Isu Zahra - Orang Susah Je Akan Faham Orang Susah

Aku terbaca lebih kurang 30 minit lepas pasal Zahra meluahkan rasa nya terhadap penyerang-penyerang tak bertauliah dia. Berani hangpa no. Tau tak Zahra tu dengan aku siapa? Hangpa tau tak? Ni nak habaq mai sikit. Zahra tu dengan aku, langsung tak ada kena mengena. Dia bukan awek aku.

isu terkini dan terbaru zahra, #zahra, luahan hati zahra di Twitter, zahra pejuang nasib rakyat kebanyakan,
SUMBER
To those who are bashing me on LRT issue, thank you. Saying i'm manja and spoiled, thank you. I'm a girl with no efforts, thank you.
— Lala (@zahra_razly) July 15, 2015
Biadap!
Siapa yg kenal saya tahu mcm mana perangai saya. Yes i'm not married. But i am supporting my parents and brother for a living now.
— Lala (@zahra_razly) July 15, 2015
Dia belum kahwin k.
My parents x boleh lagi bekerja disebabkan kemalangan jln raya. So saya yg menyara mereka skrg.
— Lala (@zahra_razly) July 15, 2015
Korang apa tau?
My dad has no car and naik motor skrg sbb bagi saya pinjam kereta dia. Why?Cause i hv been assaulted twice before.
— Lala (@zahra_razly) July 15, 2015
Kalau jadi apa-apa yang buruk kat Zahra, kesian bakal suami dia!
Saya tidak menyewa rumah kos rm4000. Maksud saya, sebab x mampu tinggal rumah dkt dgn tempat kerja yg kos rm500, ....
— Lala (@zahra_razly) July 15, 2015
Korang ni memang tak faham bahasa rupanya. Maksud dia lain kome paham lain.
...saya perlu duduk berhimpit 8 org serumah utk kurangkan kos rm500 itu.
— Lala (@zahra_razly) July 15, 2015
Dah faham sekarang?
Anda rasa saya x usaha, i'v been working sejak saya belajar lg. buat part time tolong kawan berniaga. Even now.
— Lala (@zahra_razly) July 15, 2015
Sama macam aku! Saling tak tumpah!

Sampai hati korang melukakan hati wirawati kitorang yang comel ni. Korang mungkin pandang rendah kat dia, tapi aku dan ramai lagi golongan-golongan rendah dan kebanyakan tabik dia. Aku tabik dia sebab berani dan bijak. Dia berani dan bijak bertindak di tempat yang tepat dan masa yang tepat. Depan TPM sendiri. Kalau nak harapkan luahan-luahan dan makian kat FB ni, memang TPM langsung tak pandang, tak baca, tak ambik peduli dan tak hijau!

Itu bagi aku peluang yang sangat terbaik untuk menyuarakan apa yang sedang dialami oleh rakyat sekarang. Apa yang dialami oleh anak muda sekarang ni. Point-Point yang dia bagi tu memang terbaik. Aku yakin kalau diberi satu slot untuk TPM menjawab segala Point tu masa tu jugak, aku rasa terkedu TPM. Tak mampu menjawab dah. Paling kuat isu harga rumah. Terdiam aku rasa.

Yang aku heran tu, dah kenapa ada yang tak puas hati dengan Zahra? Dah kenapa ada yang tak setuju dengan tindakan Zahra? Dah kenapa ada yang mengkritik dia? Owh. Mungkin korang dah biasa hidup senang. Lahir-lahir je terus tercampak atas duit. Daripada kecik dah senang. Lahir-lahir je terus hisap rokok bakar pakai duit. Hahaha. Aku dah mula mengarut. Okeh, waras balik.

Korang mungkin tak pernah merasa macam mana duduk di tempat kami-kami ni. Korang tak pernah merasa lagi gaji tak jejak-jejak ke angka RM1500 pun sebulan. Dengan Rm1400 sebulan, apa yang agak-agaknya kitorang boleh buat ye?

Pandanglah sikit. Korang mungkin tak bermasalah dari segi kewangan. Tapi majoriti kami, memang mempunyai masalah dari segi kewangan tu. Aku ni.. Sampai sekarang tak kahwin-kahwin pun sebab tak ada duit. Nak kata aku tak berusaha? Dem. macam-macam dah aku buat. Tapi dengan kelayakan setakat SPM aku ni, agak-agak boleh kaya ke walaupun buat 3-4 kerja satu masa? Tapi takpe. Tak penting tu. Aku pun masih lagi boleh hadap walau perit jugak rasanya.

