korang tu, tapi sebenarnya berapa ramai yang masuk lepas tu tekan butang X? Yang jadi masalahnya sekarang, disebabkan jenis memaksa klik ni, blogger yang baik pun kena boikot. Jangan tamak lah Brother.

Macam mana kalau Elizabeth Tan pun dah mula boikot blog aku? Macam mana aku nak bangga tayangkan wajah kacak aku beserta bisep yang sangat berotot dan besar ni kat dia? Blog aku dan kawan-kawan yang lain bukan macam blog-blog dan Website-Website macam SinarHarian, MetroOnline dan jugak UtusanOnline. Dorang dah memang orang kenal dan orang senang masuk sebab orang tau kat sana tak ada iklan-iklan yang paksa orang untuk klik. Tolonglah. Jangan terlampau tamak. Orang lain pun cari makan jugak kat blog. Tapi beretika lah sikit. Ni lah orang cakap, disebabkan nila setitik, rosak susu Anmum yang aku bancuh nak minum ni. Susu apa warna biru. Lainlah Pepsi Blue.


bagaimana cara dan langkah-langkah meletak iklan di blog, iklan popup paksa like di blog sangat menjengkelkanPaksa orang klik... adakah rezeki tu berkat?




{ 15 comments.. read them below or add one }

Zizie Zack Zizie Zack 29 July, 2015
Ahahaha.. rosak peribahasa! Btol tu.. jgn la over sgt. Sikit2 dh la kalau nk cr income pun. Nnt buat rugi diri sendiri je.. tak syok woo blog yg mcm tu.
Misz Nadea Misz Nadea 29 July, 2015
setuju.... menyusahkan... tambah yg kena like bagai.. dah like pun still ada.. yang tggu lelama still tak load2.. panas ati.. memang tutup... dahh spoil mood nak berblogging...
Nadia Johari Nadia Johari 30 July, 2015
haha..tau tkpe..sekali kuar pop up yg susah nk dipadam memang terus pangkah
Dunia Zumal Dunia Zumal 30 July, 2015
Betul tu, kekadang hilang mood nak baca. Kekadang sibuk pangkah iklan entri blog pun tak timbul dah...
✿ Ina Ainaa ✿ ✿ Ina Ainaa ✿ 30 July, 2015
Setuju sangat. Paling meluat bila kena berapa saat baru boleh tekan pangkah. Memang ena tekan pangkah la. Spoil mood
Faziera193 Faziera193 30 July, 2015
hahahah sangat-sangat setuju dengan boni! kalau masuk blog (mcm dari FB), keluar iklan popup and tak boleh masuk selagi tak like, memang Iera tutup terus! hahaha batal niat nak baca..

tunggu je kat ruang comment, akan ada orang yang paste entry tu masuk dalam ruang comment. hehe
Alin Marlini Alin Marlini 30 July, 2015
ada iklan nuffang je...hehehehe...
NurFatihah Che Daud NurFatihah Che Daud 30 July, 2015
Betul tu...kadang2 ada yg tkleh tutup pn...mcm tknk bg baca je...ada yg kene like dulu....
ma ❥ ma ❥ 30 July, 2015
betul2 kalau kat fb kadang tajuk menarik tp mmg takkan click rasa cm malas nak "menabung" secara paksa gitu utk dorg..
zai zamree zai zamree 30 July, 2015
btl...kdg tu cerita best tp bl bab nk kena klik tu klik ni dl trus tekan X kt hunung skali...pdn muka...hahahaha
nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI 30 July, 2015
huu stuju sgt..elok mood nak baca terus cari X.. Haaa kalau rajin mai la balik.. kalau ulang lagi, nantakkan...

lg stu jns iklan duk ikut je mana kt scroll. tu pun rasa angin jee..hahaha
Dkna Abza Dkna Abza 30 July, 2015
terus pangkah pastu dah tak singgah blog tu hahhaaa
Fadzi Razak Fadzi Razak 30 July, 2015
Memang terus pangkah kalau jumpe blog yang macam tu
Zahari Baharum Zahari Baharum 31 July, 2015
Saya pun dah mark nama blog yg mcm tu boikot dan tak masuk langsung walau bagaimana gempak sekali tajuknya.