PENGALAMAN AKU BELA DUA EKOR ANJING

Aku pernah merasa sendiri pengalaman bela anjing. Anjing ni bagi aku lebih manja dan jinak dari kucing. Dan dia lebih memahami isi hati seorang manusia.

APA HUKUM ORANG ISLAM BELA DAN PEGANG ANJING, BOLEHKAH ORANG ISLAM BELA DAN PEGANG ANJING, ANJING,
SUMBER
Anjing yang pertama aku bela masa aku kerja kat Shell. Anjing tu dah anggap aku tuan dah sebab hari-hari aku bagi makan. Hari-hari dia berlegar kat Shell tu. Bila aku Shift malam je, aku mesti main kejar-kejar dengan dia. Ramai jugak yang usyar aku. Mungkin dorang nak tolong aku sebab ingat aku kena kejar dengan anjing tu. Tapi bila dorang tengok aku kejar anjing tu balik, baru dorang tau yang aku tengah main Police And Thief.

Memang jinak dia dengan aku. Bila aku kesunyian kat luar mengenangkan cinta yang terputus di tengah jalan dengan sorang awek taman aku, dia datang dekat aku. Mata dia pandang aku seolah-olah memahami apa yang aku rasakan. Time-Time macam tu lah aku selalu tertewas. Aku akan belai dia macam mana aku belai kucing sepenuh kasih sayang.

Tapi selang dua tiga bulan lepas tu, aku dengar dia dah kena tangkap. Mungkin hobi dia suka kejar orang yang nak isi minyak. Rasa bersalah pulak aku. Aku rasa macam aku je yang ajar dia kejar orang. Lembu punya pasal, sapi yang dapat nama.

Anjing kedua pulak aku bela masa kat kampung. Aku pernah bermustautin kat Bagai Serai lebih kurang setahun kalau tak salah aku. Masa tu dah memang ada dah seekor anjing yang jaga rumah arwah tokwan aku. Mana datangnya aku pun tak tau. Hari-hari aku bagi makan. Yang ni pun aku bela macam aku bela kucing. Belai dan berikan kasih sayang secukupnya.

Sebab tu aku kat kampung tu, aku berani keluar sorang-sorang dan balik awal pagi sebab bila aku balik dia dah sambut aku dua kilometer dari rumah. Jadi, aku tak takut lah sebab berteman. Aku dulu tak takut hantu sebab aku dengan hantu banyak persamaannya. Tapi aku takut harimau. Jadi bila ada anjing sekor ni, At Least kalau ada harimau terpacul, dia yang akan kedepan dulu Fight dengan harimau tu. Jadi, masa tu lah aku ambik kesempatan untuk lari laju-laju dan menyorok kat rumah jiran yang ada anak dara lawa.

Tapi ni semua cerita lama. Masa tu aku hidup tak ada pedoman. Hidup main belasah je. Hidup tak ada halal haram. Rambut pun berkaler-kaler. Sekejap biru, sekejap hijau sekejap perang. Nasib baik aku tak pernah buat kaler Pink.

Sekarang ni aku dah mula insaf dengan apa yang aku buat dulu. Aku tak pernah menyesal sebab bagi anjing makan. Tapi aku amat menyesal bila aku tak pedulikan hukum haram pegang dan belai anjing tu.

Ye, anjing memang seekor makhluk ciptaanNYA juga. Tapi pasti ada sebab Allah jadikan dia sebagai najis berat. Siapa kita nak mempertikaikan hukum yang telah DIA tetapkan tu. Apa yang buat aku kesal dengan umat Islam sekarang ni, seolah-olah memperlekehkan hukum-hukum tu. Siap Upload lagi gambar tengah pegang anjing, peluk anjing, cium anjing, dan jugak Selfie sambil dukung anjing. Haram tetap haram. Najis tetap najis dan jangan jadikan ia suci.


Cumanya, jangan sebabkan ia najis dan haram dipegang, kita nak membencinya dan mula menganiayanya. Dia juga makhluk ciptaan Allah. Menganiaya anjing adalah perkara yang sangat keji. Siapa suruh kita membencinya. Sikit pun tak salah kalau kita bagi dia makan. Tapi jangan kita pegang. Jangan kita buat dia macam kucing siap bergomol-gomol tanda kemesraan. Mudah je kan. Tak siapa suruh korang benci anjing woi. Ni sampai nampak anjing je kejar pakai unggun api. Honggah! Honggah! Dah macam orang zaman batu pulak.

Jadi, The Point is.. Anjing bukan kucing. Cara bela anjing pun tak sama macam cara bela kucing. Ia tetap najis walau secomel mana dan sejinak mana pun dia. Jaga batas hubungan kita dengan anjing. Tapi jangan pulak kita membencinya. Itu dah salah.

APA HUKUM ORANG ISLAM BELA DAN PEGANG ANJING, BOLEHKAH ORANG ISLAM BELA DAN PEGANG ANJING, ANJING, Diharuskan bela anjing untuk menjaga ternakan, kebun, rumah. Tapi tak boleh letak dalam rumah dan dijadikan perhiasan dan jugak permainan. Hukumnya kurang pahala satu hari satu Qirat ( sebesar Bukit Uhud ). - Ustaz Azhar Idrus-




4 comments.. read them below or add one

Arina Shamsul Arina Shamsul 06 July, 2015
betul boni,im very the setuju.haha.walaupun dia comel ,yg haram tetap haram,jangan menghalalkan yg haram,tapi walau dia haram dia bukan hidup untuk didera dan dihina...

aku suka jalan cerita tersebut diatas...hidup boni!! hahaha.
Arina Shamsul Arina Shamsul 06 July, 2015
betul boni,im very the setuju.haha.walaupun dia comel ,yg haram tetap haram,jangan menghalalkan yg haram,tapi walau dia haram dia bukan hidup untuk didera dan dihina...

aku suka jalan cerita tersebut diatas...hidup boni!! hahaha.
Ipah Kholipah Ipah Kholipah 06 July, 2015
jangankan melihara mas aku takut sama anjing :)
fairus fairus 06 July, 2015
Dulu masa kecik-kecik kitorang jaga anjing jugak.. Jumpa anak anjing, ntah berapa ekor. Kitorang tambat kat pokok.. Hari-hari beri dia makan.. Last-last parent memasing tahu, teruk kena marah.. Huhu