Anjing Tolong Tuan Dia Tanam Padi

Tadi aku terjumpa satu video yang dikongsi oleh satu Page Facebook. Video tu jelas tunjuk seekor anjing tolong membajak dan bermain-main dengan air kat sawah padi tu. Aku tak pasti kat Sabah ataupun kat Indonesia. Sebab bahasa dia macam dua bahasa tu.

Saja aku Drop komen "Mohon pencerahan daripada ustaz dan ustazah. Kalau basah dengan basah, tak najis kan? Tak perlu samak kan?"

Aku tunggu je jawapan balas sebab aku memang nak tau apa hukum dia ye. Ni serius aku tak tau dan aku memang nak tau. 

Tapi bila aku bukak balik Page tu, Posting tu dah tak ada. Ni persoalan yang memang aku nak sangat tau ni.  Dah jatuh hukum apa ye padi dan beras yang terhasil tu? 

Cuma apa yang aku nak komen sikit, Owner anjing tu seorang pengusaha padi. Tak seharusnya dia bagi anjing dia ikut sama dan bagi anjing dia membajak sekali kat sawah padi tu. Aku tak tau apa hukumnya hasil padi dan beras tu bagi orang Islam. Itu boleh jadi satu isu yang besar sebenarnya kalau sensiviti tu tak dijaga. Lagi-lagi melibatkan benda yang jadi makanan. Masuk ke dalam perut. 

Orang Islam tak benci anjing. Tapi agama kitorang mengajar yang anjing tu najis bila kami sentuh. Tapi kami tak dilarang untuk membela dan mengasihinya. Kami dilarang untuk menganiayanya. Cuma ada batasan antara kami dengan anjing. Ini yang orang bukan Islam kat Malaysia ni kena faham. Jadi aku sebagai salah seorang umat Islam kat Malaysia ni memohon agar perkara-perkara sensitif macam ni dijaga oleh bukan Islam kat Malaysia ni ye. Kita semua kawan.. Dan kita semua kena Respect agama Each Other kan?



Lagi sekali, berkenaan video tu.. Aku nak tau apa hukumnya ye? Apa hukumnya dengan padi dan beras yang terhasil tu ye? Kalau ikut apa yang aku faham, bila basah dengan basah tak jadi najis anjing tu.. Kalau salah mohon sangat diperbetulkan.. 

anjing tanam padi, Sensitiviti.. Kadang kala ramai yang anggap benda ni remeh tapi sebenarnya ia merupakan satu perkara yang besar bagi sesuatu agama.. Respect Each Other. 





5 comments.. read them below or add one

Yuliana Wahit Yuliana Wahit 18 August, 2015
Alamak.. ni betol2 kene dapatkan pencerahan dr yg pakar ni..
Alin Marlini Alin Marlini 19 August, 2015
yeke boni...kalu dpt link video tu ...blh tgk
fairus fairus 19 August, 2015
Allah dah nyatakan dalam Al-Quran, tapi ada yang bersikap liberal..
✿ Ina Ainaa ✿ ✿ Ina Ainaa ✿ 19 August, 2015
Betul jugak tu.. tak terfikir langsung hal ni....
Mira Adzlia Mira Adzlia 19 August, 2015
psoalan psl anjing ni mmg sllu wujud salah phm...