Hanya Untuk Orang Kaya

Lama aku tenggelamkan? Jangan risau, aku kalau tenggelam, selalunya akan timbul balik. Uzumaki Naruto kan? Mana mungkin hilang tak muncul-muncul. Penuh bergaya, penuh iltizam, penuh kesyahduan dan penuh dengan etika.

Ok, hari ni aku nak sentuh pasal isu harga rumah sekarang ni. What The Fish harga rumah sekarang melambung-lambung? Aku dari dulu tertanya-tanya kenapa harga rumah dan harga hartanah ni semakin melambung-lambung? Adakah ianya terlepas daripada dikawal oleh badan-badan tertentu dalam negara ni? Adakah harganya bebas sesuka hati bapak dia untuk naik tak tentu pasal?

harga rumah dijangka turun menjelang 2018, harga rumah terkini di malaysia, projek perumahan malaysia,

Weh! Kadang-kadang aku ni ada jugak bermimpi nak beli rumah walau hakikatnya memang jauh dari gapaian aku. Kalau rumah harga Rm150,000 pun aku tak lepas, inikan pulak harga rumah yang sekarang ni rata-rata Rm500,000 ke atas lagi-lagi yang terletak kat bandar. Kesyaitanan apakah ni?

Aku kalau ke sana ke sini, aku akan nampak banyak rumah-rumah baru yang didirikan pemaju. Cantik-cantik kebanyakannya. Aku dah mula berangan nak beli rumah tu bila dah ada keluarga sendiri. Aku dah bercadang nak beli rumah yang ada dua bilik. Satu bilik untuk aku dengan bini aku dan satu bilik lagi untuk bibik aku yang seiras Nora Danish. Tapi... bila aku tengok harga dia, hampir kekejangan medula oblongata aku. Sakit terus pankreas aku seolah-olah ada Jin bernama Adrus tengah memintal-mintal pankreas tu. 

Jadahnya harga rumah sekarang ni melampau-lampau? Aku nak tanya, projek perumahan aku tengok makin galak. Makin banyak. Sampai tarah bukit sana bukit sini sampai jadi botak tengah bukit tu. Semua tu rumah untuk siapa tu? Harga dekat sejuta pun ada. Kaya pulak rakyat-rakyat Malaysia ni nak beli rumah harga macam tu. Majoriti rakyat Malaysia ni bukan orang kaya. Mana mampu nak beli rumah-rumah tu. Jadi rumah-rumah tu untuk siapa?

Tu tak masuk lagi projek-projek yang tepi-tepi lereng bukit yang bersudut lebih daripada 89 darjah. Aku pelik jugak macam mana boleh lulus projek perumahan tepi lereng-lereng bukit ni. Contoh paling nyata kat jalan Rawang tu. Antara Selayang ke Hutan Lipur Kanching. Macam mana boleh lulus projek-projek ni kalau bakal penghuninya berdepan risiko tanah runtuh? Siapa yang luluskan?

Lagi sekali persoalan aku. Rumah-rumah tu untuk siapa? Hanya layak diduduki orang kaya je. Ramai pulak orang-orang kaya kat Malaysia ni? Apa yang aku nampak sekarang ni, generasi aku akan datang memang tak mampu nak beli rumah. Cucu cicit aku pun belum tentu mampu nak beli rumah yang harga hampir sejuta ni. Kalau dah sekarang ni pun rumah dah dekat sejuta, dan ada yang dah berharga sejuta lebih, macam mana pulak harga nya 10 tahun akan datang?? Dem. Macam mana aku nak kahwin empat ni?

Apa yang aku nampak sekarang ni, orang kaya je yang mampu nak ada rumah terutama di kawasan bandar. Kalau tak orang kaya, orang-orang yang mengumpul rumah untuk dijadikan aset. Kalau tak, tak ada iklan sewa/beli rumah dengan tertera nombor yang sama. Nak je aku Call dia lepas tu cakap nak beli. Time bincang urusan jual beli tu, aku tunjuk Bank Statement aku yang ada baki dua ratus lima puluh ringgit tu. Hahaha. 

Aku dengar banyak jugak komplen untuk rumah mampu milik. Yang tu kononnya mampu dimiliki. Tapi hakikatnya, tetap susah jugak nak dapat. Kenapa tak ada kawalan untuk harga rumah ni ye? Naiknya melampau-lampau? Takkan tak ada satu badan pun yang mampu untuk kawal harga rumah ni dari naik?

Persoalan aku, projek perumahan makin galak, tapi mana datang pembelinya kalau harganya dekat sejuta dan lebih daripada Rm200 ribu? Bukan je kat kawasan bandar, kat luar bandar pun harga dah serupa jilake.  Nak je aku bangsatkan, tapi nak bangsatkan sapa? (Aku dah berani guna bangsat sebab Najib pun guna perkataan ni. Heh heh).

Woi! Aku nak jugak ada rumah sendiri. Barulah awek-awek pandang sebab aku ada harta walau sebijik rumah. Bila harga dia melambung, boleh aku jual macam mana yang orang-orang kaya buat sekarang ni.

Aku memang tak puas hati betul dengan harga rumah sekarang. Sapa yang kaut untung sebenarnya ni ye. Kalau katalah harga rumah tu rm500 ribu, takkan modal dia rm450 ribu? Modal aku rasa tak ada lah banyak tu untuk sebijik rumah termasuk tanah. KeBullshitan apa semua ni?

harga rumah dijangka turun menjelang 2018, harga rumah terkini di malaysia, projek perumahan malaysia,

Harga rumah dijangka turun menjelang 2018? Itu pun kalau. Kalau tak, jangan harap. tapi aku sangat berharap harga rumah turun lepas ni. Gila ke apa tak nak turun? Ko nak bagi sapa duduk rumah tu? Berapa kerat lah sangat orang-orang kaya kat Malaysia ni terutama orang Melayu. Jangan sampai rumah tak laku dan tak ada pembeli. Projek perumahan lagi banyak daripada permintaan. Dan aku harap ada satu badan yang ditubuhkan khas semata-mata untuk kawal harga rumah dan hartanah ni.

Aku rasa aku dah mula nak kena ambik kursus pertukangan. Aku nak buat rumah atas pokok. Aku dah mula kena jadi tarzan rambut kemas. Tapi kalau dah ada rumah atas pokok, agak-agak kena bayar jugak ke segala cukai tu ye?



Orang-orang kaya sedap lah kumpul rete, yang gaji macam kite-kite ni rm1000 sebulan? Nak beli rumah pun tak mampu. 



4 comments.. read them below or add one

Noriza Abdul Rahman Noriza Abdul Rahman 27 August, 2015
Memang sangat melampau harga rumah sekarang kan..what the fish!!! Kalau buat rumah atas pokok nanti tak kena bayar cukai untuk penghuni sana ke BK?
Yan Ty Yan Ty 27 August, 2015
mampu tengok je la.
beat beat 27 August, 2015
buat bro buat..bleh aku tumpang
Ija Rased Ija Rased 27 August, 2015
setuju sangat..membebankan