Pengalaman Bersemuka Dengan Penanggal

Disebabkan ni bulan Ramadhan, aku berani sikit nak cerita pengalaman aku dulu bersemuka dan kena kacau dengan penanggal.
APAKAH ITU PENANGGAL, KENA GANGGU DENGAN PENANGGAL, PENGALAMAN DIKACAU OLEH PENANGGAL, KISAH SERAM DIGANGGU OLEH PENANGGAL,
Gambar sekadar hiasan. SUMBER
Dulu, masa aku belajar kat Perak (nama tempat terpaksa dirahsiakan atas faktor keselamatan negara) aku pernah kena kacau dengan penanggal. Tempat aku belajar tu memang keras sikit. Setiap minggu mesti ada kejadian histeria. Pernah sekali, dorang histeria secara berjemaah. Mungkin kalau histeria sorang-sorang tak meriah dan tak Rock agaknya. Tu yang histeria beramai-ramai.

Kes aku pulak jadi lebih kurang pukul 2 pagi di satu hari yang aku tak ingat bila. Masa tu aku dengar ada plot dan rancangan untuk campak beberapa orang Student ke dalam paya. Aku ingatkan aku tak kena memandangkan aku salah sorang Gangster kat sana. Tapi rupanya nama aku pun naik. Dem. Berani betul dorang kacau singa yang tengah tido. Tapi bila singa yang tengah tido ni dapat tau yang nak buat kerja tu ramai, singa ni mula jadi kucing Siam. Gila apa. Aku bangun pukul 7 pagi pun aku takut nak mandi pagi, inikan pulak pukul 2 pagi yang sejuk paras beku tu nak kena campak dalam air. Hilang akal ke apa.

Malam tu aku tido-tido ayam. Mata terpejam tapi telinga aku fokus mendengar kalau-kalau ada bunyi sesuatu yang tak kena. Nasib baik tak dengar bunyi mengilai. Haha. Kalau terdengar tu, belum kena campak dah pengsan. 

Selang beberapa detik, aku terdengar ada bunyi kecoh sikit. Aku apa lagi, terus lintang pukang lari ke arah hutan belakang kedai alat tulis. Aku perasan ada kelibat seseorang kat belakang aku. Aku dah cuak dah ingat terkantoi. Rupanya dia pun sama macam aku. Tengah cabut lari selamatkan diri. Jadi, kitorang lepak kat belakang kedai alat tulis tu. Duduk mencangkung bawah satu pokok yang agak rendang. Depan kitorang pulak memang kawasan hutan. Dipisahkan dengan sebatang jalan je.

Dup

Dengar bunyi sebijik buah jatuh ke tanah belakang kitorang. Aku abaikan je lah. 

Dup dup dap dup

Dengar lagi bunyi buah jatuh ke tanah kat belakang aku. Aku tak hiraukan lagi. Suasana masa tu memang sunyi sepi. Hanya dengar bunyi unggas dengan cengkerik je. Aku anggap bunyi buah yang jatuh ke tanah tu ibarat bunyi drum yang menyedapkan lagi irama unggas dan cengkerik tu. 

Dup dup dup dup dap dup dap dup dap dap

Sekali bertalu-talu bunyi buah jatuh belakang kitorang. Aku terus tak sedap hati. Ni bukan buah jatuh secara normal alam dah ni, ni ada 'Benda' yang dok baling dari atas pokok. Memang aku dah mula cuak. Aku tengok muka member aku tu. Nampak pucat muka dia. Maksudnya dia pun perasan ada 'Benda ' kat atas kitorang. 

Nak didongak kepala aku ke atas, aku takut nampak sesuatu yang menyeramkan dan menghairankan. Jadi aku terus buat-buat berani. Jatuh lah martabat aku sebagai seorang gangster kat sana kalau dilihat penakut. Aku buat muka tegas agar member aku tu nampak betapa hebat, gah dan beraninya aku. Baru boleh jadi buah mulut kat sana dan mengukuhkan lagi nama aku sebagai salah seorang gangster kat sana. Masa tu, baru boleh jadi hero yang digilai seluruh gadis-gadis tempat aku belajar tu.

Dalam pada aku berangan tu, tak lama kemudian baru aku perasan yang suasana kembali sepi dan sunyi. Dah hilang dah bunyi buah yang jatuh bertalu-talu tu. Perasaan masa tu Tuhan je yang tau. Betapa lega nya aku rasa. Mungkin taktik buat-buat berani disertai mimik wajah tegas tu buat 'benda' tu takut agaknya. Ngeh ngeh. Baru dia tau betapa hebatnya aku. 

Kitorang duduk lagi kat situ. Aku rasa ada dalam 30 minit. Tiba-tiba aku terperasan sesuatu kat sebatang pokok dalam hutan tu. Aku nampak ada sesuatu yang berapi dan bercahaya muncul dari celah-celah pokok tu. Entah macam mana otak aku agak tak betul masa tu, aku boleh anggap ada budak Cina tengah main tanglung. Tapi bila 'benda' tu statik kat pokok tu, kejap masuk balik kat celah-celah pokok tu, kejap-kejap dia muncul balik baru aku tersedar daripada kebengapan aku. Itu bukan tanglung ler bengap! Itu penanggal!! 

