Jangan Sampai Tak Boleh Kritik Langsung

Assalamualaikum semua. Puas ke beraya? Aku rasa rata-rata puas. Berseri-seri gambar-gambar korang sambut Syawal ni kan. Berwarna-warni baju raya korang. Hahaha. Tapi aku rasa tak nampak lagi baju melayu Ultraman (Hipster) kawan-kawan aku pakai. Nampaknya fesyen Hipster ni kurang mendapat sambutan. Nasib baik aku tak beli. Kalau tak, habis aku kena kritik sebab jadi mangsa fesyen.

Ok, bukan pasal baju melayu Hipster aku nak cerita hari ni. Hari ni aku nak cerita pasal satu laman Web kena Delete SKMM atas alasan menaburkan fitnah. Aku tak pasti samada betul fitnah sebab aku tak pernah pun jenguk laman Web tu. Kalau betul fitnah, tak apalah. Tapi kalau bukan fitnah? Adakah ia Di Delete sebab takutkan kebenaran terungkap? Yang tu aku tak pasti. Tapi yang pastinya, harap-harap sangat bukan semua akan di Delete oleh SKMM. 

Aku harap blog-blog yang mengkritik kerajaan tak di Delete sebab kalau blog-blog macam tu pun di Delete, maknanya kerajaan memang tak adil. Jangan langsung tak boleh dikritik. Kalau tak boleh dikritik, maknanya korang akan sesuka hati buat macam-macam. Kitorang bukan generasi 'Yes Bos!'. Kitorang bukan generasi pak turut. Kitorang bukan generasi jenis mengangguk kepala je. Yang salah tetap salah, yang betul tetap betul. Kalau dah kerajaan buat salah, takkanlah langsung tak boleh dikritik dan ditegur kan? 

Cuba bayangkan sejenak. Seekor semut bersusah payah dapatkan sebutir gula, tiba-tiba di tengah perjalanan, sang raja semut yang ganas, kejam, berwajah bengis merampas gula tu. Adakah ia adil pada semut yang telah bersusah payah mendapatkan gula tu? Tapi disebabkan sang raja semut adalah penakluk, maka semut tersebut menyerah kalah tanpa melawan ataupun menegur sang raja semut tu.. Adakah ia adil? Kalau macam tu, ia takkan berakhir kat situ je. Ia akan berlarutan. Biar jadi Jebat. Asalkan apa yang sememangnya hak kita tidak dirampas dan digunakan sewenang-wenangnya untuk kesenangan peribadi sang penakluk. Itu tak adil. 

Sang raja semut tak tau macam mana si semut tadi bersusah payah bermati-matian mendapatkan gula tu. Mungkin si semut tadi hampir-hampir dipenyekkan dan dipijak. Atau mungkin semut tadi diserang angin ahmar disebabkan terlalu penat mengangkut gula tersebut. Atau mungkin jugak semut tadi hampir lemas termasuk ke dalam kolam kahak manusia yang busuk, hanyir dan mungkin bau cengkih rokok Surya.

Jadi kesimpulannya kat sini, setiap manusia yang hidup dalam dunia ni, tak terlepas seorang pun.. sememangnya inginkan kehidupan yang diselenggarakan penuh keadilan.  telus dan amanah. 

SKMM, WEBSITE KENA DELETE DENGAN SKMM, BLOG KENA DELETE DENGAN SKMMAdil, Telus Dan Amanah. Itu yang kami semua mahukan.



{ 7 comments.. read them below or add one }

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid 22 July, 2015
#ehhh boni dah tukar template... he he he...
Sally Samsaiman Sally Samsaiman 22 July, 2015
susah nak kata...kerajaan kita ni selalunya cepat sangat melatah...cuit sikit...hbis satu kelambu dibakarnya...
kak gojes kak gojes 22 July, 2015
Kesian semut tu.mmg kejam la raja semut tu...kan. Kdgkala jd jebat mmg bagus...heheheh
nor azman nor azman 22 July, 2015
kadang kita kena akui kelemahan kita..heheheheh
nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI 23 July, 2015
jaga2 blog ini bakal didelete atas akta hasut..hihi..gurau2 jee..

xleh kritik skit mmg jenuhlaaa
ma ❥ ma ❥ 23 July, 2015
kalau silap yang tak boleh ditegur macam mana org tuh nak perbetulkan? salah satu cara nak tegakkan kebenaran.. kalau diam2 cover mengcover punah woo hehe
mizz yatiey mizz yatiey 23 July, 2015
kadang2 org ni berani sangat bersuara, tak blh juga, kalau nak keluarkan sesuatu artikal, biar betul kesahihannya, jangan nak share tak tentu arah...dah share baru tahu berita tu tak betul..kan suaha..itu yg jadi fitnah tu..