Kenapa NASA Asyik Sibuk Cari Planet Gantikan Bumi

Tak berapa lama dulu, NASA sibuk nak buat satu penempatan manusia kat Planet Mars. Dah siap buat rancangan tahun 2023 untuk misi penghantaran manusia ke Planet Mars tu berhasil. Sekarang ni, dah canang pulak jumpa satu lagi planet yang mirip bumi, sepupu bumi katanya. Planet Kepler nama diberi. Hahaha. Dah macam Marang Sekeper pulak nama planet ni. Letak lah sedap sikit. Planet Husnuzon ke, Planet Arigato ke, Planet Elizabeth Tan ke, ataupun Planet Ramli.

RANCANGAN NASA UNTUK MENGHANTAR MANUSIA KE PLANET MARS, PLANET KEPLER YANG MENYERUPAI BUMI DIJUMPAI, AGENDA DAJAL,
Rancangan dan misi untuk mencipta satu penempatan manusia kat Planet Mars. Sumber
RANCANGAN NASA UNTUK MENGHANTAR MANUSIA KE PLANET MARS, PLANET KEPLER YANG MENYERUPAI BUMI DIJUMPAI, AGENDA DAJAL,
Planet Kepler yang dijumpai. Sumber
Bagi aku senang je. Ni pendapat peribadi aku lah ye. NASA ni salah satu daripada cabang Freemason dan juga agen kepada Dajal. Segala-gala yang dorang buat adalah untuk memesongkan pegangan dan akidah kita semua. Kenapa dok sibuk nak cari planet-planet lain pengganti bumi? Sebab dorang takut pada Judgement Day. Dorang takut pada hari kiamat. Dorang tau hari kiamat tu pasti berlaku, dan dorang cuba untuk memesongkan akidah orang-orang yang mempunyai pegangan agama dengan mencipta sesuatu yang kononnya membolehkan manusia mengelak dari menempuhi hari kiamat tersebut. Dengan cara apa? Dengan cara manusia berpindah keluar daripada bumi. Kononnya.

Contoh lain yang dorang reka boleh didapati dalam banyak filem-filem Holywood. Manusia boleh selamat daripada hari kiamat dengan terciptanya kapal-kapal berteknologi hebat padahal filem tu beradaptasi daripada bahtera Nabi Nuh. Itu pun dengan kehendak Sang Pencipta.

Banyak lagi idealogi-idealogi mengarut yang NASA dan geng-geng Freemason ni cipta untuk memesongkan akidah kita semua. Apa yang dorang merapu aku pun tak tau lah. Kalau dah nama hari kiamat, tak ada satu pun yang terselamat walau kuman sekalipun. Korang bukan Superman yang kebal dan tak mati. Korang bukan Terminator yang takkan hancur diserang peluru, Tsunami dan juga lahar gunung berapi. Dan, tak ada satu pun daripada alam semesta ni yang terlepas daripada hari pengadilan. Jangan nak cipta sesuatu yang sememangnya mustahil. Tak ada seorang manusia pun yang mampu melawan kuasa dari Sang Pencipta.

Lainlah dalam filem. Siap boleh melompat mengelak daripada ditenggelami air. Siap boleh tepis lahar gunung berapi menggunakan tangan dan kaki. Siap boleh tembak batu-batu dari gunung berapi yang menghentam bumi. Siap boleh berpusing-pusing kat udara mengelak daripada masuk ke dalam bumi yang terbelah. Kita pun tak tau hari kiamat berlaku macam mana. Adakah gunung berapi memancut-mancut melontarkan laharnya,  ataupun Tsunami yang MAHA BESAR dan dasyat melanda bumi. Apa yang kita tau, masa kiamat tu, bumi ini akan hancur  dan tak ada seorang pun yang akan terlepas dan selamat. Tak kiralah menyorok bawah gunung Kinabalu sekalipun. Atau menyorok dalam kapsul anti kiamat sekalipun.

Kesimpulannya. Dari DIA kita datang, dan kepada DIA kita kembali. Tak ada guna untuk kita ikut dan terpengaruh dengan NASA dan juga agenda-agenda Freemason ni. Nak tak nak kena hadap. Tak ada seorang pun dan tak ada apa pun yang akan terlepas daripada hari kiamat. Semua dah tertulis dalam Al-Quran. Dalam Bible jugak tulis benda yang sama. Hanya Freemason dan juga pengikut-pengikut dajal yang tak percaya semua ni. Sebab dorang tak ada agama. Dorang bertuhankan Syaitan. Sebab tu sementara masih ada masa ni, kita buat seberapa banyak pahala untuk kita jadikan bekalan kat akhirat nanti. Kita ikut perintahNYA dan kita tinggalkan laranganNYA.


RANCANGAN NASA UNTUK MENGHANTAR MANUSIA KE PLANET MARS, PLANET KEPLER YANG MENYERUPAI BUMI DIJUMPAI, AGENDA DAJAL, ALLAH S.W.T adalah Tuhan Semesta Alam, bukan NASA dan bukan DAJAL.


4 comments.. read them below or add one

MamaBard MamaBard 24 July, 2015
hari itu akan datang juga..tak kisahlah cara macam mana duk nak elak dan nak mengelat..
Sue Izza Sue Izza 25 July, 2015
betul tu diorang takut dengan kiamat sebenarnya...
nor azman nor azman 26 July, 2015
kesian kat diaorg..xbrp cerdik
fairus fairus 27 July, 2015
Dia tak tahu ke seluruh alam semester akan musnah termasuklah planet-planet..