Lafaz Nikah Lebih Satu Nafas Menjadikan Akad Nikah Tak Sah?

Siapa pernah dengar syarat akad nikah ni? Atau aku sorang je yang pernah dimomokkan dengan syarat ni? Aku selalu dengar orang cakap yang lafaz nikah ni kena satu nafas je. Kalau tak, akad nikah tu tak sah.

Baru-baru ni aku ada pergi ke pejabat ustaz untuk selesaikan urusan perkahwinan adik perempuan aku bulan depan. Masa jumpa ustaz tu lah, dia ada bagitau, yang dulu kita dimomokkan dengan syarat satu nafas tu. Dia ada cakap, dia dah buat perbincangan dengan beberapa ilmuan disertakan dengan rujukan banyak kitab, tapi tak ada pun tertulis tentang lafaz nikah kena satu nafas tu. Yang ada cumalah lafaz nikah satu lafaz. Satu lafaz bermaksud tak mengubah lafaz nikah tu dengan ayat lain.

Contoh, "aku terima nikah err si polan bte si polan err dengan mas kahwin rm300 apa tadi? Owh, RM300 tunai."

Bila fikir balik, ada betulnya. Kalau syarat akad nikah satu nafas, terbeliak bijik mata kalau nama perempuan tu panjang. Paham-pahamlah nama orang-orang sekarang ni panjang-panjang pelik-pelik. Silap-silap boleh terkena strok kalau nak sebut lafaz nikah tu satu nafas. Tak percaya cuba Try Test.

" Aku terima nikah Dewi Yusra Neelofa Nora Danish Emma Maembong Bte Rayyan Haikal Iskandar  Raden Amzar Atan dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai."

Betapa buruknya muka korang yang bakal terhasil depan bakal bini dan bakal keluarga mertua kalau korang lafazkan lafaz nikah tu satu nafas je.

Satu ilmu aku dapat hari tu. Dan ilmu tu tak habis kat situ je. Ada lagi beberapa ilmu yang dia sempat ajar. Antaranya:-

Saksi

Saksi tak boleh terdiri daripada senarai wali akrab. Wali akrab ni termasuklah adik beradik wali, anak wali dan yang terdiri daripada ahli keluarga wali. Jika tak, akad nikah tu tak sah.

- Saksi perlu cari yang berkeperibadian yang cantik. Jaga solat lima waktu. Ikut perintahNYA dan menjauhi laranganNYA. Kenapa kena cari dan pilih betul-betul saksi ni? Jika salah pilih saksi, ia akan menjejaskan sesuatu perkahwinan. Sebab tu, kebiasaannya ustaz yang menguruskan pernikahan pengantin akan membawa sendiri saksi-saksi untuk majlis akad nikah.

Tanggungjawab

Pengantin lelaki terutamanya tak harus memandang remeh segala urusan perkahwinan ni. Sebab katanya, banyak pengantin lelaki yang ambil mudah urusan perkahwinan terutama urusan dokumen ni. Seolah-olah macam tak berminat nak berkahwin.

Kenapa perlu ambik serius segala urusan perkahwinan termasuk urusan dokumen-dokumen ni? Kerana dari situ lah akan terlihat kesungguhan pengantin tu nak kahwin dan juga boleh nampak yang pengantin tu bertanggungjawab. Bermulanya tanggungjawab seorang imam kepada keluarga bukan selepas akad nikah, tapi sebelum tu lagi. Jadi, jangan ambil remeh urusan perkahwinan ni terutama urusan dokumen-dokumen untuk kahwin ni. Itu menentukan samada korang sangat bertanggungjawab selepas kahwin atau tak.

Alhamdullillah. Ada jugak ilmu-ilmu yang aku dapat kutip dalam beberapa urusan perkahwinan adik aku. Boleh aku jadikan rujukan untuk majlis aku sendiri nanti.



APA SYARAT-SYARAT DAN RUKUN YANG MENJADIKAN PERNIKAHAN ITU SAH, APA PERKARA YANG MENYEBABKAN AKAD NIKAH DAN IJAB KABUL ITU TAK SAH, Kadang-kadang banyak perkara yang kita pandang remeh tapi sebenarnya banyak kesan buruk untuk kita.

4 comments.. read them below or add one

Nastyna Nastyna 28 July, 2015
Banyak jugak yang u dah belajar, macam u pulak lebih komited dari pengantin-pengatin lelaki luar sana hahaha bagus.
Syira Lokman Syira Lokman 28 July, 2015
dah ready ke tuu dgn lafaznya ? hehehe
Pudgy Daddy Pudgy Daddy 28 July, 2015
bila giliran boni mengadap tok imam plak?
Iza Iza 29 July, 2015
Bagus informasi nie boni.Boni kacak bila lagi nak lafaz nikah nie? hihi...jangan lupa jemput kak Iza yer...hihi