Tunggu lagi?? Aku terus ajak member aku tu blah dari situ. Kena baling dengan buah boleh aku terima lagi.. Tapi bila dah nampak depan mata sendiri.... lesap terus reputasi gangster aku tu. Aku terus ajak member aku tu blah. Yang aku ingat masa tu, walaupun lutut aku dah lemah lembik gila babeng, tapi masih laju lagi memecut lari balik ke Dorm. Bangga jugak aku dengan pencapaian aku tu. Macam bukan manusia biasa.

Sampai ke Dorm, suasana dah sunyi sepi. Aku andaikan sesi campak mencampak tu dah berakhir. Hawau betul. Dorang seronok buli orang, aku yang merana. Masuk je dalam Dorm, aku terus baring kat katil. Tapi sendiri mau ingatlah. Dah nampak penanggal tu, ingat boleh tidur dengan tenang? Sepanjang malam aku menggigil. Berpeluh-peluh aku walaupun suhu masa tu sejuk. Bulu roma aku tak turun-turun langsung. Tengah-tengah takut tu, boleh pulak aku dengar bunyi orang main congkak. Kuat tu. Aku dengar bunyi tu datang dari Dorm sebelah. Aku jeling tengok kat celah-celah cermin. Dorm sebelah, dan dorm-dorm lain semua dah gelap gelita.  Tahyul betul kalau ad Student main congkak dalam gelap.

Sepanjang malam aku tak boleh lena.  Jantung aku berdegup macam Machine Gun. Laju, tangkas tapi masih tersusun dan sedap rentaknya. Mulut aku apatah lagi. Terkumat-kamit baca Ayat Kursi sampaikan aku tersedar lama kelamaan apa yang aku terkumat-kamit tu bercampur aduk dan tunggang langgang.

Nampak tak betapa takutnya aku masa tu. Sampai dah tak boleh nak berfikiran dengan waras lagi. Apa yang aku tau, aku takut gila dan menggigil sepanjang malam. Sampailah aku dengar ada Student dalam Dorm aku bangun bukak lampu untuk bersiap-siap sembahyang subuh. Barulah tenang hati Ai Nyah.

Ini lah pengalaman aku sendiri kena kacau dengan penanggal. Bukan je penanggal, sepanjang malam tu macam-macam gangguan lain aku terima. Aku harap.. Aku tak jejak lagi kaki ke sana.. Ia memang sebuah tempat yang sangat-sangat menyeramkan.


APAKAH ITU PENANGGAL, KENA GANGGU DENGAN PENANGGAL, PENGALAMAN DIKACAU OLEH PENANGGAL, KISAH SERAM DIGANGGU OLEH PENANGGAL, Kenangan paling menyeramkan aku sepanjang aku belajar kat sana. Nampak je muka aku ganas, tapi sebenarnya bukan berani sangat pun.



{ 10 comments.. read them below or add one }

Shuhaida Kabdy Shuhaida Kabdy 10 July, 2015
sib baik baca time dah siang..
Hanida Moss Hanida Moss 10 July, 2015
Saya pun pernah jumpa penanggal / polong masa form 3. nak buat entry jugak lah! haha.
Nur Alja Nur Alja 10 July, 2015
Kalau jumpa benda-2 mcm ni mmg susah nak tidur! Rasa nak nagis pon ada. haha
Ipah Kholipah Ipah Kholipah 10 July, 2015
pasti kebawa mimpi deh kalo katemu yang begtuan hmm *berrr*
kak gojes kak gojes 10 July, 2015
hahaha...histeria berjemaah erk...tu larian berpasangan tu..eheheh
Hayati Ghazali Hayati Ghazali 10 July, 2015
Kagum gak dengan penanggal ni...dari mana dia dapat kuasa letrik tu....
Lyssa Faizureen Lyssa Faizureen 10 July, 2015
alaa . tak nak baca sampai habis lah . takot antu tu masok dlm mimpi . so baca sekerat je . haha
muhammad nizam muhammad nizam 11 July, 2015
huhh gangster laa sangat.. penakut jer..hahaha
RahimAim BudakPrihatin RahimAim BudakPrihatin 11 July, 2015
seram nyah cerita kau... tapi jalan cerita kau lagi menyeramkan..ahha..
fairus fairus 13 July, 2015
Aku pernah sekali berjumpa sesuatu yang misteri. Tak tahu nak gambarkan macam mana.. Yang dapat aku gambarkan, dalam keadaan sunyi sepi, aku melalui jalan yang hanya muat laluan orang / basikal / motorsikal, ada objek dari belakang laju menyelinap di sebalik semak lalu berhenti betul-betul disebelah aku. Lalu ia menggoyangkan pokok kecil di siitu sekuat-kuatnya. Masing aku tak pasti hingga sekarang, apa bendanya tu..