Jangan Terlalu Memilih Wahai Melayu

Assalamualaikum dunia dan selamat sejahtera. Pagi-pagi ni aku nak membebel sikit. Ni berkenaan kelakuan dan perangai segelintir anak muda melayu zaman ini dan era ini. Kenapa ada segelintir anak muda melayu yang agak memilih kerja? Tau tak sekarang ni zaman yang serba mencabar yang memerlukan kita mengerah segala keringat untuk cari duit? Jangan dok sibuk nak jadi bos. Jangan dok sibuk nak kerja dalam Aircond je.

Aku timbulkan isu ni sebab di atas pemerhatian dan jugak luahan-luahan hati daripada kawan-kawan aku. Anak muda sekarang ni, mana mau nak kerja angkut-angkut barang. Tak ada Standard katanya. 
Mengangkut barang-barang untuk pasang pelamin pun tak ada Standard. Nampak macam kuli batak.

kenapa orang melayu susah untuk berjaya, sikap remaja melayu yang terlalu memilih kerja, bagaimana sikap remaja melayu zaman sekarang,
Mungkin ada sesetengah yang memandang rendah kerjaya pasang pelamin disebabkan kerjanya bergelumang dengan peluh dan kena mengangkut barang naik dan turun dari lori. Dan ada jugak sesetengah keluarga pengantin yang kononnya orang kaya memperlekehkan pekerja-pekerja pelamin ni sampaikan ada yang memandang kitorang tak ada Standard sedangkan dorang lupa kuli-kuli batak ni lah yang bertungkus lumus memasang dan memastikan pelamin yang terhasil tu adalah yang terbaik dan berkualiti.
Amboih. Sedar tak? Kuli batak sekalipun, hasil yang dapat tu tetap halal. Tetap jugak mendatangkan rezeki daripada hanya tau nak komplen dan tak dapat apa-apa hasil pun. Sekurang-kurangnya menjana jugak pendapatan. Daripada poket kosong tapi lagak macam seorang CEO syarikat yang ada aset peribadi 2.6 billion dalam akaun. 

Mungkin korang hidup tak biasa susah. Jenis yang keluar dari perut mak terus pegang duit lima puluh ringgit? Mungkin korang jenis yang mintak apa-apa terus dapat. Mungkin korang jenis yang nak buat filem mintak duit dengan mak. Itu yang pandang rendah pada kerja-kerja yang melibatkan tenaga dan kerja keras ni. 

Aku malu dengan perangai bangsa aku yang macam ni. Berlagak tak bertempat. Pandang jijik dengan kerja-kerja yang bergelumang dengan peluh ni. Malu bila buat kerja-kerja yang mengerah keringat, Nampak busuk dan meloyakan. Apa lagi kononnya malu bila kawan-kawan nampak ekpeceli awek korang yang kononnya sejelita Dewi Yusra rambut perang Made In London. Kenapa jadi cenggitu? Korang tak rasa susah lagi. Nanti bila korang dah betul-betul terdesak, baru korang berebut nak buat apa-apa kerja. Baru lah korang tau erti penyesalan.

Aku ni daripada sekolah lagi dah buat macam-macam. Ambik upah bersihkan sampah-sampah kat pasar malam. Malu? Apa mau malu? Janji aku dapat duit. Hujung minggu ikut Catering pulak. Penat? Catering memang satu pekerjaan yang sangat memenatkan, tapi aku puas hati sebab dapat duit. Bolehlah buat duit belanja beli rokok dan beli rantai perak celup kat bekas awek aku dulu.. siap sarungkan rantai tu daripada belakang macam dalam drama-drama Melayu pukul 7 petang tu. 

Masa sambung belajar pulak, aku ikut lori sampah angkut sampah dari rumah ke rumah bergelumang dengan beribu-ribu ulat sampah. sempat jugak aku kenyit-kenyit mata dengan awek-awek yang terserempak dengan aku. Sikit pun aku tak malu. Apa nak malu? Aku cari rezeki halal kan? Bukan aku jual negara. Bukan aku merompak. Masa tu aku bangga. Sebab ada jugak lelaki melayu pujaan awek-awek seantero Asia yang sangat kacak kerja angkut sampah. Heh heh. 

Nasihat aku kepada remaja-remaja melayu yang ada ni. Jangan memilih kerja. Apa yang dapat, buat je. Sekarang ni zaman serba mencabar. Kalau korang memilih kerja dan pandang sesuatu pekerjaan tu hina, silap-silap korang makan rumput lah.

Tak guna berlagak macam orang "ada-ada" kalau poket kering kontang. Tak guna berlagak macam hero dalam filem kalau keluar Dating awek yang payung makan. Tak guna korang jadi orang yang tak guna. In The End, Tomorrow Never Die. Err, maksud aku, akhirnya korang yang merana sendiri disebabkan sikap korang sendiri. Memandang Standard sesuatu pekerjaan tu.

Kembali kepada realiti. Hidup memerlukan duit. Untuk dapatkan duit, buatlah apa-apa pun selagi ianya halal. Yang patut korang malu bila cari rezeki yang haram. Last But Not Least, awek-awek tetap pandang korang jikalau dorang dah suka. Sikitpun dia tak pandang kerja korang. Apalagi kerja korang halal dan korang bangga dengan kerja korang tak kiralah ianya kerja apa. Contoh paling baik, berapa ramai awek-awek Melayu yang terpikat dan bercinta dengan Bangla? Ramai jugak kan.



kenapa orang melayu susah untuk berjaya, sikap remaja melayu yang terlalu memilih kerja, bagaimana sikap remaja melayu zaman sekarangHalal. Tak guna kerja dalam Aircond dan berjawatan besar jikalau hasilnya adalah haram. Renung-renungkan dan fikir-fikirkan. Jikalau rasa artikel ni bermanfaat pada semua, silakan SHARE ye dan sebarkan. 



4 comments.. read them below or add one

JMR JMR 10 August, 2015
OK aku baca sampai habis.

Ada betul ko cakap, tapi tak semua macam tu. Diorang tak tahu betapa enjoynya buat 'kerja kahwin' ni, ko buat pelamin, aku buat foto. Lebih kurang sama, basah ketiak kan hahaha..at least, hujung minggu aku 'terisi' takde la aku 'wake up' waktu tengah hari..duit dapat, have fun pun dapat..hahaha
Irna Nurasikin Irna Nurasikin 10 August, 2015
Setuju apa yang Boni kata tu..Anak muda zaman sekarang terlalu memilih kerja....Masa praktikal pun,suruh buat kerja skit..dah melenting..siap kata kami belajar tinggi2 bukan nak buat kerja org bawahan....
akubiomed akubiomed 10 August, 2015
Ikut cara orang tua dulu-dulu. Orang tua yang menentukan hala tuju anak-anak mereka. Berkat.

Orang muda zaman sekarang suka hendak membuat keputusan sendiri akhirnya tidak ke mana kerana belum makan garam seperti orang tua dulu.
Eintan Nurfuzie Eintan Nurfuzie 10 August, 2015
sebanrnya kena pandai cri keje.. x kisah la keje apa pon.. asal mendatangkan duit dan halal