Mungkin hari raya korang meriah dengan baju baru, langsir baru, songkok baru, selipar baru, stokin baru, kasut baru, sikat baru, spender baru dan segala-galanya bau kedai. Tapi pernah tak korang terfikir ada yang beraya dengan suasana yang amat suram? Langsung tak ada yang baru. Semuanya Recycle (Betul tak ejaan dia ni?). Semua ulang-ulang baju 3-4 tahun yang lepas. Sebab tak mampu nak Shopping baju baru.

Mungkin juadah berbuka puasa korang meriah dengan macam-macam jenis lauk, macam-macam jenis kuih muih. Tapi pernah terfikir tak ada yang hanya buka puasa dengan nasi lauk telur campur kicap Jalen yang manis tu hari-hari. Abang suka kicap Jalen.

Mungkin korang seronok berkereta sana-sini pergi bersiar-siar usyar awek yang berkeliaran tak ada hala tujuan. Tapi pernah tak korang terfikir hanya ada yang bermotor je untuk kegunaan seharian. Kegunaan seharian termasuklah pergi kerja,  hantar anak pergi sekolah. hantar bini pergi kerja, dan beli barang-barang keperluan. Sedangkan kereta pun dah jadi keperluan sekarang. Tapi sebabkan tak berkemampuan, terpaksa jugak tunggang motor buruk tu meredah panas dan hujan. Owh. Mungkin korang tak tau sebab korang tak pernah pandang orang-orang susah ni.

Mungkin setiap hari korang hadap Smartphone-Smartphone canggih korang dan Shopping Online, tapi ada yang hanya mampu pakai Hp baling anjing je untuk jimatkan kos perbelanjaan sehari. Kalau ada Smartphone, itu Smartphone paling murah yang dorang akan sayang gila-gila sebab bagi dorang, itu dah cukup mahal dah.

Mungkin korang boleh labur duit beli keperluan rumah, tapi ada yang terpaksa catu bermati-matian supaya ada jugak baki dan sikit lebihan yang boleh disimpan untuk hadapi keadaan-keadaan terdesak contohnya motor rosak.

Mungkin korang mampu beli macam-macam Gadget, tapi pernah terfikir tak ada yang hanya mampu memandang Gadget-Gadget baru korang tu. Itu pun jeling-jeling sikit je sebab malu nanti orang tengok dia tak mampu nak sambar satu.

Mungkin korang boleh kahwin dengan anak datuk, orang kaya, Tan Sri, tapi tak semua bertuah untuk mendapatkan calon laki sekaya tu. Yang ramainya lelaki-lelaki yang sangat kacak tapi poket kosong. Contoh paling terdekat aku ni haa. Hahaha.

Jangan sebab korang senang, korang tak pedulikan nasib orang-orang yang susah ni. Baru-baru ni kawan aku beli kereta baru untuk berhari raya. Gembira bukan kepalang beliau. Eh.. Tersalah masuk cerita pulak. Baru-baru ni, kawan aku terpaksa jual aset-aset dia termasuklah motor kegunaan seharian untuk Survive disebabkan Business dia Drop. Macam mana dia nak Survive agaknya kalau dengan tekanan ekonomi yang makin kritikal ni?

Aku nak tanya? Pernah rasa tak hidup macam kitorang yang kat bawah ni? Kalau tak pernah, jangan sesekali berani nak mengkritik si comel Zahra tu ye! Kalau nak kritik, rasa dulu hidup macam kitorang kebanyakan ni. Sekurang-kurangnya Zahra menyampaikan apa yang tak pernah sampai-sampai ke Orang-Orang Atasan yang hanya selesa duduk kat dalam bilik, kerusi empuk, hidup dengan kemewahan, makan minum semua Claim, minyak Claim, dan segala-galanya Claim. Sekurang-kurangnya dorang boleh tau yang rakyat kat bawah ni menderita. Kalau Zahra yang gaji boleh tahan jugak tingginya tu pun tertekan, inikan pulak kebanyakan rakyat yang lebih miskin daripada Zahra tu. Kais pagi makan pagi, kasi petang makan petang, kang aku kais ko kang.

