Pantun Paling Kreatif Hari Raya Aidilfitri 2015

Memandangkan malam ni adalah malam jumaat, aku berbaik hati untuk berkongsi dengan korang beberapa kerat pantun yang agak kreatif bersempena hari raya Aidilfitri yang bakal tiba lebih kurang seminggu je lagi. Dah tentu ramai yang akan tercari-cari pantun raya untuk diberi pada kawan-kawan mahupun ahli keluarga kan. Jom kita layan pantun yang tak seberapa ni.

Page Meran tersohor serata malaysia,
Mana nak sama Page Oh Media,
Hari raya semakin tiba,
Pagi raya kita pasti bersua.

Bapak hijau mak merah,
Mana nak sama dengan pen merah,
Aidilfitri disambut meriah,
Pagi raya jangan terlebih sudah,

Dam dam dum bunyi mercun,
Tut tut tut bunyi henpon,
Hari raya buanglah henpon,
Jangan sibuk dengan netizen,

Oppo sony apple samsung,
Semua jenis model pun ada,
Tak berguna semua ni langsung,
Kalau tak faham maksud beraya.

Aidilfitri setahun sekali,
Henpon diguna setiap hari,
Tiada makna aidilfitri,
Jikalau sentiasa menyendiri.

Ahmad Maslan seronok beraya,
Siti sibuk dengan kuih raya,
Pulang ke kampung berhari raya,
Ingatlah yang tersayang sentiasa.

Juara keyboard merata-rata,
Jangan dilupa hari raya,
Hidup mengutuk banyak dosa,
Raya nanti bermaafan lah ya.

Tin kosong bukan sebarang tin,
Tin kosong kepunyaan aladin,
Raya nanti nak balik rompin,
Maaf zahir dan batin.

Minyak naik tol naik,
Semuanya pun nak naik,
Gaji pulak tak naik-naik,
Elizabeth Tan comel kan.     
( adeh.. Ni pantun ke soalan spm)

Harimau Malaya makin kecewa,
Bawah 13 semakin bergaya,
Jangan layan bola masa raya,
Sanak saudara nak letak di mana.

Hari raya menjelang tiba,
Ampun maaf sangatlah dipinta,
Jangan main mercun bola,
Nanti beraya dengan sengsara,

Dulu sekarang memang berbeza,
Dulu beraya penuh ceria,
Sekarang depan henpon sahaja,
Raya sekarang krik krik sahaja.

Dulu pusing taman kumpul duit raya,
Sekarang beraya dalam Group whatsapp sahaja,
Apa bestnya hari raya,
Kalau aku sini kau sana.

Dibawah ni pulak aku sertakan pantun kiriman daripada rakan-rakan aku sendiri. Jom layan pantun-pantun dorang. Menarik dan lawak.

Riang gembira di Aidilfitri,
Salah dan silap harap dimaafi,
Kad raya kini trending kembali,

Harap Boni tak typo lagi


Baju raya merah menyala,
Tanda semangat menang bergaya,
Aidilfitri meriah di alam maya,

Harap terbawa ke alam nyata.

Tiada gelas dan juga kaca,
Buat ucapan di papan maya,
Salam Aidilfitri dihulur semua,
Kepada Boni dan juga pembaca.


Kiriman dari Najeeb Abdullah. -katanajeeb.blogspot.com-

BOni kacak lelaki sejati,
tenuk nampak terus monopos,
salam ramadan salam aidilfitri,

kuih raya jangan segan2 pos.


Kiriman dari Arina Shamsul. -wwwmarina-arina.blogspot.com-

Harimau malaya patah gigi,
Harimau muda jadi pengganti,
Nak pi sana jauh sgt la Boni,

Salam Aidilfitri di fb pengganti diri


Kiriman dari Kyn Yanie. -mymatatajam.blogspot.com-

Bangun pagi gosok gigi..
Boni Kacak menjadi-jadi..
Raja kentot gelaran di beri..

Cuma nak ucap salam aidilfitri


Kiriman dari Mizi Sempoi. -www.mizisempoi.com-

Minal aidil walfaizin saya ucapkan
Sambutlah kita tanda kemenangan
Bersalam salaman bermaaf maafan

Namun yang tiada jangan dilupakan


Kiriman dari Que Sha

Kalau pergi ke bazar ramadhan
Jangan lupa beli air nira
Di hari yang mulia mesti bermaaf-maafan

Agar hidup sentiasa gembira sepanjang masa


Kiriman dari Khairil Mazri. -www.khairilmazri.com-

Boni Kacak tercekik durian,
Tercekik durian masa berbuka,
Aidilfitri musim bermaafan,

Memohon ampun maaf dipinta


Kiriman dari Budak Nakal Blogspot. -kozumiro.blogspot.com-

Raya raya dan raya,
Selamat Hari Raya


Kiriman dari PapaGlamz. -www.papaglamz.com-

Dalam semak ada paya,
Jom raya


Kiriman dari Zahari Unc. -www.zaharibb.com-

2,3 kucing tido berdiri
Mana nk sama dengan saya,
Saya tido hari hari

Kucing tido sekali

Kiriman dari Siti Nur Najwa

Alang-alang dah tengok pantun raya ciptaan aku dan juga rakan-rakan yang lain, apa kata dengar pulak lagu raya Salam Dunia versi Boni Kacak a.k.a Raden Amzar pulak. Heh heh.


PANTUN LAWAK HARI RAYA AIDILFITRI 2015, KOLEKSI PANTUN HARI RAYA AIDILFITRI 2015, PANTUN PALING BEST DAN MENARIK HARI RAYA AIDILFITRI 2015, PANTUN SINDIRAN RAKYAT HARI RAYA AIDILFITRI 2015, Korang boleh jugak tinggalkan pantun-pantun ciptaan korang kat bahagian komen kat bawah ni untuk memeriahkan lagi suasana raya ni. Selamat hari Raya Aidilfitri semua. Salam 0-0. Nak Share lagi bagus sebab banyak sindiran dalam pantun-pantun tu untuk generasi sekarang ni.

{ 9 comments.. read them below or add one }

cikpuanyuz cikpuanyuz 09 July, 2015
wah, berapa lama create pantun ni...heheheh
muhammad nizam muhammad nizam 09 July, 2015
hahhha patun najeeb win sangat
Zana Hassan Zana Hassan 09 July, 2015
Haha mmg kreatif dorang..

fairus fairus 10 July, 2015
Kreatif jugak.. Ikut perkembangan semasa..
Norazah Md Sarip Norazah Md Sarip 15 July, 2015
Salam singgah sini..wah bestnyer pantun...terbaeekk!!
Dunia Zumal Dunia Zumal 16 July, 2015
Tergelak sorang2 baca pantun Boni...
MOMOY MOMOY 18 June, 2017
boleh ler pinjam sekerat dua. kreatif bebonor nih