Menyesal Beli Asus Zenfone C

Aku agak kecewa dengan apa yang dipersembahkan Asus Zenfone C. Dan aku menyesal beli Asus Zenfone C ni. Aku rasa rugi betul. Niat di hati, aku nak gantikan dengan Lenovo a850 aku yang dah rosak tu. Aku fikirkan Asus Zenfone C ni yang terbaik dan setaraf dengan Lenovo A850 tu. Tapi sayang seribu kali sayang. Ternyata Lenovo A850 lebih baik dari Asus Zenfone C ni.


REVIEW MODEL ASUS ZENFONE C, PENGALAMAN MENGGUNAKAN ASUS ZENFONE C, BAGUS ATAU TIDAK SMARTPHONE ASUS ZENFONE C

Banyak yang buat aku rasa memang rugi. Walaupun murah, lebih kurang RM 420, tapi sepatutnya prestasi dia lebih baik daripada ni. Kalau aku tau, aku beli model Lenovo jugak. 

Cepat panas. Panas dia bukan panas manja, tapi kadang-kadang Over Heat. Tak boleh nak bukak lebih dari satu app. Kalau bukak lebih dari satu app, mulalah dia panas.. Lepas tu Hang. Tang Hang ni yang buat aku panas je. Benda nak cepat boleh jadi lambat. Korang bayangkan sate yang kena panggang tu, tiba-tiba kena simbah air. Apa yang korang rasa? Aku rasa macam tak ada kena mengena je.  Maksud aku, bila korang nak cepat guna henpon nak tangkap gambar atau nak bukak whatsapp, tiba-tiba henpon Hang. Bukan ke akan terjejas teruk Mood korang. Boleh menyebabkan kemurungan tu. Banyak kali dah aku kena. Tang ni dah buat aku rindu balik kat Lenovo lama aku. 


REVIEW MODEL ASUS ZENFONE C, PENGALAMAN MENGGUNAKAN ASUS ZENFONE C, BAGUS ATAU TIDAK SMARTPHONE ASUS ZENFONE C
Nanti ada yang Sound aku. Notification penuh kat atas tu, memang lah cepat panas. Kalau dah kosong pun, tetap cepat panas der. 
Dari segi Internal Storage, memang dia lebih baik. Tapi dari segi prestasi dan jugak kelancaran, aku rasa Lenovo lagi berkualiti. Gambar pun tak mengancam. Serius.. Aku memang menyesal beli. Kalau aku tau, aku simpan RM 420 tu, aku buat mas kahwin untuk anak dara orang. Cis. Kalau orang banyak duit takpe lah. Boleh pejam mata je. Kalau aku.. Aku rasa rugi gila.  Sebagai seorang blogger yang berwawasan dan bakal menjadi Ikon gadis-gadis remaja Malaysia, ia langsung tak membantu aku. 


REVIEW MODEL ASUS ZENFONE C, PENGALAMAN MENGGUNAKAN ASUS ZENFONE C, BAGUS ATAU TIDAK SMARTPHONE ASUS ZENFONE C

Jujur aku cakap, pandangan dan pengalaman aku menggunakan Asus Zenfone C ni, hanya orang yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi je boleh pakai. Itu pun mungkin sekali dua termencarut jugak orang yang penyabar tu. Cepat panas, lembab dan selalu Hang. Itu adalah ciri-ciri manusia tak berjaya, bukan ciri-ciri sebuah Smartphone.


REVIEW MODEL ASUS ZENFONE C, PENGALAMAN MENGGUNAKAN ASUS ZENFONE C, BAGUS ATAU TIDAK SMARTPHONE ASUS ZENFONE C

Kata aku, kalau korang nak beli model Asus Zenfone C ni, fikirlah dua tiga kali. Sebab aku rasa korang mesti tak puas hati. Lebih baik korang kumpul duit lebih sikit, sambar terus Asus Zenfone 5 ke. Bagi aku, Zenfone C ni model yang agak teruk dari Asus.

{ 12 comments.. read them below or add one }

Luna Ed Luna Ed 10 July, 2015
saya pakai zenfone 5. so far so good. cuma tang panas tu yang tak boleh tahan. sampai tuan die pernah rasa pnas sekali, bawak masuk peti ais duduk bertapa dalam tu. wakakakaka :p
Azney Shamsuddin Azney Shamsuddin 10 July, 2015
Saya pakai zenfone 5 buat masa nie okay.
Dunia Zumal Dunia Zumal 10 July, 2015
Hari tu teringin nak beli nasib tak jadi sebab tengok Fonepad 7 macam berkenan. Zumal beli Fonepad 7. Sejak guna nie belum buat masalah...
ieza ashaari ieza ashaari 10 July, 2015
Za suami isteri pakai asus. Husband zenfone berapa ntah, za asus padfone. So far tak mengecewakan.
Alin Marlini Alin Marlini 10 July, 2015
Beli je lain....heheheh
mOoN IzzaN mOoN IzzaN 10 July, 2015
kitorang husband n wife mmg pkai asus.. sy zenfone 5 n husband zenfone 2.. so far ok.. :)
adarain adarain 10 July, 2015
Nampaknya hang kena jual baliklah gamaknya beli phone baru.
Irna Nurasikin Irna Nurasikin 10 July, 2015
Eirna pun pengguna Asus..Sama jgk ngan Mr E..Eirna pakai Fonepad 7 dan Mr E plak Zenfone 5..So far...x pernah lagi problem...
kak gojes kak gojes 10 July, 2015
nasib tak terbeli lagi asus ni...lenovo juga yg best erk boni...KG pun lenovo juga..tapi dah mulai bosan dgn lenovo sbb pandai minum air dah
Mohd Amin Roslan Mohd Amin Roslan 13 September, 2015
setahun guna asus bertukar ganti zen 4,5,6 dan last zen 2...akhirnya kluar dari kempompong tukar ngan kwn amik motorola moto g...skrg ok gak la
MAF Fashion House MAF Fashion House 21 July, 2016
try htc bro..walaupun memerlukan pelaburan yg besar, tp performance tak mengecewakan. + user friendly. dengar kate m10 yg baru ni terbaekk
Unknown Unknown 26 December, 2016
saya ada lima telefon asus pertama zenfone 3 max,kedua zenpad v 7.0 dan 3 lagi asus zrnfone go 4.5 semua amat memuaskan hati saya,i love asus