Sekarang ni, bukan rakyat-rakyat kebanyakan ni nak mintak duit ataupun sumbangan daripada kerajaan walaupun itu duit hasil kitorang bayar cukai jugak setiap hari setiap bulan. Bukan kitorang mintak dibelikan kereta baru, Smartphone baru, Gadget baru, dan baju-baju raya baru. Bukan kitorang mintak Di Supply Datuk-Datuk dan Datin-Datin untuk dijadikan Sugar Daddy dan Sugar Mummy kitorang.

Kitorang tak perlukan semua tu.  Kitorang walaupun orang susah, tapi bukan cara kitorang untuk memintak-mintak kat kerajaan mahupun orang yang banyak duit. Tapi kitorang mintak agar dibuat sesuatu agar harga-harga barang-barang terutama harga rumah dapat dikawal. Kaji balik perlaksaan GST yang memang terang-terang menyeksa dan membebankan rakyat ni. Yang atas makin kaya, yang bawah makin menderita. Itu lah Statement yang paling tepat sekarang ni. Apa yang kitorang mintak ni pun bukan untuk kitorang je. Tapi ini jugak untuk generasi-generasi kitorang akan datang. Kalau generasi sekarang pun dah terkapai-kapai, macam mana pulak generasi-generasi kitorang akan datang? Bukan terkapai-kapai lagi dah. Tapi boleh sampai tahap terzombi-zombi dah.

Kepada Zahra, biar apa pun orang cakap, abang yang kacak ni akan tetap Support Zahra. Biar apa pun rintangan yang terpaksa kita lalui bersama. Eh.. Rasa nak belanja Zahra makan Maggi dengan air suam je disebabkan keberanian Zahra tu. Apa-apapun, abang yang kacak ni tabik Zahra. Berani menyampaikan apa yang tersurat dalam hati kami-kami ni sejak sekian lama yang tak pernah sampai-sampai kat orang atas.

Okay, penat dah aku membebel. Jom lah layan lagu raya Salam Dunia M.Nasir versi Boni Kacak a.k.a Raden Amzar ni.



isu terkini dan terbaru zahra, #zahra, luahan hati zahra di Twitter, zahra pejuang nasib rakyat kebanyakan, Selamat hari raya Zahra. Selamat hari raya semua. Salam Aidilfitri dan salam 0-0.



6 comments.. read them below or add one

Fyda Noh Fyda Noh 16 July, 2015
Betul tu. Zahra sekadar mengeluarkan pendapatnya, dan dia telah mengatakan yang benar dihadapan orang sepatutnya. Bagi saya, orang yang kritik Zahra tu betul juga, tapi agak sinis sikit kritikan mereka. Sepatutnya sama-sama bantu untuk lebih maju.
oshin oshin 16 July, 2015
setuju jugak ngan zahra...kesian sangat dengan mereka2 yang gigih menaip panjang2 dalam fb semata-mata nak kondem dia...sedangkan dia berdiri meluah di depan pihak2 yang memang patut mendengar tapi yang menaip mcm hero kat fb nak meluah kat siapa...mentaliti memasing kan...hanya yg faham je akan memahami...
muhammad nizam muhammad nizam 16 July, 2015
banyaknya mungkin mungkin mu boni... kelakar dalam sedih pulak baca essay ni...
Nadia Johari Nadia Johari 16 July, 2015
apa nak buat..mulut orang sekarang..konon macam pandai berkata, tapi hakikatnya hanya nak tunjuk pandai..haishh..biarlah zahra nak luahkan apa pun..
Aniey Yusoff Aniey Yusoff 17 July, 2015
Yup, Zahra berani menyuarakan pendapat dia dan pd tmpt yg betul. Menyuarakan bukan bermaksud dia tidak berusaha tp nak sedarkan org atas bahawa ramai lg yg susah di bawah ni..
salmiah awang salmiah awang 22 July, 2015
Saya pernah juga beberapa kali membuat post tentang masalah dan kesulitan golongan bergaji sederhana tapi memang ramai yang tak percaya sebab mereka tak alami sendiri.manusia ni memang tak ramai yang benar-benar prihatin walaupun dimulut mereka menyebut kami prihatin.