TIPS BLOGGING - GADGET YANG PENTING UNTUK SESEBUAH BLOG

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua para blogger yang dikasihi dan disayangi. Berdirinya saya di sini adalah untuk memberi sedikit tips dan nasihat untuk blogger-blogger yang baru bertapak terutama untuk blogger Blogspot. Rasanya dah banyak dah tips dan nasihat ni diceritakan tapi saja aku nak Detailkan lagi. Supaya ramai faham dan tak tertipu dengan agenda Freemason ni.

Apa yang aku nak tekankan dan raba kat sini adalah penggunaan Gadget. Ramai blogger yang masih keliru dengan Gadget ni. Mungkin sangkaan dorang, semua Gadget tu penting dan wajib dipakai. Kalau tak pakai, blog tu akan cacat, buruk, hina, dan perlu dipulaukan.

Wahai saudara saudari yang dikasihi semua, ini bukan pertandingan mewarna ataupun pertandingan melukis. Untuk pertandingan blog pun rasanya tak ada pertandingan blog tercantik. Jadi Gadget yang terlalu menarik dan canggih pun tak berguna sebab tak mendatangkan manfaat kat korang. Dia lagi mendatangkan bencana pada blog korang.

Kenapa aku cakap mendatangkan bencana. Fikir logik akal, kawasan rumah kalau penuh semak samun bukan ke mencacatkan pemandangan rumah tu. Bayangkan pulak dalam bilik tidur kita sendiri. Kalau bersepah-sepah dengan spender tak basuh,  baju dalam tergantung kat kipas, mayat lipas bergelimpangan penuh atas katil, Hanger terselit kat sebelah bantal dan baju bertimbun tak lipat kat atas meja solek bukan ke buat mata kita semak. Silap-silap kita boleh dijangkiti penyakit Asteoporosis. Hanya jin je sanggup tinggal dalam bilik tu.

Memang betul banyak Gadget yang Best-Best dan menarik disediakan oleh Blogspot. Tapi macam aku cakap tadi, tak semua kita boleh pakai. Tu semua agenda Freemason je untuk menjadikan blog kita berat dan lembab untuk Loading. Sayang kalau artikel korang berkongsi dengan nasihat-nasihat dan mesej keagamaan, tapi bila orang masuk dia terus tekan Button X sebab lambat sangat Loading. Point aku kat sini, penggunaan Gadget yang keterlaluan tu boleh buatkan sesebuah blog tu amat berat dan lambat Loadingnya. Kesan buruknya, korang akan hilang pembaca.

Kesan buruk yang kedua bila terlalu banyak Gadget yang buatkan blog korang berat adalah blog korang tu tak berapa disukai Google. Google tak suka berkawan dengan blog yang berat ni. Apalagi nak mintak kapel dengan blog tu. Jadi, korang dah rugi sebab korang susah dapat Traffik melalui Google dan Keyword.

Jadi, jom aku kongsikan Gadget yang penting-penting je untuk korang satukan dengan blog korang.

1. Gadget Blog Achieve
 - Bagi aku Widget ni antara yang penting. Sebab pembaca boleh selak-selak entri-entri lama korang dengan adanya Widget ni. Jadi ia bagus untuk Bounce Rate blog korang. Makin lama dia akan lepak kat blog korang.

2. Gadget HTML/JavaScript
- Bergantung untuk korang letak apa. Kalau untuk letak Banner iklan, itu memang tak salah. Aku lagi galakkan untuk korang buat duit. Tapi janganlah sampai 20 banner iklan korang letak dalam tu. Tu haloba sangat tu.

3. Gadget Label
- Kalau nak letak untuk memudahkan untuk orang baca artikel korang, silakan. Tapi aku lagi suka labelkan dalam ruangan Page. Lepas tu susun kat bawah Header. Nampak lagi tersusun dan Profesionalista.

4. Gadget Popular Post
- Yang ni bagi aku antara yang penting. Salah satunya sebab untuk menarik pembaca masuk baca artikel yang Fefeler tu. Baik untuk Bounce Rate blog korang.

3. Gadget Search Box
- Juga satu Gadget yang amat penting. Sebabnya pembaca boleh Search keyword yang dorang nak cari dalam blog korang. Baik juga untuk Bounce Rate blog korang. Aku sarankan korang letak. Macam blog aku, aku tak letak. Sebab aku dah cuba letak tapi tak boleh. Hahaha. Aku tak tau macam mana Setting Templet yang aku pakai sekarang ni. Tak reti aku nak Checkj dalam Coding dia.

6. Gadget Blog Stats
- Yang ni sebenarnya tak letak pun takpe. Tapi untuk eksyen aku sarankan korang letak. Bukan nak eksyen tunjuk kat orang lain jumlah bilangan Pageview korang, tapi ia satu bonus jikalau ada PR ataupun Klien yang jadikan Blog Stats ni sebagai rujukan dorang untuk beriklan dengan korang.

