Nikah Saja. Tak Payah Nak Habiskan Duit

Aku baru tertengok satu Posting pasangan pengantin remaja daripada Kelantan dan Terengganu yang berkahwin dengan hanya bernikah dan pakai Tshirt. Siap ada yang kritik. Siap ada yang suruh buat kenduri bagai. Siap ada yang suruh pakai baju melayu bagai. Apa masalahnya?

gambar-gambar pasangan pengantin remaja Kelantan dan Terengganu yang bernikah pakai tshirt, bagus ke berkahwin dengan hanya bernikah sahaja,

gambar-gambar pasangan pengantin remaja Kelantan dan Terengganu yang bernikah pakai tshirt, bagus ke berkahwin dengan hanya bernikah sahaja,

gambar-gambar pasangan pengantin remaja Kelantan dan Terengganu yang bernikah pakai tshirt, bagus ke berkahwin dengan hanya bernikah sahaja,
Kredit gambar - oomedianetworks
Mind Set. Itu lah yang masih lagi orang-orang kita ni tak perbetulkan. Adat. Adat melayu. Adat Melayu duduk paling atas baru yang wajib. Mana boleh macam tu. Terus terang aku cakap, kalau nak diikutkan adat, berapa ramai yang tak kahwin-kahwin sampai sekarang? Contoh aku sendiri. Walaupun memiliki seraut wajah yang amat kacak dan digilai gadis-gadis berambut perang, tapi sampai sekarang aku tak kahwin-kahwin? Sebab apa?? Sebab adat.

Kebanyakan kita, semua nak penuhi adat. Nak kena ada bertunang, nak kena ada nikah, nak kena ada sanding dan nak kena ada kenduri bagai. Pernah tak korang terfikir, berapa ramai kawan-kawan korang, saudara mara korang dan adik beradik korang yang sampai terpaksa berhutang sana sini termasuklah bank semata-mata nak berkahwin. Pinjam sana sini sebabkan nak dapatkan duit hantaran, duit kenduri dan sebagainya? Tau tak apa akibatnya? Akibatnya, lepas je habis majlis persandingan, pasangan pengantin dah mula pening sebab nak bayar balik semua hutang-hutang tu? Udahlah hutang yang ada dah berbakul-bakul, ni tambah lagi hutang sebaldi lagi.  Kahwin sepatutnya mudah kan? Kenapa jadi susah?

Aku hormat pada pasangan dari Kelantan-Terengganu dan pasangan-pasangan yang hanya melakukan yang wajib iaitu bernikah. Sebabnya dorang memudahkan urusan perkahwinan? Paling penting, makin cepat dorang kahwin, makin terhindar dorang semua daripada maksiat dan zina? Betulkan aku kalau aku salah.

Abaikan kalau ada orang cakap serupa kahwin koboi sebab tak pakai baju melayu. Tak ada pun tertulis dalam Al-Quran suruh pakai baju melayu. Yang penting yang wajib dah pun dorang laksanakan. Baju tak melambangkan apa-apa. Lagi hina manusia yang bertopengkan binatang buang anak luar nikah merata-rata tu.


gambar-gambar pasangan pengantin remaja Kelantan dan Terengganu yang bernikah pakai tshirt, bagus ke berkahwin dengan hanya bernikah sahaja, InshaaAllah aku pun akan cuba laksanakan yang wajib je tahun depan walaupun aku seorang pemasang pelamin yang agak tersohor dan kacak. Wish Me Luck.

6 comments.. read them below or add one

Kakcik Nur Kakcik Nur 03 August, 2015
Benar - yang penting laksanakan yang wajib. Biar syaitan menangis kerana tidak dapat menggoda mereka untuk melakukan maksiat. Kahwin dengan majlis yang mewah belum tentu menjamin kebahagiaan...
yaya cendana yaya cendana 03 August, 2015
amin......hahaha....ehhh...seriuosly laahh....memang betollah boni kata ni, moga2 boni selamat kahwin tahun depan bersama dewi langkasuka.in shaa Allah...
Pudgy Daddy Pudgy Daddy 03 August, 2015
semoga boni cpt mendpt jodoh. Aamiin..
Suria Lekatlekit Suria Lekatlekit 03 August, 2015
satu sebab kenapa orang still nak melakukan adat sebab.. mulut orang jugak. saya masa kahwin banyak skip adat2 yang tak penting ni.. tak bertunang.. takde hantaran barang bagai.. just nikah & majlis kahwin. tak makan beradab makan berkurang ajar bagai.. kami pengantin makan nasi kenduri yang di jamu pada tetamu jer.. sama jer. takde pelamin anganku musnah bagai... semua tu takde.. tapi lepas kawen tetiba kawan tanya.. "Betul ke kau kawen kena tangkap basah??" yelah.. tak dengar tunang bagai.. tup tup kawen jer. Tak dengar cerita preparation kawen bagai semua.. memang la tak sempat nak cerita. Asben kita jumpa mak & arwah ayah cakap nak kahwen awal bulan jumpa terus decide nak nikah hujung bulan tapi sebab nak arrange untuk kenduri takut tak sempat terlajak sikit buat awal bulan depan selepas tu. Tapi kuasa Allah.. dalam bulan tu jugak saya menikah dulu.. Bila dah buat simple even dengan majlis yang ramai jemputan pun still ada tanggapan buruk. dengan alasan tetiba je kawen.. whatdehek sangat tau! Sebab tu la ramai orang masih nak sempurnakan adat sebab mentaliti kebanyakkan orang bila banyak skip adat ni... nak cepat nikah mesti something buruk dah berlaku.
JMR JMR 03 August, 2015
macam bro BK dah tak lama je lagi ni hehe
Eka Tikah Eka Tikah 03 August, 2015
gila gamble pakai t-shirt je. hehe. tapi itu semua tak kisah. janji buat yg wajib ^^