7. Gadget Blog List
- Yang ni terpulang pada korang samada nak pakai ataupun tak. Yang ni 50-50. Macam aku, aku tak letak sebab dia ada Effect sikit Loading blog. Tapi untuk blogger-blogger yang baru, korang memang perlu untuk tujuan promosi blog korang di blog kawan-kawan yang lain. Saling memerlukan antara satu sama lain.

8. Gadget Google+Follower
- Yang ni pun sebenarnya 50-50 jugak. Nak letak boleh, tak letak pun boleh. Macam aku, aku letak sebab penting untuk dapatkan Traffik melalui kawan-kawan Google+ ni. Sama jugak konsep dia macam Follower FB dan jugak Follower blog. Makin ramai follower, makin banyak yang akan jadi pembaca blog korang.

9. Gadget Follower
- Yang ni pun sama pentingnya jugak. Sebab setiap kali blogger lain Follow blog korang, serta merta akan keluar kat Newsfeed Dashboard dorang entri terbaru korang. Tapi sayangnya... aku cari dalam Dashboard aku tak jumpa Gadget ni. Dia menyorok ke apa aku tak pasti. Kalau aku jumpa dia, aku tinju laju-laju.

Jadi, cukup lah Gadget-Gadget tu yang wajib ada dalam blog korang. Jangan semakkan mata para pembaca dengan Gadget-Gadget lain yang tahyul tu. Anggap pembaca sebagai awek mahupun balak korang. Ataupun anggap pembaca korang sebagai Aaron Aziz ataupun Park Bom 2ne1. Pasti korang nak sajikan yang terbaik dan pastikan dorang puas hati baca entri korang tanpa ada apa-apa kecacatan dan juga gangguan.

Biar blog Simple asalkan penulisan korang terbaik. Penulisan dan Content Is The Warrior Not Keyboard Warrior. Macam tu jugak konsep dalam Islam. Bersederhana itu lebih baik. Buruk dan Simple dua perkara yang berbeza. Jangan tersalah faham.

TIPS MENYUSUN GADGET DI BLOGSPOT, APA YANG PENTING DAN PERLU ADA DI DALAM SESEBUAH BLOG, TIPS BLOGGING,
Ni Gadget yang aku pakai dalam blog aku. Aku ambik yang penting-penting je. Kalau dulu... hahaha. Tak sanggup aku nak teruskan.. Apa yang aku tau.. penuh dengan macam-macam Widget. Sampaikan Widget jam pun aku letak padahal kat Hp dengan laptop pembaca dah ada dah jam. 
TIPS MENYUSUN GADGET DI BLOGSPOT, APA YANG PENTING DAN PERLU ADA DI DALAM SESEBUAH BLOG, TIPS BLOGGING, Content Is King. Ingat ni sampai bila-bila. Lagi satu, cuba selit-selitkan nasihat dalam penulisan korang tu. Ada jugak saham akhirat korang nanti bila satu hari korang dah tak ada kat dunia ni. 

{ 10 comments.. read them below or add one }

Arina Shamsul Arina Shamsul 05 July, 2015
waaaa...manyak suka ini entry..(emoji mata lob2).hahaha
Shazana Mhd Sobri Shazana Mhd Sobri 05 July, 2015
Tahniah and tq ats pkongsian.

Www.ceritaumiabi.com
Ms. Kejupenyet Ms. Kejupenyet 05 July, 2015
Amboi Park Bom ada sekali ye.. huhuuu apa pun thanks sharing..

Jemput ke teratak http://akukaudansesuatu.blogspot.com/2015/07/ga-kawaidesu-concept-raya-2015-bernilai.html
Ms. Kejupenyet Ms. Kejupenyet 05 July, 2015
Amboi Park Bom ada sekali ye.. huhuuu apa pun thanks sharing..

Jemput ke teratak http://akukaudansesuatu.blogspot.com/2015/07/ga-kawaidesu-concept-raya-2015-bernilai.html
Mimi Mimi 05 July, 2015
tq share abammm :D
DYatie ABakar DYatie ABakar 05 July, 2015
Hihi. Tiba2 nak gelakkan diri sendiri teringat kisah lampau. Jam nak letak. Kalendar nak letak. Paling mulia ms tu letak waktu solat sekali. Hhahahaha.
ieza ashaari ieza ashaari 06 July, 2015
Part gadget jam tu aku dh gelak terbahak-bahak. Tamak haloba sangat ko tu. Hahaha.
muhammad nizam muhammad nizam 06 July, 2015
Alhamdulillah... baca semua tips tuan boni dengan penuh penghayatan , bagus untuk panduan gue yang baru dan yang blogspot ini.... kalau tuan boni folow gue mungkin lagi lah bertambah-tambah kekacakan itu